Saturday, November 6, 2010

Benarkah amalan demokrasi suatu budaya sampah

"Sesungguhnya akan ada dari kalangan kamu (umat Muhammad) yang mengikuti jalan orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawak pun kamu akan mengikutinya." Kami (para sahabat) bertanya, "Wahai Rasulullah, adakah yang engkau makdsudkan itu (jalan) Yahudi dan Nasara?" Baginda menjawab, "Siapa lagi (sekiranya bukan mereka)?"
 (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Sistem demokrasi wujud hasil pemikiran golongan pemikir Yunani yang sememangnya tidak bertauhidkan Allah SWT. Sistem ini kemudiannya digunapakai oleh Barat dalam sistem pemerintahan mereka. Secara ringkasnya sistem demokrasi merupakan sistem pemilihan pemerintah melalui undian majoriti rakyat. Kumpulan yang mendapat undian terbanyak layak untuk memerintah sesuatu negara walaupun mereka tidak mendapat sokongan daripada keseluruhan rakyat.

Pendek kata, untuk menjadi pemerintah usaha yang perlu mereka lakukan adalah satu, iaitu memenangi hati rakyat dengan janji-janji manis bahawa segala keperluan keduniaan mereka akan ditunaikan. Maka, pihak yang lebih pandai berkata-kata, berhujah serta menabur janji-janji manis akan diisytiharkan pemenang.

Apa akan terjadi sekiranya kedua-dua belah pihak pandai berkata-kata dan bijak menabur janji-janji manis sekaligus pandai menawan hati rakyat? Maka sudah tentu persaingan bakal menjadi lebih sengit kerana apa lagi senjata yang mampu digunakan untuk menawan hati rakyat?

Senjata sulit terakhir yang boleh digunakan adalah dengan mencari keburukan-keburukan pihak lawan agar nama pihak lawan menjadi busuk di mata rakyat dan manakala mereka bakal dijulang sebagai perwira atau penyelamat. Senjata ini lama-kelamaan bukan lagi menjadi senjata sulit yang akan digunakan di saat-saat genting, tetapi akhirnya menjadi senjata utama masing-masing sehingga usaha memberikan kebajikan kepada rakyat dipinggirkan. Cuma akan kedengaran semula apabila hampirnya pilihan raya bagi memilih calon terbaik.

Perseteruan di antara kedua-dua belah pihak ini lama-kelamaan menjadi muak di mata rakyat kerana ibarat gajah sama gajah bergaduh, pelanduk mati di tengah-tengah. Sistem demokrasi yang di atas kertas nampak cantik, akhirnya menjadi kotor ibarat sampah apabila pemimpin sama pemimpin yang diharapkan rakyat kini berbalah sesama mereka mencari silap pihak lawan. Lucunya, mereka mempertahankan sikap ini dengan alasan rakyat berhak mengetahui keburukan pihak satu lagi. Ajaran manakah yang menuntut kita supaya memburuk-burukkan peribadi orang lain walaupun sememangnya salah? Mampukah dengan sikap hentam-menghentam, buruk-memburuk, dan hina-menghina orang lain ini mampu mewujudkan masyarakat yang terbaik? Adakah pasti sikap seburuk ini tidak akan menular ke dalam budaya masyarakat?

Perbalahan demi perbalahan akhirnya semakin mengundang rasa ketidakpuashatian di satu-satu pihak. Akhirnya dek kerana tidak mampu bergaduh sendirian, lalu mengumpul rakyat yang pro kepada mereka bagi mengadakan demonstrasi bantahan yang cuma menyusahkan pengguna jalan raya, merosakkan harta benda awam dan sebagainya.

Mari kita langsung menyentuh isu menegakkan Islam sebagai satu cara hidup masyarakat. Adakah anda melihat sebarang unsur dakwah kepada Islam dalam contoh-contoh di atas? Baiklah, mari kita melihat lebih terperinci  kumpulan yang mendakwa pergerakan Islam namun akhirnya turut bersaing menjadi gajah terhandal.

