Saturday, February 27, 2010

Kisah Paling Seram - Gengblogger.com

CONTEST ANJURAN Gengblogger.com
SERAM

Apakah yang dimaksudkan dengan seram? Jika anda sendiri tidak tahu apa makna seram, jadi bagaimana anda boleh berasa seram? Aneh! Saya juga tidak  mengetahui apa maksud sebenar “Seram”.

Oleh itu, saya cuba merujuk kepada En Wiki sebentar tadi atau nama sebenar beliau iaitu Ensiklopedia Wikipedia mengenai maksud sebenar “seram”. Jawapan yang En Wiki berikan agak sangat jauh larinya daripada tanggapan asal saya. 

Menurut En Wiki, Seram adalah sebuah pulau yang terletak di sebelah utara Pulau Ambon, Provinsi Maluku, Indonesia. Kota dan pelabuhan utamanya ialah Masohi. Seram pernah dikuasai oleh Belanda pada 1650.
Jawapan yang diberikan oleh En Wiki sangat mengecewakan saya. Bayangkan sebuah ensiklopedia maya terbesar boleh memberikan jawapan sebegitu kolot. 

Setahu saya selama ini, seram adalah satu perasaan takut yang lahir secara semulajadi dalam diri seseorang. Tetapi di sebalik kekurangan pengetahuan En Wiki, saya mula terfikir, mungkin seram ini adalah sesuatu yang sangat kompleks untuk diterangkan. 

Mungkin juga seram adalah sesuatu yang tidak wujud tetapi sengaja diada-adakan. Atau mungkin, seram adalah sesuatu yang sangat menyeramkan untuk diterangkan. Ya, barangkali.

Setelah diamati secara mendalam, saya mendapati bahawa seram ini seringkali dikaitkan dengan perkara-perkara mistik dan tahyul seperti cerita hantu dan jin. Mungkin itulah yang mula-mula sekali terlintas dalam pemikiran bloggers yang membaca contest anjuran Gengblogger.com – “Kisah Paling Seram”. Saya juga tidak tolak kemungkinan bahawa, dalam pemikiran penganjur juga mengharapkan bahawa peserta akan cuba membawa mereka menyelami kisah mistik yang dialami mereka. Oleh itu, saya tidak akan menyalahkan penganjur kerana mereka juga adalah insan biasa yang tidak lari daripada mempunyai kelemahan. Satu sahaja nasihat saya kepada bloggers dan penganjur iaitu hantu, jin dan tahyul bukanlah sesuatu yang perlu membuatkan kita merasa seram dan takut.

Pada kali ini, saya akan menceritakan definisi seram mengikut pengalaman saya sendiri. Namun, untuk menyelami perasaan itu, saya perlu membawa anda berpatah balik ke satu dekad sebelum ini iaitu pada awal tahun 1990-an. Mungkin ramai dikalangan bloggers muda tidak memahami apa yang akan saya cuba bawakan. Bagi bloggers yang seusia dan lebih berumur anda akan faham sekiranya anda pernah mengalami perasaan seperti saya. 

Kisah bermula pada suatu malam yang dingin, ayahku pulang ke rumah dengan membawa satu kaset. Pada ketika itu, hanya radiolah peneman hidup kami sekeluarga. Tiada tv, tiada permainan video. Yang ada hanyalah radio lama. Lalu ayahku memasukkan kaset tersebut seraya menutup lampu di rumah. Yang kelihatan hanyalah kerdipan merah lampu LED radio itu yang berbunyi……………..

Pastikan anda mendengar lagu ini sebelum teruskan membaca...

