Saturday, February 27, 2010

Kisah Paling Seram - Gengblogger.com

CONTEST ANJURAN Gengblogger.com
SERAM

Apakah yang dimaksudkan dengan seram? Jika anda sendiri tidak tahu apa makna seram, jadi bagaimana anda boleh berasa seram? Aneh! Saya juga tidak  mengetahui apa maksud sebenar “Seram”.

Oleh itu, saya cuba merujuk kepada En Wiki sebentar tadi atau nama sebenar beliau iaitu Ensiklopedia Wikipedia mengenai maksud sebenar “seram”. Jawapan yang En Wiki berikan agak sangat jauh larinya daripada tanggapan asal saya. 

Menurut En Wiki, Seram adalah sebuah pulau yang terletak di sebelah utara Pulau Ambon, Provinsi Maluku, Indonesia. Kota dan pelabuhan utamanya ialah Masohi. Seram pernah dikuasai oleh Belanda pada 1650.
Jawapan yang diberikan oleh En Wiki sangat mengecewakan saya. Bayangkan sebuah ensiklopedia maya terbesar boleh memberikan jawapan sebegitu kolot. 

Setahu saya selama ini, seram adalah satu perasaan takut yang lahir secara semulajadi dalam diri seseorang. Tetapi di sebalik kekurangan pengetahuan En Wiki, saya mula terfikir, mungkin seram ini adalah sesuatu yang sangat kompleks untuk diterangkan. 

Mungkin juga seram adalah sesuatu yang tidak wujud tetapi sengaja diada-adakan. Atau mungkin, seram adalah sesuatu yang sangat menyeramkan untuk diterangkan. Ya, barangkali.

Setelah diamati secara mendalam, saya mendapati bahawa seram ini seringkali dikaitkan dengan perkara-perkara mistik dan tahyul seperti cerita hantu dan jin. Mungkin itulah yang mula-mula sekali terlintas dalam pemikiran bloggers yang membaca contest anjuran Gengblogger.com – “Kisah Paling Seram”. Saya juga tidak tolak kemungkinan bahawa, dalam pemikiran penganjur juga mengharapkan bahawa peserta akan cuba membawa mereka menyelami kisah mistik yang dialami mereka. Oleh itu, saya tidak akan menyalahkan penganjur kerana mereka juga adalah insan biasa yang tidak lari daripada mempunyai kelemahan. Satu sahaja nasihat saya kepada bloggers dan penganjur iaitu hantu, jin dan tahyul bukanlah sesuatu yang perlu membuatkan kita merasa seram dan takut.

Pada kali ini, saya akan menceritakan definisi seram mengikut pengalaman saya sendiri. Namun, untuk menyelami perasaan itu, saya perlu membawa anda berpatah balik ke satu dekad sebelum ini iaitu pada awal tahun 1990-an. Mungkin ramai dikalangan bloggers muda tidak memahami apa yang akan saya cuba bawakan. Bagi bloggers yang seusia dan lebih berumur anda akan faham sekiranya anda pernah mengalami perasaan seperti saya. 

Kisah bermula pada suatu malam yang dingin, ayahku pulang ke rumah dengan membawa satu kaset. Pada ketika itu, hanya radiolah peneman hidup kami sekeluarga. Tiada tv, tiada permainan video. Yang ada hanyalah radio lama. Lalu ayahku memasukkan kaset tersebut seraya menutup lampu di rumah. Yang kelihatan hanyalah kerdipan merah lampu LED radio itu yang berbunyi……………..

Pastikan anda mendengar lagu ini sebelum teruskan membaca...

SAKARATUL MAUT!!!!!!!!!!!!!!
Di satu malam yang hening, seorang O/B (Orang Besar) rebah di kamar mandinya, diserang lemah jantungnya, yang mengugat nyawanya.Di tengah malam, baru pulang dari sebuah hotel ternama di Kuala Lumpur bersama isteri mudanya, bersama mulut dan lidahnya yang dinajisi alkohol. Puan muda segera menalipon doktor peribadi O/B, dan doktor pun berkejaran bersama beg perubatannya. Sebatang jarum injeksin dibenamkan keurat O/B. Dan berombak-ombaklah nafasnya, bergelombang dadanya, dilambung ombak hempas menghempas, Tujuh hari tujuh malam O/B bergeletekkan, golek gelentang dipembaringan. Dan seluruh isi dunia berkumpul di dalam kepalanya, "bangloku,mercedesku, rumah-rumah sewaku, pengarah-pengarahku, wangku di dalam bank,kuda-kuda lumbaku, padang golfku, anak-anakku di luar negeri dan isteri mudaku". Nazak hempas menghempas, pulas memulas dan pintal memintal.Mau makan? geleng kepala, minum? geleng kepala, isteri muda? geleng kepala, mau ke G/highland? geleng kepala, mau melancung ke Eropah? geleng kepala, ke Mekah naik haji? geleng kepala.Habis apa yang engkau mau..........................................?Oh! Tuhan panjangkan umurku.Panjang umur? Berapa yang engkau mahu? 100 tahun cukup? 63 tahuntidak cukup? tidak puas hidup? tak kenyang makan maksiat? belum bosan mengumpul dosa? kau mahu panjang umur lagi?.Sedetik lagi sakaratul maut datang, sedetik lagi Izrail datang, sedetik lagi Malaikatul Maut datang.Kau di ambang sakaratul maut............................kau nazak sekarang wahai O/B. Dia semakin tegang dan semakin sendat nafas di dadanya, kedinginan mulai memanjat kakinya, perlahan-lahan menjalar keseluruh jasad dan tubuhnya, dia di lambung resah gelisah dan keluh kesah, keluhan dan rintihan:

