Tuesday, May 18, 2010

Tutorial tingkatkan SEO blog dengan menukar kedudukan Title blog

Salam,
Tutorial ini menjelaskan bagaimana untuk meningkatkan Search Engine Optimazation (SEO) daripada blog Blogger (Blogspot) anda dengan mengoptimumkan tajuk laman anda untuk Search Engine seperti Google dan Yahoo.


Secara default Blogger (Blogspot) bloganda  tidak memiliki tag tajuk untuk Search Engine Optimazation. Hal ini menempatkan blog anda pada kedudukan yang kurang menguntungkan berbanding dengan blog lain yang mempunyai inbuilt SEO di mana halaman ini kemungkinan besar akan ditempatkan lebih tinggi dalam keputusan enjin carian.

Tag Tajuk blog anda dimulakan oleh nama blog diikuti dengan tajuk posting. Ini tidak ideal untuk enjin carian popular seperti Google dan Yahoo yang mengutamakan perkataan pertama dari tajuk posting. Sebagai contoh mari kita lihat bagaimana tag tajuk dari blog ini terpapar dalam pelayar sebelum SEO. Perhatikan urutan tag: Nama | Nama Blog Post.

Setelah diterbalikkan kedudukan nama blog dengan nama tajuk posting anda, inilah hasilnya. Dengan cara ini, SEO akan lebih mudah menjejaki blog anda dengan mengesan keywords yang terdapat dalam tajuk-tajuk postings anda.

Untuk melakukannya, ikuti langkah seperti diterangkan di bawah.

1. Login ke blog anda dan pergi ke Layout > Edit HTML

2. Backup template asal anda dengan download ke komputer. Ini untuk mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini berlaku.

3. Tekan Ctrl + F dan masukkan code di bawah:
<title><data:blog.pageTitle/></title>
&lt;data:blog.pageTitle/&gt;
&lt;data:blog.pageTitle/&gt;
&lt;data:blog.pageTitle/&gt;
4. Kemudian, replace code di atas dengan code di bawah ini.
<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>
<title><data:blog.pageName/> |
<data:blog.title/></title>
<b:else/>
<title><data:blog.pageTitle/></title>
</b:if>


5. Tekan Save Template dan View Blog. Pergi ke mana-mana posting anda dan perhatikan perubahan pada tajuk blog anda. Selamat mencuba=)

14 comments:

saya_arief said...

hoho..
mencuba...

~ NANA ~ said...

nana kurang phm sgt but i'll try..biasala budak buta IT hahahha

ismimaizura said...

dah try..menjadi laaa..thanks info^____^

NanLimo said...

Ooo.. gitu yang mas.. thanks ya..
sangat bermnfaat.. :D

hans said...

macam tu rupanya

Anonymous said...

salam..terima kasih...
berjaya..
=)

Anonymous said...

ehem..leh ngorat tak

hanismalik said...

sama2...terima kasih kerana mencuba...=)

Apa dia ellis? nak ngorat? mestila bley...i terbuka dlm hal nih...kui3

Anonymous said...

heee..leh la kite p detink nanti.. :D

Anonymous said...

u panggil i BABY ke BABI??

Anonymous said...

salam...me dah buat. tapi camna nak tengok perbezaannya. apa yang berubahnya..minta tunjuk ajar..mekasih

fiq said...

opss..me yang atas tu..

Lala lulu said...

thanx ya !

Nad said...

hanis? sehat?

thanks dgn tutor ni. Baru ku tau ape itu seo. ajarkan cane ko tuka url blog ?