Tuesday, April 20, 2010

Esok nak ke opis SkyAd

Salam sayang peluk cium kepada semua...

Macam biasa, sekarang ni agak padat perjalanan hidup HP. Wlaupun 60% daripada masa beliau di depan laptop, 30% tido dan 10% keluar amik angin, namun masa untuk menulis dan update blog itu agak tipis peluang untuk dilakukan.

Selain sibuk menguruskan marketing untuk website Tv Selangor, HP juga di offer utk mencari iklan bagi website Suara-Keadilan Online. HP juga kini sedang dalam rangka kerja untuk menyiapkan satu E-Book yang berasaskan Video Tutorial serta Manual ttg proses pembuatan Kapal Terbang Remote Control. Ditambah pula dengan penyertaan HP dalam satu bisnes MLM yang baru dilancarkan oleh Power Root, maka tumpuan beliau agak teralih daripada bidang blogging ke bidang marketing serta produk.

Esok insyaAllah HP akan ke Skyad Network untuk berjumpa dengan Sarimah yang cantik jelita dan seksi untuk menyerahkan agreement pernikahan kami...eh, silap...agreement iklan utk Tv Selangor...kepada yang tidak tahu apa itu Skyad, boleh search di google ok???

Erm, minta maaf sangat2 kepada blogwalker yg blogwalking ke blogHP kerana kunjungan anda beberapa hari ini tidak berbalas. InsyaAllah budi dan jasa anda akan dibalas kemudian hari. Jangan jemu2 untuk masuk ke blog ini ye???
=)

Sunday, April 11, 2010

Promo Videa RC PLANE

Salam semua,

Lama betul xupdate blog....sibuk dengan tugasan yg lain jadi tiada masa nk menjenguk blog slalu...
Di sini saya ada upload satu video yang saya buat bersama Group Kuda Belang Terbang atau singkatan KBT. Video ini berkenaan Promo Pembuatan Pesawat Remote Control...kalau ingin tahu lebih lanjut aktiviti kami juga boleh join group kami di Facebook: KUDA BELANG TERBANG GROUP (KBT)




Jangan segan2 untuk bertanya...malu bertanya sesat mcm Ayah Pin...haha

Wednesday, April 7, 2010