Thursday, January 7, 2010

Uniknya senibina Melayu, Arkitektur tanpa arkitek=)



Kindergarten  at ASAHI Best Base, Kulim. Kedah
  
Hari ini dapat info baru yg menarik ttg senibina rumah Melayu. Rumah-rumah tradisional Melayu terhasil tanpa arkitek. Senibinanya terhasil berasaskan pengetahuan lisan yang diturunkan dari generasi ke generasi lain. Uniknya senibina iniadalah kerana konsepnya tergantung kepada "tukang-tukang besar" atau jurubina.


 Kelong

Di Malaysia senibina tradisional masih lagi belum diketahui asal usulnya. Menurut teori Sumet Jumsai, evolusi senibina di asia Tenggara bermula dari air. Berlandaskan kepada teori Darwin, Sumet telah menerangkan bagaimana senibina di air ini kemudiannya merangkak ke darat. Anggapan dasar yang lain tentang evolusi senibina tradisional mengatakan bahawa seni bina di Malaysia bermula dari rumah-rumah pokok yang kemudiannya turun rendah dan akhirnya terletak di paras bumi. Bangunan yang dijadikan contoh untuk mendokong teori-teori ini masih boleh dijumpai di Malaysia. Kelong, rumah-rumah rakit dan rumah bertiang di gigi air adalah senibina air.


Kepok Padi

Bangunan di darat pula terdiri dari balai, wakaf, salai-kelapa, kepok padi dan juga rumah-rumah berkolong tinggi hinggalah sampai ke "rumah bawah". Sama ada dari air atau dari atas pokok, evolusi senibina tradisional sukar ditentukan kerana bahan binaannya mudah hancur dan tidak meninggalkan kesan-kesan untuk sebarang kajian arkeologi.

Untuk pelaksanaannya, senibina tradisional tidak memerlukan pelan-pelan-pelan dan lukisan terperinci. Sama seperti seni pahat san seni-seni lain, senibina adalah hasil interaksi naluri jurubina dengan medianya. Segala perubahan berlaku di dalam proses penciptaan dan semuanya dapat dilaksanakan. Ini adalah kerana tiada ketetapan terpeinci sebelum pembinaan. Dalam binaan, terutamanya bangunan kediaman, kerja-kerja dilakukan secara sukarela, bergotong-royong dan menggunakan abdi atau pekerja upahan. Hasil dari itu, senibina merupakan persemadian cinta, kerjasama dan titik peluh ramai berlandaskan ilmu pengetahuan dan pengalaman tukang. Ini juga membezakan senibina dari arkitektur.

  




Private house at Merbuk, Sungai Petani



Tradisional Malay House in Johor

Istana Seri Menanti, N.Sembilan
 


















3 comments:

norfaridahanum said...

eyh cop!abg amik architecture ke?
bukan engineering ke?hahaha!lupa2.sori

hanismalik said...

Erm, xla anum....sy amik engineering...tp ptg td terbaca ttg article senibina melayu...sj jer nk buat ringkasan plus bg info kt org...=)

sarell said...

menarik...kiranya standard 'penukang rumah' orang melayu adalah setaraf arkitek kebanggaan barat..

mmg orang melayu bangsa berseni.. sayangnya org melayu skarang lebih byk suka agungkan seni dari luar berbanding sampaikan keaslian seni sendiri tak diambil peduli..hmm