SAKARATUL MAUT!!!!!!!!!!!!!!
Di satu malam yang hening, seorang O/B (Orang Besar) rebah di kamar mandinya, diserang lemah jantungnya, yang mengugat nyawanya.Di tengah malam, baru pulang dari sebuah hotel ternama di Kuala Lumpur bersama isteri mudanya, bersama mulut dan lidahnya yang dinajisi alkohol. Puan muda segera menalipon doktor peribadi O/B, dan doktor pun berkejaran bersama beg perubatannya. Sebatang jarum injeksin dibenamkan keurat O/B. Dan berombak-ombaklah nafasnya, bergelombang dadanya, dilambung ombak hempas menghempas, Tujuh hari tujuh malam O/B bergeletekkan, golek gelentang dipembaringan. Dan seluruh isi dunia berkumpul di dalam kepalanya, "bangloku,mercedesku, rumah-rumah sewaku, pengarah-pengarahku, wangku di dalam bank,kuda-kuda lumbaku, padang golfku, anak-anakku di luar negeri dan isteri mudaku". Nazak hempas menghempas, pulas memulas dan pintal memintal.Mau makan? geleng kepala, minum? geleng kepala, isteri muda? geleng kepala, mau ke G/highland? geleng kepala, mau melancung ke Eropah? geleng kepala, ke Mekah naik haji? geleng kepala.Habis apa yang engkau mau..........................................?Oh! Tuhan panjangkan umurku.Panjang umur? Berapa yang engkau mahu? 100 tahun cukup? 63 tahuntidak cukup? tidak puas hidup? tak kenyang makan maksiat? belum bosan mengumpul dosa? kau mahu panjang umur lagi?.Sedetik lagi sakaratul maut datang, sedetik lagi Izrail datang, sedetik lagi Malaikatul Maut datang.Kau di ambang sakaratul maut............................kau nazak sekarang wahai O/B. Dia semakin tegang dan semakin sendat nafas di dadanya, kedinginan mulai memanjat kakinya, perlahan-lahan menjalar keseluruh jasad dan tubuhnya, dia di lambung resah gelisah dan keluh kesah, keluhan dan rintihan:

Panas, dahaga, haus, panas..................air dari tujuh lautan mau di teguknya, sebesar tujuh dunia kelaparan merobek usus-ususnya.dan syaitan datang berbondong- bondong, menginjak-injak dan mengoda mau 'memurtadkannya'. Neneknya datang.........kau datang nenek?............... Kau dahaga cucuku? kau lapar cucu? mau minum? ini bijana penuh air madu, kalau cucu maumasuk syurga minumlah air ini.Ibu? kau datang ibu?................. ibunya mengoyang-goyangkan buah susunya, ini ibumu nak, air susu ini yang membesarkanmu, 'buangkan Islam', matilah dalam agama Yahudi.Ayah? kau juga datang ayah?................ matilah dalam agama Yahudi, matilah dalam agama Nasrani, matilah dalam agama Kristian, itulah agama yang akan membawa kau masuk ke syurga katanya.................Ucaplah......................LAILLAHAILLAH.................................Tidak......................tidak.................................tidak...................... Ucaplah.....................LAILLAHAILLAH.................................Tidak......................tidak.................................tidak...................... Ucaplah.....................LAILLAHAILLAH.................................Tidak......................tidak.................................tidak....................
Semuanya kini menahannya, "rumahku, mercedesku, wangku dalam bank,saham-sahamku, kuda-kuda lumbaku, padang golfku, isteri-isteriku dan duniaku". Sakaratul-maut semakin hampir tiba datangnya, Pak Lebai tua dari rumah setinggan di kaki bukit banglonya dijemput oleh pemandunya dengan kereta mercedesnya, memanjat bukit ke banglonya di puncak desir angin.Tetapi lidahnya sudah kelu, dan Sakartul-maut kian hampir detik tibanya, tiba-tiba manusia berjubah hitam datang, katanya " mari ikut kami" kemudian manusia berjubah hijau membawa payung hijau datang, katanya " marilah ikut kami" Datang sinar putih, datang kilatan hitam dan datang cahaya merah,Apa ini................................?
apa ini...................................................?