Bagaimana satu pergerakan yang dianggotai oleh ulamak-ulamak boleh memilih sistem yang penuh kekotoran ini? Apa yang mereka mahukan sebenarnya daripada sistem ini? Paling penting apa matlamat perjuangan mereka? Adakah untuk menjadikan negara sebuah negara Islam yang makmur, dengan rakyat yang berpegang teguh kepada ajaran Islam? Atau, matlamat mereka untuk merebut kuasa semata-mata? Saya tidak boleh menyalahkan mereka seratus peratus kerana sebagai ulamak tidak semestinya mereka bebas daripada sebarang kesilapan sedangkan Rasulullah sendiri pernah ditegur Allah SWT kerana tidak mahu mendengar pendapat si buta. Mungkin ini adalah satu-satunya kesilapan mereka kerana memilih jalan berpolitik.

Untuk melihat perkara yang lebih besar, kita perlu merenung dan mengkaji perkara-perkara yang lebih kecil supaya mendapat iktibar. Setiap tumbuhan tumbuh bermula daripada percambahan akar sebelum mengeluarkan dahan, ranting dan akhirnya daun serta buah-buahan. Pelajarilah daripada kejadian alam. Untuk mendapatkan sesuatu matlamat, perlulah diusahakan melalui perkara asasnya dahulu. Mana mungkin kita mengharapkan buah sedangkan akar serta pokoknya belum lagi wujud. Begitu jugalah dengan matlamat menjadikan negara ini negara Islam. Layakkah kita mengaku sebagai sebuah negara Islam sedangkan hanya pemimpin yang beragama Islam tetapi rakyat masih hanyut. Layakkah kita mengaku sebagai negara Islam sedangkan pemimpin sendiri yang mempunyai pengetahuan agama yang tinggi sibuk berpolitik mempertahankan kuasa lalu terlupa untuk berdakwah kepada rakyat?

Itulah realitinya yang perlu kita sedari dan seharusnya pergerakan Islam tersebut mengambil iktibar. Adakah mereka yakin dengan memperoleh kuasa mereka mampu mengislamkan semua rakyat serta mengembalikan rakyat yang terpesong kepada ajaran Islam? Sedangkan kita yang tidak berpengetahuan luas tentang Islam ini juga sedar satu perkara iaitu Islam tidak dapat disebarkan secara paksa tetapi secara sukarela. Lihat sahajalah contoh di negeri yang dimenangi oleh mereka. Anda masih akan melihat rakyat yang tidak bertudung, berpeleseran di sana sini walaupun tiadalah tempat-tempat yang dinamakan disko dan pusat judi. Cuma itukah sahaja yang mampu mereka lakukan atas nama Islam? Mencantas unsur-unsur yang boleh melalaikan rakyat tetapi pengisian ke dalam jiwa rakyat tiada, ataupun kurang dilaksanakan.

Baiklah, kita terima alasan mereka bahawa mereka tidak mampu menghalang rakyat negeri sendiri daripada berhijrah ke negeri-negeri jiran yang masih mempunyai unsur-unsur maksiat tersebut. Seandainya mereka mempunyai kuasa memerintah negara, sudah tentu mereka mampu menutup semua pusat tersebut dan dapat menghindari rakyat daripada lalai dan mendekati maksiat. Tetapi bagaimana mereka mampu mengelakkan rakyat daripada unsur-unsur maksiat ini yang masih ada di luar negara? Mahu menjadi penakluk dunia pula baru rakyat cenderung kepada Islam? Atau dengan melaksanakan undang-undang hudud agar rakyat menjadi takut untuk melakukan maksiat? Saya tidak menolak hukum hudud, tetapi adakah wajar untuk hudud dilaksanakan sedangkan usaha dakwah kepada rakyat belum lagi dilaksanakan. Hudud hanya boleh dilaksanakan apabila umat Islam benar-benar faham dengan ajaran Islam tetapi masih mahu melakukan kesalahan.

