Saturday, January 9, 2010

Perkataan BOMBASTIK untuk mengebestkn blog anda=)




Hari ni xde mood utk keluarkn idea2 baru....tp jiwa masih tebal dgn semangat keblogingan ini...jd dpt satu ilham utk berkongsi perkataan2 BOMBASTIK dgn bloggers sekalian. Harap bloggers sekalian boleh menggunakan dlm penulisan supaya dpt memartabatkn bahasa Melayu=)

1) Seantero dunia - Seluruh dunia

2) Menikam sanubari - Merosakkan perasaan

3) Meluaskan horizon pemikiran - Meluaskan pandangan / pemikiran

4) Menggabungjalinkan elemen - Menggunakan pelbagai aspek

5) Bitara - Tiada tandingan / eksklusif / hanya satu-satunya

6) Simbiosis - Dua benda yang saling berkaitan

7) Pandangan sarwa - Pemikiran biasa / umum

8) Anjakan paradigma - Perubahan demi kemajuan atau kebaikan

9) Masyarakat konvensional - Masyarakat umum / biasa

10) Kemapanan fikiran - Keteguhan cara berfikir

11) Alpukah - Daya usaha / inisiatif

12) Inteligensia - Kumpulan manusia yang pandai

13) Berkongkalikung - Bersepakat

14) Praja - Kota / negeri

15) Prakarsa - Inisiatif / daya usaha

16) Pramusaji - Pelayan tetamu di restoran

17) Narsisistik - Terlalu memuji diri sendiri

18) Melikwidasikan - Membubarkan / memansuhkan

19) Linglung - Hilang ingatan

20) Falah - Kejayaan / kemenangan


21) Bersilengah - Bersikap tidak tahu

Ini pulak perkataan aku sendiri reka yg mungkin korg bleh gunakan iaitu:

Ripublikus - Sarang tikus

hahaha....

12 comments:

Unknown said...

wahhh...nanti boleh la guna nak bagi bombastik...hehe :)

hanismalik said...

hehe...betul...betul...betul...=)

ini blog wirdah said...

menarik.kamus berguna niyh. =)

hanismalik said...

hehe...tq2...klu ada perkataan2 bombastik bgtaula...bleh kita kumpul sama2 ye=)

hanismalik said...
This comment has been removed by the author.
hanismalik said...
This comment has been removed by the author.
L.Lawlett said...

golongan dari orang berilmu dikongsi kepada mereka yang mahukan ilmu .thanks for the intipati =)

deus X machina said...

terbaik la bro
banyak perkataan menarik yang bombastik
boleh la pinjam jap nanti
kehkeh

erk888.blogspot.com

rani said...

bagus2 :) nak tnya ada x perkataan melayu lama untuk bersurai? kalo ade boleh tolong bgtau :)

hanismalik said...

L.Lawlett: u r welcome=)

deus: ko boleh gune tanpa had...tiada paksaan dan tiada larangan...hehe

rani: sy cube cari jgk...tp belum jupe lg...akan diusahakan...=)

Nad said...

macam mr loba loba ye hanis?

hanismalik said...

asalkan bukan Mr Haloba kn Nad....hehe