"AKULAH SAKARATUL-MAUT................................................." Kedinginan merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut, dan kini seluruh jasadnya di seliputi sejuk, dan akhirnya 'dingin' singgah di 'tenggurukkan' nya, kemudian datanglah Malaikatul-maut di hujung kepalanya. "Hai jiwa yang keji, keluarlah engkau kepada kemurkaan ALLAH..................................."
Maka rohnya berselerakkan keseluruh tubuhnya..............LALU................:
'INNALILLAH HI WAINA ILAI HI RAJIUN'Para malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlahbau bangkai sebusuk-busuknya."TULISKAN SURATANNYA DI DALAM 'SIDDIN'PADA BUMI YANG TERBAWAH"Rohnya lalu dicampakkan, di kembalikan kedalam jasadnya, kemudian datanglah dua Malaikat lalu di 'dudukkan' dia.

SIAPA TUHAN MU?...........................A.............A.............
Aku tidak tahu...........................
APA AGAMAMU?..................................A..............A.............
Aku tidak tahu...........................
SIAPA LELAKI INI YANG DI UTUSKAN KEPADAMU..............................................
A...........A.........Aku tidak tahu..................................
Lalu datang kepadanya seorang lelaki yang hodoh wajahnya, buruk pakaiannya, busuk baunya.........siapakah engkau?
"Akulah amalanmu yang keji.............................."Kini dia diazab dan diseksa di dalam kuburnya, menunggu-nunggu doa dari anak- anaknya yang soleh. "Mana doa dari anakku seorang doktor? mana doa dari anakku seorang jurutera? mana doa dari anakku seorang peguam? mana doa dari anakkuseorang akitek? mana doa dari anakku seorang profesor?........................................."MANA?..........................................MANA?........................................MANA?...................................???DI SATU MASA ANDAKAN DITANYA,DI MUKA SIDANG MAHKAMAH TUHAN,KEMANA UMUR HARTA YANG BANYAK,KEMANA ILMU TUAN GUNAKAN.JANGAN DI HARAP MEMBELA DIRI,DENGAN ALASAN DICARI-CARI,MATA TELINGA TANGAN DAN KAKI,SEMUA AKAN MENJADI SAKSI.HIDUP INI HANYA SEJENAK ,BERAMAL JUA YANG DIBAWA SERTA,JANGANLAH LALAI KERANA ANAK,JANGANLAH LUPA DISEBABKAN HARTA.DARI ITU WAHAI SAHABAT,PERBANYAK AMAL PETANG DAN PAGI,KERJAKAN SURUH SEBELUM TERLAMBAT,JAUHI LARANGAN SEBELUM PERGI."SETIAP AMALAN AKAN DIBALAS MENGIKUT APA YANG DILAKUKANSEMASA KITA HIDUP DI DUNIA INI"

Ya, itulah perkara yang paling menyeramkan pernah saya alami. Mendengar sketsa tentang sakaratul maut telah membuatkan diri saya menggigil ketika itu. Adakah saya seram dan takut dengan sakaratul maut???? Tidak sama sekali. Kenapa kita harus takut dengan kematian? Cuma yang membuatkan saya seram adalah apabila memikirkan tentang amalan yang telah saya lakukan selama ini. Cukupkah? Lengkapkah? Sempurnakah? Dan yang paling penting, diterimakah???

Kesimpulan yang boleh diambil daripada kisah di atas, seram bukanlah satu perasaan yang perlu hadir hanya disebabkan kita berasa takut dengan makhluk Allah. Sebaliknya, seram hanya layak dirasakan apabila memikirkan kebesaran Allah dan menyedari betapa kerdilnya kita sebagai hambaNya. Oleh itu, sama-samalah kita renungkan. Sekian

Ayam

Assalamualaikum w.b.t

Dah lama xupdate blog. Masih tercari-cari idea akhirnye ada seorang hamba Allah ni suruh aku wat entri tentang ayam. Ok fine. Xde masalah untuk aku yang mempunyai otak kilang memproses idea. Lepas ni klu ada sesiapa yang nak mintak aku buat entri ape2 just cakap jer...nnt aku buatkan...hehe...