Jadi setelah huraian panjang lebar di atas, dimanakah penyelesaiannya? Bagaimanakah untuk menerapkan Islam dalam hati manusia sedangkan kita tidak mempunyai kuasa melakukannya? Jawapannya, adakah kita perlukan kuasa baru boleh menyebarkan dakwah?Kuasa adalah capaian terakhir setelah segala misi dan usaha dakwah telah berjaya. Ingat semula, pokok tidak tumbuh tanpa akar.

Setelah 50 tahun lebih negara merdeka, berhasilkah usaha anda menerapkan ajaran Islam kepada rakyat Malaysia? Mampukah anda menarik rakyat bukan beragama Islam kepada Islam? Tidak dinafikan memang ada, tetapi berbaloikah dengan tempoh usaha anda lebih 50 tahun dahulu. Dan, yang paling penting sekali berjayakah anda mewujudkan persepsi yang baik orang bukan Islam dan orang yang semakin jauh daripada Islam kepada ajaran Islam yang sebenar? Cuba anda bayangkan seandainya usaha politik sia-sia selama 50 tahun itu digunakan ke arah usah berdakwah tanpa memikirkan perebutan kuasa, bukankah berkali ganda usaha yang boleh dilakukan dengan jumlah masa yang tidak terbuang kerana sibuk mencari kesalahan orang?

Belajarlah daripada sejarah bagaimana Raja Habsyah yang beragama Kristian mampu dibawa memeluk Islam dengan hanya melalui jalan dakwah. Biarlah dahulu pemimpin itu dengan sikap zalimnya. Tunjukkanlah teladan yang terbaik mudah-mudahan mereka kembali kepada jalan yang benar. Di samping itu, bimbinglah rakyat menjadi muslim yang sejati kerana pemimpin itu bersilih ganti. Mudah-mudahan dengan rahmat Allah SWT, pemimpin yang menggantikan itu adalah dikalangan muslim yang terbaik kerana tiada lagi pengganti yang mahu mengikut sifat zalim pemerintah disebabkan usaha dakwah selama ini. Seandainya pemimpin itu mengancam umat Islam, tiada apa lagi cara selain berjihad menggulingkannya.

Ingatlah, untuk menegakkan agama Allah SWT hanya ada satu cara sejak zaman Nabi Adam, Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi Muhammad saw sendiri iaitu dengan cara berdakwah. Tiada istilah demokrasi dalam setiap zaman kewujudan Nabi-Nabi tersebut. Sekiranya anda masih mahu menggunakan hujah usaha dakwah sudah tidak praktikal disebabkan dunia dan zaman sudah berubah, bagaimana pula dengan janji Allah SWT bahawa di akhir zaman Imam Mahdi akan muncul dan Nabi Isa akan turun untuk membawa semula manusia menyembah Allah SWT? Adakah anda rasa mereka akan menggunapakai konsep demokrasi untuk menentang Dajjal? Siapa yang mempunyai pengikut terbanyak akan memerintah dunia? Bagaimana jika pengikut Dajjal lebih ramai? Perlukah kita menjadi pengikutnya semata-mata menghormati sistem demokrasi?

Mengikut kisah apabila munculnya Imam Mahdi ramai umat Islam akan menjadi murtad kerana berpaling daripada mengikutinya. Hal ini bukan kerana ajaran yang dibawa olehnya tidak benar. Imam Mahdi akan muncul untuk memperbaharui serta mengembalikan Islam yang sebenar. Maka apabila manusia telah berasa begitu selesa dengan cara hidup dan percaturan dunia yang tidak berlandaskan Islam ini, maka siapa yang mahu meninggalkannya semata-mata mahu mengikut Imam Mahdi? Janganlah kita menjadi di kalangan manusia yang turut menolak dakwah Imam Mahdi dan Nabi Isa semata-mata merasakan pendekatan mereka itu sudah lapuk dan tidak releven lagi di zaman ini. Semoga kita ditempatkan di kalangan hamba-hamba yang beriman.