Panas, dahaga, haus, panas..................air dari tujuh lautan mau di teguknya, sebesar tujuh dunia kelaparan merobek usus-ususnya.dan syaitan datang berbondong- bondong, menginjak-injak dan mengoda mau 'memurtadkannya'. Neneknya datang.........kau datang nenek?............... Kau dahaga cucuku? kau lapar cucu? mau minum? ini bijana penuh air madu, kalau cucu maumasuk syurga minumlah air ini.Ibu? kau datang ibu?................. ibunya mengoyang-goyangkan buah susunya, ini ibumu nak, air susu ini yang membesarkanmu, 'buangkan Islam', matilah dalam agama Yahudi.Ayah? kau juga datang ayah?................ matilah dalam agama Yahudi, matilah dalam agama Nasrani, matilah dalam agama Kristian, itulah agama yang akan membawa kau masuk ke syurga katanya.................Ucaplah......................LAILLAHAILLAH.................................Tidak......................tidak.................................tidak...................... Ucaplah.....................LAILLAHAILLAH.................................Tidak......................tidak.................................tidak...................... Ucaplah.....................LAILLAHAILLAH.................................Tidak......................tidak.................................tidak....................
Semuanya kini menahannya, "rumahku, mercedesku, wangku dalam bank,saham-sahamku, kuda-kuda lumbaku, padang golfku, isteri-isteriku dan duniaku". Sakaratul-maut semakin hampir tiba datangnya, Pak Lebai tua dari rumah setinggan di kaki bukit banglonya dijemput oleh pemandunya dengan kereta mercedesnya, memanjat bukit ke banglonya di puncak desir angin.Tetapi lidahnya sudah kelu, dan Sakartul-maut kian hampir detik tibanya, tiba-tiba manusia berjubah hitam datang, katanya " mari ikut kami" kemudian manusia berjubah hijau membawa payung hijau datang, katanya " marilah ikut kami" Datang sinar putih, datang kilatan hitam dan datang cahaya merah,Apa ini................................?
apa ini...................................................?

"AKULAH SAKARATUL-MAUT................................................." Kedinginan merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut, dan kini seluruh jasadnya di seliputi sejuk, dan akhirnya 'dingin' singgah di 'tenggurukkan' nya, kemudian datanglah Malaikatul-maut di hujung kepalanya. "Hai jiwa yang keji, keluarlah engkau kepada kemurkaan ALLAH..................................."
Maka rohnya berselerakkan keseluruh tubuhnya..............LALU................:
'INNALILLAH HI WAINA ILAI HI RAJIUN'Para malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlahbau bangkai sebusuk-busuknya."TULISKAN SURATANNYA DI DALAM 'SIDDIN'PADA BUMI YANG TERBAWAH"Rohnya lalu dicampakkan, di kembalikan kedalam jasadnya, kemudian datanglah dua Malaikat lalu di 'dudukkan' dia.

SIAPA TUHAN MU?...........................A.............A.............
Aku tidak tahu...........................
APA AGAMAMU?..................................A..............A.............
Aku tidak tahu...........................
SIAPA LELAKI INI YANG DI UTUSKAN KEPADAMU..............................................
A...........A.........Aku tidak tahu..................................
Lalu datang kepadanya seorang lelaki yang hodoh wajahnya, buruk pakaiannya, busuk baunya.........siapakah engkau?
"Akulah amalanmu yang keji.............................."Kini dia diazab dan diseksa di dalam kuburnya, menunggu-nunggu doa dari anak- anaknya yang soleh. "Mana doa dari anakku seorang doktor? mana doa dari anakku seorang jurutera? mana doa dari anakku seorang peguam? mana doa dari anakkuseorang akitek? mana doa dari anakku seorang profesor?........................................."MANA?..........................................MANA?........................................MANA?...................................???DI SATU MASA ANDAKAN DITANYA,DI MUKA SIDANG MAHKAMAH TUHAN,KEMANA UMUR HARTA YANG BANYAK,KEMANA ILMU TUAN GUNAKAN.JANGAN DI HARAP MEMBELA DIRI,DENGAN ALASAN DICARI-CARI,MATA TELINGA TANGAN DAN KAKI,SEMUA AKAN MENJADI SAKSI.HIDUP INI HANYA SEJENAK ,BERAMAL JUA YANG DIBAWA SERTA,JANGANLAH LALAI KERANA ANAK,JANGANLAH LUPA DISEBABKAN HARTA.DARI ITU WAHAI SAHABAT,PERBANYAK AMAL PETANG DAN PAGI,KERJAKAN SURUH SEBELUM TERLAMBAT,JAUHI LARANGAN SEBELUM PERGI."SETIAP AMALAN AKAN DIBALAS MENGIKUT APA YANG DILAKUKANSEMASA KITA HIDUP DI DUNIA INI"