Ok, ayam. Ape tu ayam? Mengikut ensiklopedia Wikipedia:

Ayam (Gallus gallus, Gallus gallus domesticus) merupakan sejenis burung peliharaan yang seringkali diternak bagi telurnya. Ia dipercayai berasal daripada Ayam Hutan Merah Asia (Asian Red Junglefowl).
Ayam merupakan burung paling biasa di dunia. Dianggarkan terdapat 24 bilion pada tahun 2003, menurut Firefly Encyclopedia of Birds.
Ayam merupakan haiwan maserba. Ia makan hampir apa sahaja, dari bijian ke daunan dan dari serangga ke tikus. Namun ayam ternakan biasanya diberi makanan khas seperti bijirin dan sumber protein. Ayam ternakan biasanya tidak dapat terbang begitu jauh.
Ayam merupakan makanan yang sangat digemari dan boleh digoreng untuk dimakan begitu sahaja ataupun sebagai lauk untuk dimakan bersama nasi.

Itu mengikut kata2 Encik Wiki la. Kalau mengikut aku plak, ayam adalah sejenis binatang yang tidak boleh dijadikan contoh atas sikapnya. Ayam adalah sejenis binatang yang mempunyai nafsu yang sangat besar dan suka melakukan sumbang mahram. Dengan mak dia nak, dengan anak dia nak, dengan cucu pun dia nak. Kalau dia hidup lagi masa cicit dia lahir pun dia nak jgk. Jadi, ayam bukanlah sejenis binatang yang boleh dijadikan suri teladan yang boleh diajar kepada anak-anak. Tidak seperti kisah teladan Sang Kancil. Sebab itu dalam kisah Nabi Ibrahim, salah satu burung yang disembelih dan dipotong badannya adalah ayam. Kisah ini bertujuan untuk mengingatkan manusia tentang sifat ayam itu sendiri macam aku cakap tadi. Mungkin satu kajian perlu dibuat kepada pesalah2 kes2 rogol dan sumbang mahram untuk melihat adakah mereka ini selalu makan ayam? Mungkin juga hormon ayam yang tidak baik boleh diserap ke dalam badan seseorang yang memakan ayam lalu menimbulkan nafsu yang melampau. 

Ayam ada beberapa jenis. Antaranya ayam hutan, ayam kampung, ayam disuntik dan ayam yang mampu menyuntik dirinya sendiri macam gambar di bawah ni. 
 
Gambar dari blog Mazidul Akmal Sidek

Persoalannya, kenapa golongan ini dipanggil ayam? bukan itik ke, kucing ke, kambing ke, atau lembu yang sinonim dengan tiada otak seperti mereka ini? Kesimpulannya, berbalik semula apa yang disebut di atas tadi, ayam sangat terkenal dengan nafsunya yang tinggi dan sanggup melakukan perbuatan haram. Malah tidak segan silu untuk berpacaran dengan anaknya sendiri depan bininya sendiri. Bukan si jantan jer macam tu, betina tu pun 2x5 jer. Abis, kalau dah tgok laki sendiri berpacaran ng anaknye sendiri bukannyer nak tegur ke ape ke tapi bleh plak ikut jantan lain. Memang xreti nak insaf makhluk bernama ayam ni. Setakat sumbang mahram tu perkara biasa. 

Beberapa bulan lepas aku ada jugak bela ayam. So, bile perhatikan sifat ayam ni banyak perkara kita boleh belajar. Kadang-kadang rasa nak tergelak pulak bile pikirkan hal-hal ayam nih. Bayangkan kalau kita nak fikirkan gelaran pangkat untuk setiap anak-anak ayam yang lahir tu. Macam mana dia nak panggil bapak dia, mak dia, mak ng pak sedara dia. Kalau generasi pertama tu ok lagi. Tapi kalau dah masuk ke generasi kedua dan seterusnya yang melibatkan perkahwinan campur ni, sangatlah merumitkan. Ok, aku bagi contoh di sini.