Kesimpulannya, sistem demokrasi terbukti tidak mampu mewujudkan masyarakat Islam yang sebenar kerana di samping berusaha untuk menerapkan ajaran Islam, gerakan Islam ini akan meninggalkan satu lagi cabang syiar Islam iaitu berjihad mempertahankan agama dan negara. Amalan demokrasi akan menjauhkan manusia daripada keberanian mempertahankan agama dan negara Islam seandainya diancam. Demokrasi juga terbukti tidak mampu menyatupadukan rakyat supaya mentaati pemimpin kerana seandainya gerakan Islam ini menang, masih ada kumpulan yang akan menentang mereka. Sampai bila hal ini akan berterusan? Bagaimana pula dengan hukum jizyah yang wajib dibayar oleh bukan Islam kepada pemerintahan Islam? Adakah mereka mahu menolakpakai hukum ini semata-mata menghormati amalan demokrasi? Sekiranya mereka mahu melaksanakan, realitinya adakah orang-orang bukan Islam ini mahu membayar sedangkan mereka juga mempunyai perkongsian kuasa di dalam negara? Sebab itulah, Islam itu sendiri perlu berdiri tegak dan kuat melalui asas-asas penerapan Islam yang sebenar. Apabila Islam itu berdiri tegak, orang-orang bukan Islam tiada masalah untuk bernaung di bawah pemerintahan mereka.

Segala yang baik datangnya daripada ilham yang diberikan oleh Allah SWT ketika menulis artikel ini, dan segala yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri. Wassalam

p/s: Wahai PAS, bangkitlah dan sedarlah. Di waktu gerakan Islam Al-Ikhwan yang dahulu digelar Al-Arqam ini mampu mengumpul pengikut ramai yang taat kepada Allah SWT melalui jalan dakwah, dan berjaya membina rangkaian perniagaan mereka sehingga ke luar negara tanpa meletakkan pegangan kuasa sebagai matlamat utama, PAS masih lagi menadah kopiah meminta sumbangan derma.

5 comments:

DanieL AdiE said...

politic ye..x minat la..
tlg la maen politik yg bersih...

~ DanieL AdiE ~

KL10 said...

Setelah baca ulasan ini yg panjang lebar, byk persoalan timbul di benak fikiran:

1)jika tidak memilih salah satu pihak siapa lagi mesti dipilih? Negara kita mengamalkan demokrasi( mmg tak dpt ditangkis), adakah kena memilih tidak mengundi? Rasanya jika kita membiarkan perkara tidak mengundi ini terjadi, maka negara akan legih huru-hara. Takanlah nak mengankat senjata utk merampas kuasa. Lagi laa huru-hara. Ada jalan pendamaiaan, jadi pilihlah jalan pendamaian.


2)kuasa baru? tlg huraikan. mmg tak pahm. mcm mana nk dptkan kuasa baru. Harapnya bukan menunggu Iman Mahadi dilahirkan bukan?

3)Al-Arkam. Maaflah jika silap, tetapi ada pengingkut Al-Arkam ini percaya bahawa ketua mereka diangkat ke langit. (padahal hospital telah mengesahkan meningal dunia). Ada lagi ker manusia akan di angkat kelangit selepas nabi Isa a.s? Kepercayaan ini akan membuatkan org Islam terkeliru.


4)Mmg demokrasi itu bukan menentukan seseorg itu betul.. Jika demokrasi itu menunjukan betul rasanya PAS tak akan bangun utk menetang BN sekarang. Kerana BN telah memerintah negara selaam lebih 50 tahun. Oleh itu nak tentang apa pulak sbb BN dah menang dgn demokrasikan.Jadi secara logiknya BN betulah. Logik ker tak?
tp oleh kerana PAS tahu BN itu silap dan dah ditegur so PAS terpaksalah menentang BN (UMNO) walaupun UMNO itu mengaku islam dan menang melalui demokrasi.

