Kindergarten  at ASAHI Best Base, Kulim. Kedah
  
Hari ini dapat info baru yg menarik ttg senibina rumah Melayu. Rumah-rumah tradisional Melayu terhasil tanpa arkitek. Senibinanya terhasil berasaskan pengetahuan lisan yang         diturunkan dari generasi ke generasi lain. Uniknya senibina iniadalah kerana konsepnya tergantung kepada "tukang-tukang besar" atau jurubina.
 Kelong
Di Malaysia senibina tradisional masih lagi belum diketahui         asal usulnya. Menurut teori Sumet Jumsai, evolusi senibina di asia         Tenggara bermula dari air. Berlandaskan kepada teori Darwin, Sumet telah         menerangkan bagaimana senibina di air ini kemudiannya merangkak ke         darat. Anggapan dasar yang lain tentang evolusi senibina tradisional         mengatakan bahawa seni bina di Malaysia bermula dari rumah-rumah pokok         yang kemudiannya turun rendah dan akhirnya terletak di paras bumi.         Bangunan yang dijadikan contoh untuk mendokong teori-teori ini masih         boleh dijumpai di Malaysia. Kelong, rumah-rumah rakit dan rumah bertiang         di gigi air adalah senibina air.
Kepok Padi
 
Bangunan di darat pula terdiri dari         balai, wakaf, salai-kelapa, kepok padi dan juga rumah-rumah berkolong         tinggi hinggalah sampai ke "rumah bawah". Sama ada dari air         atau dari atas pokok, evolusi senibina tradisional sukar ditentukan         kerana bahan binaannya mudah hancur dan tidak meninggalkan kesan-kesan         untuk sebarang kajian arkeologi.
Untuk pelaksanaannya, senibina tradisional tidak memerlukan         pelan-pelan-pelan dan lukisan terperinci. Sama seperti seni pahat san         seni-seni lain, senibina adalah hasil interaksi naluri jurubina dengan         medianya. Segala perubahan berlaku di dalam proses penciptaan dan         semuanya dapat dilaksanakan. Ini adalah kerana tiada ketetapan terpeinci         sebelum pembinaan. Dalam binaan, terutamanya bangunan kediaman,         kerja-kerja dilakukan secara sukarela, bergotong-royong dan menggunakan         abdi atau pekerja upahan. Hasil dari itu, senibina merupakan persemadian         cinta, kerjasama dan titik peluh ramai berlandaskan ilmu pengetahuan dan         pengalaman tukang. Ini juga membezakan senibina dari arkitektur.
  
Private house at Merbuk, Sungai Petani
Tradisional Malay House in Johor
Istana Seri Menanti, N.Sembilan
  
 
3 comments:
eyh cop!abg amik architecture ke?
bukan engineering ke?hahaha!lupa2.sori
Erm, xla anum....sy amik engineering...tp ptg td terbaca ttg article senibina melayu...sj jer nk buat ringkasan plus bg info kt org...=)
menarik...kiranya standard 'penukang rumah' orang melayu adalah setaraf arkitek kebanggaan barat..
mmg orang melayu bangsa berseni.. sayangnya org melayu skarang lebih byk suka agungkan seni dari luar berbanding sampaikan keaslian seni sendiri tak diambil peduli..hmm
Post a Comment