Ayam A = Bapak Ayam
Ayam B = Mak Ayam
Ayam C = Anak Ayam Betina
Ayam D = Anak Ayam Jantan
Ayam E = Cucu Ayam Betina (anak D dengan jiran sebelah)
Ayam F = ?

Kalau semua ayam ikut susur galur yang betul so tiada masalah la untuk Ayam C dan D nak panggil A tu bapak. Dan D dan E panggil A tu atuk. Tetapi secara realitinya, apabila Ayam C meningkat remaja, si bapaknyer la ekor yang pertama nak kenen2 ng beliau. Pantang si C pegi ke mana2 jer, akan ada la si A follow di belakang. Nak tackle la maknanyer tuh. Lagi2 bile si B sedang pregnant  atau sedang berpantang. 
Dipendekkan cerita, dah dapatla A tu dgn C. Lahirlah seekor anak yang comel iaitu ayam F. Masalahnye di sini, apabila keluarga ayam ini berkumpul di pagi hari raya untuk bermaaf-maafan, macam mn situasi F ni nak panggil bapaknya tu bapak? F ni adalah merupakan cucu kepada B tetapi anak kepada A. C adalah anak kepada A dan F juga adalah anak kepada A. Tetapi dalam masa yg sama, F juga adalah anak kepada C yang merupakan anak dan merangkap kekasih A. Adakah F ini adalah adik beradik kepada C kerana mempunyai bapak yang sama. Masalahnye, F lahir dari perut C iaitu pangkatnya adalah adik beradik. Macam mana kakak boleh mengandungkan adikknya sendiri??? Macam mana pula dengan nenek si F? dia harus memanggilnya nenek tetapi dalam masa yang sama memanggil suami maknyer itu sebagai bapak??? Dan bolehkah dia memanggil D sebagai Pak Long sedangkan dalam masa yang sama dia juga mempunyai bapak yang sama dengan D. Dengan E pula, mereka iaitu E dan F sama2 cucu kepada B tetapi berlainan datuk. Jika datuk E adalah A, datuk F pula adalah bapak kepada A. Sangat pelik untuk ditafsirkan bukan? Ini belum masuk lagi ke generasi ketiga. Perkara ini boleh dilihat secara lawak, boleh juga dilihat secara serius.

Moral of the story, elakkan sumbang mahram dan elakkan membeli ayam yang haram kerana tidak baik untuk kesihatan. Semoga mendapat pengajaran daripada kisah si ayam. hehehe.... wassalam=)



Sunday, February 21, 2010

Bloggers baru adalah alat pemasaran blog yang terbaik.

Assalamualaikum w.b.t
Kehadiran blogger baru ke dalam dunia cyber ini sangat penting sebenarnya. Ramai di kalangan bloggers yang sudah mahsyur atau ada sesetengah menggelar mereka "Otai" masih tidak menyedari kepentingan percambahan golongan bloggers kerana menganggap gelaran "Otai" mereka itu akan sentiasa berkekalan dan promosi blog mereka akan berjalan dengan sendirinya melalui proses marketing yang digelar "Words of Mouth". Persepsi ini sangat salah dan anda sebenarnya hanya "Mengorek lubang kubur anda sendiri" atau dlm bahasa Inggerisnya "Digging Your Own Grave" sekiranya anda masih mengamalkan sikap sebegini. Jadi di sini saya akan mencungkil rahsia bagaimana kita boleh memanfaatkan bloggers baru dalam mempromosikan blog kita supaya lebih dikenal.