Last sekali. politik itu kotor buka kerana agama, tapi kerana orgnya.

kita sebagai manusia mmg akan berbeza pendapat kerana manusia mmg diciptakan begitu, jika manusia mempunyai pendapat yang sama manusia takan berkembang. tapi last sekali, duduklah berbincang dgn berpandukan Al-Quran dan hadis.

hanismalik said...

Maksud yg cube disampaikn di sini adalah, PAS perlu menggerakkan lebih kuat usaha dakwahnya.

Sibuk mencari silap pemimpin lain tidak akan melahirkan masyarakat yang lebih beriman kpd Allah SWT.

Kesilapan manusia bukan utk dicaci dan dimaki, tetapi perlulah ditegur dan dinasihati dengan cara yang betul.

PAS tidak boleh samakan Islam pemimpin mereka dengan Islam pemimpin UMNO. Kerana pemimpin UMNO tidak berpeluang dibesarkan dlm keluarga dan masyarakat yg kuat didikan agamanya.

Sudah menjadi tanggungjawab PAS supaya membetulkan akidah pemimpin2 UMNO, bukan menempelaknya.

Apa yg saudara kenal mengenai Al-Arqam? Byk kebaikan yg boleh dipelajari di sebalik pelbagai tohmahan dilemparkan kepada mereka.

KL10 said...

Dakwah. Jgn sempitkan pengertian dakwah. Mmg Kita manusia sepatutnya berdakwah setiap masa. Dakwah bukan hanya menyeru kepada kebaikan. maksudnya bukan hanya mengadakan kuliah, kelas dan teguran2 kepada manusia. Memberi cth perbuatan berlandaskan Al-quran dan hadis juga berdakwah. Berniaga itu juga berdakwah, berlajar itu juga berdakwah, Bahkan ada yg mengatakan berkahwin itu juga berdakwah..
Dan menghukum org yg melakukan kesalahn itu adalah dakwah, jika berlandaskan Al-quran dan hadis.

Saya rasa anda silap jika lihat PAS hanya mencari kesalahan UMNO dan mempelaknya sahaja. Jika anda lihat secara teliti, PAS telah lama menegur, memberi cth tauladan dan membuka peluang utk berkongsi pendapat seluas2nya kepada pemimpin UMNO utk memperbaiki cara hidup mereka dan memperbaiki negara. Sehingga sekarang pun PAS masih begitu, tapi ianya bersyaratlah.
Antara syarat PAS senang sahaja, mula2 pemimpin UMNO/melayu/Islam ini mestilah mematuhi syariat ISLAM. tiada rasuah, tak hina ISLAM dan lain2..

Al-Arqam. Betul kata saudara, sy mmg krg tahu mengenai mereka. sbb itu komen saya mula2 sy dah kata sy krg tahu. Saya hanya tahu sedikit shj krn kurang maklumat mengenai mereka.

Anonymous said...

abang, sy xsempat nk baca artikel abang kecuali p/s yg paling bawah. xpegang kuasa macammana nk laksanakan hudud? macammana nk teruskan sunnah mencegah kezaliman. amar makruf nahi mungkar. sapa berkuasa hapuskan pelacuran? sapa berkuasa hapuskan judi? sapa berkuasa sekat internet dari web xberfaedah.? kalau negara ni betul2 bawah pimpinan Islam, boleh tumpukan seratus peratus kepada ekonomi Islam. tentang al-arqam, percayalah, islam di malaysia akan berada ditempat paling tinggi jika 3 puak ni bergabung: arqam dengan ekonominya, tabligh dengan kegiatan dakwahnya, dan pas dengan politiknya...