Ya, itulah perkara yang paling menyeramkan pernah saya alami. Mendengar sketsa tentang sakaratul maut telah membuatkan diri saya menggigil ketika itu. Adakah saya seram dan takut dengan sakaratul maut???? Tidak sama sekali. Kenapa kita harus takut dengan kematian? Cuma yang membuatkan saya seram adalah apabila memikirkan tentang amalan yang telah saya lakukan selama ini. Cukupkah? Lengkapkah? Sempurnakah? Dan yang paling penting, diterimakah???

Kesimpulan yang boleh diambil daripada kisah di atas, seram bukanlah satu perasaan yang perlu hadir hanya disebabkan kita berasa takut dengan makhluk Allah. Sebaliknya, seram hanya layak dirasakan apabila memikirkan kebesaran Allah dan menyedari betapa kerdilnya kita sebagai hambaNya. Oleh itu, sama-samalah kita renungkan. Sekian

26 comments:

tubelawak said...

gila seram... rasa nak betaubat plak..

http://tubelawak.blogspot.com

mknace unlimited said...

:) :) :) sharing is power

nice story.. memang lain dari yang lain.. memang menginsafkan

[z@ck] said...

dulu time skolah asrama..senior sll psg tape sakaratul maut tu..mmg seram..meremang bulu roma..
=$

hanismalik said...

Semoga sama2 mendapat pengajaran dan penginsafan...

Anonymous said...

sgt2 mnrik & menginsfkan.. nice blog.. nice blogger.. keep it up~

AvantGardeShoppe

Cikgu Dahlia said...

kalo ckap pasal sakaratul maut, pasang tape tu..huhuh memang takut...mmg insaf... :)

hanis aleeya aka gadis sepi said...

Seremm... satu peringatan..

Khairi Mohd said...

huish, cerita orang kaya ni mcm pernah dengar huhuhu.

kubur mmg seram okey.

sniffa93_aznil4eva said...

menarik..thanx for this:)

hanismalik said...

Teringat balik ms kecik2 first time dgr kaset tuh...mmg menyeramkan...dgn bunyi guruh berdentum, dan bunyi tangisan...paling takut masa dia ckp SAKARATUL MAUT...

Eyqa Zaque said...

Ko memang tak mengecewakan Hanis! Go go go Power Hanis! Aching! eheheh..

Ingatkan dah kuar tajuk dah tadi.. rupanya masih dalam tajuk. Aching!

Mohd Shahrul Hafizi said...

Penceritaan yg baik Hanis.
:)

Syazni Rahim said...

sgt betol..

Lekir said...

tape sakaratul maut ni memang memberi kesan kalau dengar.. mau gugur jantung dibuatnya bila sound effect dibuka kuat2.

Abd Rahim said...

Satu kelainan dalam penulisan kisah seram anda...memberiakan keseraman dan menginsafkan dlm masa yg sama..tahniah jika anda berjaya!!!

ISZA said...

cerita yang menarik, lain dari yang lain :)

hanismalik said...

Billet: Terima kasih terus menyokong karya saya=)

Pada rakan2 yang lain juga, terima kasih sudi membaca...semoga kita dapat pengajaran drp entri ini=)

~aSHa~ said...

meremang segala2 ni...tapi bagus entry..good luck..semoga menang...

insaf + takut nyeeeeeeeee mati seorang diri...tiada anak2 tiada suami tiada teman bloggers...opssss

Shahada Fauzi said...

lain daripada yg lain..betul..saat menghadapi sakaratul maut tu lagi seram sebenarnye..antu2 tu pun makhluk Allah jugak macam kita..cuma rupa depa je yg burok..

Bukan Eciz said...

sgt memuaskan!~ betul2 seram! thnx atas keinsafan diberi~ ;))

pecinta_Islam said...

saya pernah dengar rakaman ini sebelum masa sekolah rendah dlu..wah sanggup salin tu..hehe...memang menginsafkan:)

hanismalik said...

hehe...thanx atas sokongan=)

Unknown said...

Ya Allah, mmg tepat sekali..sangat seram bila memikirkan sedikitnya amalan y kita lakukan didunia.

khairolghani said...

seram juga entri ni..lebih kepada menginsafkan diri..terima kasih berkongsi cerita..

kula said...

eh da buang ke mp3 sakaratul maut tu? baru nak dengar semula. besar x saiz dia? tolong emel hehe

hanismalik said...

Zana dan Khairol: Erm, sama2lah kita menginsafi diri...=(