Assalamualaikum w.b.t
Hari ni saya ingin berkongsi pendapat, bukan pengetahuan atau pengalaman sbb actually sy pun xsure kaedah sbnrnyer. Untuk pengetahuan kalian, sejak seminggu lepas saya berjaya mendapat campaign Buffered Earning dari Pihak Nuffnang. Terima kasih tidak terhingga kepada Nuffnang kerana memberi saya peluang ini.
Untuk makluman anda semua, jumlah visitors ke blog saya setiap hari tidaklah tinggi jadi teori sy ingin mengatakan bahawa jumlah visitors yg tinggi bukanlah penyebab sama ada layak atau tidak anda untuk mendapat campaign Buffered Earning Nuffnang ini. Ini kerana banyak blog yang saya kunjungi, jumlah pengunjung mereka jauh lebih tinggi, bahkan tidak pernah tercapai oleh saya selama ini, namun mereka tetap tidak memperoleh Buffered Earning.
So, atas dasar itu, haruslah saya berkongsi pendapat saya kepada anda semua bahawa kemungkinan besar untuk mendapatkan campaign Buffered Earning ini, ada dua perkara yang dapat saya kenalpasti setakat ini iaitu:
1) Kekerapan anda untuk update blog setiap hari. Ini akan memberi makluman kepada pihak Nuffnang bahawa anda merupakan seorang bloggers yang rajin dan bukannya sekadar melepaskan batuk di tangga. Apabila Nuffnang yakin anda mempunyai wawasan terhadap bidang blogging, maka mereka juga akan bertambah yakin untuk meletakkan iklan di blog anda.
2) Template dan design blog. Saya perhatikan banyak blog yg femes tetapi tidak mempunyai Buffered Earning disebabkan terlalu "Colorful" dan penuh dengan widget2 yang menyesakkan blog. Walaupun kelihatan cantik kepada empunya blog, tetapi sebenarnya buruk di mata pengiklan disebabkan iklan mereka akan tenggelam atau tidak kelihatan disebabkan diganggu oleh widget2 menarik anda itu.
Antara blog yang turut mempunyai Buffered Earning seperti saya adalah http://gadisterbilang.blogspot.com/
Satu persamaan yang dapat anda saksikan adalah blog kami sangat buruk dengan menggunakan background putih seperti orang mati dan tidak bermaya. Tetapi hasilnya iklan yang muncul dapat kelihatan dengan jelas.
Itu sahajalah yang ingin saya kongsikan. Kalau ikutkan jiwa penulis panjang lebar lagi boleh ditulis. Tetapi kang korg jemu plak. So, akhir kata, selamat mencuba. Kalau jadi bagitau aku, klu xjadi jgn salahkan aku sbb awal2 aku dh kata, ini sekadar pendapat, bukan maklumat...hehe
11 comments:
yup, pendapat bro mmg btol..baguih2..hehehe..
nice info bro...den dpt tahu ramai gak dpt buffered earning hari ni...den pun dpt gak..first time plak tuh...walaupun ciput..x disangko2 ha
woorrr yeke..
patut aahh iklan xkeluar sebab colourful..
erk, colourful sgt ke? -_-
huhu
JMR: Terima kasih...selamat beramal=)
Army: Tahniah jgk..hehe
Lula: Erm, sy ada bg cdgn kt shoutmix awk...cubala=)
NOW i understand.. cool info.. makaseh~
alhamdullillah, belog lieya pun buruk, n visitor taksampai 40org pun selalunyer..tp rezeki minggu lepas, i dapat satu buff earnings...thankz nuffnang..huhuhu...1st time merasa..
hanis:
1. Apakah sebenarnya buffered nuff?
2. Thanks kongsi maklumat dan pandangan yg berguna.
:)
Nay: sama2=)
Lieya: Hehe...suke la tuh...
Shshrul: Erm, buff nuff ni salah satu campaign nuff jgk...klu dpt nnt kerap jgk la iklan keluar...=)
ok blog GT buruk =x
=p
hehe...sama buruk mcm sy punyer..hehe
Hanis:
Maknanya, hanya yg terpilih jela yg dapat kan? Tapi kan, kenapa earning aku masih RM 0.25 even rakan bloggers ada klik nuff kat page aku? Huhuhu.
Post a Comment