Assalamualaikum W.B.T
Entri kali ni nak kasi informasi sikit lah kepada sesiapa sahaja yang membaca. Kalau tengok sepintas lalu memang panjang lebar kan entri nih. Tapi memang sangat-sangat berbaloi untuk korg baca sampai habis. Aku pun baru dapat maklumat tentang teknologi ni siang tadi. So aku pun karang la mengikut selera aku sendiri. Kepada yang pernah pegi Scotland atau belajar/bekerja di sana, mungkin korg penah ke sini. Tetapi tidak semestinya dengan bergambar dekat sini korg dapat belajar sesuatu ttg roda ini. Bila aku terbaca tentang maklumat roda ni, membuatkan aku rasa nak tergelak sendiri. Bukan pasal kelakar, tetapi terasa kebodohan diri sendiri apabila mengetahui sistem dan aplikasi yang digunakan dalam pembuatan roda ini. Erm, aku tarik balik kata-kata tadi, aku bukan bodoh tetapi malas untuk berfikir. Bukannya aku xtahu sistem-sistem yang digunakan, tetapi aku xterfikir boleh rupanya roda itu dibuat sedemikian rupa.
Jadi, silalah baca artikel aku di bawah ini=)
Falkirt Wheel, Scotland
Falkirk merupakan sebuah pekan di Scotland yang sangat menarik dan terkenal.
Disini, terletaknya pertembungan dua terusan iaitu Terusan Forth And Clyde dengan Terusan Union.
Disini, terletaknya pertembungan dua terusan iaitu Terusan Forth And Clyde dengan Terusan Union.
Kedua-dua terusan ini disambungkan oleh satu roda binaan manusia berteknologi tinggi yang sangat unik dan menarik.
Roda ini dinamakan Falkirk Wheel yang diambil sempena nama pekan tersebut.
Idea untuk mencipta roda ini muncul disebabkan usaha untuk menyambungkan kedua-dua terusan tersebut telah terputus sejak tahun 1933 lagi.
Sebelum pembinaan roda ini, kedua-dua terusan ini disambungkan melalui 11 kunci aras sejauh 1.5 kilometer.
Bagaimanapun, pada tahun 1933 kunci aras ini telah dirombak lalu memutuskan hubungan antara kedua-dua terusan ini.
Roda Falkirk menyambungkan antara Terusan Forth and Clyde yang berada pada aras 35 meter lebih rendah di bawah Terusan Union.
Namun, pada titik pertemuan kedua-dua terusan ini dimana terbinanya Roda Falkirk, perbezaan arasnya hanya sekitar 24 meter.
Oleh itu, perbezaan 11 meter ini diatasi dengan pembinaan sepasang kunci aras pada terusan Terusan Union sebelum turun pada akueduk yang bersambung dengan gondola Roda Falkirk.
Projek Roda Falkirk dibangunkan di bawah rancangan pembangunan terusan di pusat Scotland .
Rancangan ini bertujuan untuk menghubungkan Glasgow dan Edinburg .
Projek ini diusahakan oleh British Waterways dengan kerjasama tujuh agensi penguat kuasa tempatan, Scottish Enterprise Network, Tabung Pembangunan Wilayah Eropah dan Millenium Commision.
Perhatikan kapal yang diangkut dari bawah
Roda Falkirk mempunyai diameter keseluruhan sepanjang 35 meter.
Pada hujung roda ini ditempatkan dua buah gondola dalam keadaan bertentangan.
Ini membolehkan roda ini mengambil kapal dari Terusan Union dan Terusan Forth and Clyde secara serentak untuk dipindahkan.
Setiap godola ini mempunyai kapasiti takungan lebih kurang 360,000 liter.
Gabungan kapasiti berat yang mampu ditanggung oleh roda ini pada kedua-dua gondolanya ialah 600 tan atau bersamaan 510 buah kereta Gen-2.
Keunikan roda ini terletak pada keupayaannya untuk melakukan pergerakan dengan hanya menggunakan sebuah motor elektrik berkuasa 22.5 kilowatt.
Ini bermakna ia hanya memerlukan sekitar 1.5 kilowatt/jam tenaga untuk melengkapkan pusingan dalam masa kurang 4 minit.
Tenaga yang digunakan bersamaan dengan tenaga untuk memasak lapan cerek air elektrik.
Kejuruteraan ringkas yang diterapkan ke dalam reka bentuk Roda Falkirk cukup praktikal.
Keseimbangan sistem pemindahan kapal-kapal melalui roda ini sebenarnya menggunapakai prinsip Archimedes iaitu berat air yang tersasar sama dengan berat objek yang terapung di dalamnya.
Ini kerana setiap gondola yang berputar akan mengangkut air bersamanya. Oleh itu, walaupun ada perbezaan saiz kapal atau hanya ada sebuah kapal yang diangkut oleh gondola-gondola tersebut, perbezaan beratnya akan diseimbangkan oleh berat air yang diangkut bersamanya.
Sepanjang pergerakan roda untuk memindahkan kapal dan bot, gondola berada dalam keadaan stabil dan tidak senget ke mana-mana arah.
Ini disebabkan kewujudan tarikan gravity secara semula jadi.
Walaubagaimanapun, Roda Falkirk turut dilengkapi dengan sistem gear untuk mengekalkan kestabilan gondola apabila berlaku pecutan dan nyah-pecutan.
Pada ketika ini gravity tidak dapat mengekalkan kestabilan tersebut akibat momentum gondola itu sendiri.
Video pergerakan Falkirk Wheel
7 comments:
Assalamualaikum. Info yang sangat bagus. Memang agak bersesuaian dengan aku yang ambil bidang kejuruteraan ni. Memang agak kagum dengan sistem aplikasi yang dicipta mereka. Malaysia juga mampu melangkah ke arah itu. Cuma pendedahan dan faktor keadaan sekeliling agak kurang membantu. Good info! Keep it up!
dh smpai scotland ke? hehehe.. lawa tuuu!
Subhanallah... teringin nak tengok 'live'.. eheheh
Waalaikummussalam. Aku suke part Archimedes tuh...dulu mmg blaja...suke bab tuh=)
Waalaikummussalam. Aku suke part Archimedes tuh...dulu mmg blaja...suke bab tuh=)
mai: erm, sooner or later...hehe
ムゾンケ光 :erm, tgok video dulu la...ada link kat bawah entri tuh=)
Post a Comment