Teknologi ini walaupun pada dasarnya menyenangkan kita, tetapi akhirnya menjadikan kita terlalu bersenang-lenang sehingga menjadikan kita golongan pengguna teknologi. Sepatutnya daripada kita menjadi golongan pengguna, adalah lebih baik untuk kita menjadi golongan pencipta. Secara senyap, kita sebenarnya membenarkan minda kita berada dalam gelombang alfa iaitu gelombang yang membuatkan anda sentiasa berada dalam keadaan tenang dan rileks. Tenang memang baik tetapi bukan setiap masa kerana akhirnya akan menjadikan kita leka. Daya kreativiti kita akan mati kerana kita tidak membenarkan minda kita berada dalam gelombang beta iaitu pemikiran kreatif.
Tahniah diucapkan kepada Barat kerana niat "mulia" mereka untuk mengteknologikan masyarakat sebenarnya lebih bertujuan untuk mengawal minda masyarakat. Paling penting untuk mengawal pertumbuhan ekonomi negara-negara mundur dan sedang membangun. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan supaya kuasa ekonomi tetap di tangan mereka. Inilah perancangan yang telah dilakukan sejak sekian lama sehingga tidak ramai yang menyedarinya. Wujudnya televisyen tidak lebih kepada supaya masyarakat akan melebihkan masa di dalam rumah dan melupakan tradisi kemasyarakatan seperti bergotong-royong. Akhirnya semangat kemasyarakatan akan terhapus dan digantikan dengan sikap individualistik. Maka semakin mudahlah mereka menjajah pemikiran kita.
Jadi, ayuhlah kita memulakan perubahan dengan amalan membaca kerana membaca memberikankan kita lebih informasi dan menggalakkan pemikiran yang kreatif serta menjadikan diri bersifat berdaya saing. Sekian.
No comments:
Post a Comment