1) Untuk blogger lama
Sekiranya kita rajin memasuki blog blogger baru sebenarnya kita akan dapat meletakkan satu signature kita dalam ingatan blogger baru. Sebagai blogger baru, sudah tentulah apabila ditegur oleh blogger yang lebih lama akan memberikan persepsi positif kepada mereka bahawa kita adalah blogger yang friendly atau mudah mesra dan tidak sombong. Kita harus ingat, dimana kita berpijak, kita berada di bumi Tuhan...jd tidak perlulah kita menjadi riak dengan jumlah followers kita. Jumlah follower itu hanyalah sekadar angka. Angka tersebut tidak akan membawa sebarang erti sekiranya mereka tidak mengikuti perkembangan blog kita. Follower adalah golongan yang perlu kita hargai dan bukan  dibanggai. Pengalaman saya mengikuti blogger "Otai" tetapi tidak mendapat respons atau maklum balas membuatkan saya perlu berfikir semula kewajaran mengikuti blog mereka. Kita juga patut mengikuti bloggers baru kerana tidak mustahil suatu hari nanti mereka akan menjadi lebih berjaya daripada kita. Oleh itu, persahabatan awal dengan mereka memberikan pengertian yang lebih bermakna berbanding persahabatan di saat akhir.


2) Untuk blogger baru
Anda perlu sedar bahawa definisi "blogger baru" yang sebenar. Anda memegang status blogger baru hanya seketika. Mungkin juga tidak sampai sesaat kerana dalam setiap saat mungkin beribu-ribu bloggers baru membuka blog mereka. Jadi, apabila lahirnya bloggers baru, anda bukanlah blogger baru. Oleh itu, tetapkan dalam pemikiran anda bahawa anda mampu berjaya menjadi seorang blogger kerana peluang itu sentiasa hadir. Tips untuk anda dalam mencari follower sebenarnya janganlah terlalu bergantung harap dan membuang masa mengikuti bloggers "Otai" kerana ada 2 sebab sama ada mereka itu sememangnya sombong atau jika difikir secara positif mungkin tiada masa yang cukup untuk sentiasa melayani anda disebabkan jumlah follower mereka yang sangat ramai. Maka, cara terbaik untuk anda bertapak dalam dunia blog ini adalah dengan mewujudkan komuniti sesama bloggers baru dan dalam masa yang sama tetap mengikuti bloggers "Otai" untuk meminta tip-tip untuk menambahbaikkan blog.


Cara-cara untuk mempromosi blog dengan bantuan bloggers baru:
Cara yang paling baik adalah dengan mengikuti forum-forum bloggers. Forum yang sedang saya ikuti ketika ini adalah http://gengblogger.com
Forum ini sangat menarik kerana anda boleh berkenalan dengan ramai bloggers sama ada yang baru atau lama. Jadi, saya ingin mengajar anda cara untuk memanfaatkan forum ini untuk kepentingan dan mempromosikan blog anda iaitu sentiasa memerhatikan kotak di bawah ini.
 
Setiap kali anda masuk ke forum ini pastikan anda melihat siapa blogger terbaru dan pastikan anda klik ke setiap kotak tersebut. Ingat!! Jangan klik pada kotak yang ada gambar sahaja tetapi klik juga ke kotak tanpa gambar. Setelah masuk ke profail mereka jangan lupa berikan kata-kata aluan atau apa sahaja seperti di bawah.

 
Semakin awal kita menjenguk blog mereka, semakin mudah kita mendapatkan tempat strategik  dalam ruangan "Pengunjung terkini ke profail ini". Tempat yang strategik ini akan menjadi alat pemasaran yang baik untuk bloggers lain yang memasuki profail ini turut melihat profail anda. Sekiranya kotak profail anda berada jauh ke bawah, maka agak tipis utk bloggers lain perasan kewujudan blog anda=) Di bawah adalah contoh antara pengunjung awal saya.
 
Kebanyakan daripada mereka masih saya ikuti blognya kerana kedudukan strategik mereka akan membuatkan saya sentiasa ingat mereka=) Bukan itu sahaja, sekiranya anda rajin mengikuti profail-profail lain juga, anda akan dihadiahkan dengan ruangan seperti di bawah.

 
Profail saya berada di tangga ke 4. Semakin rajin kita masuk profail bloggers lain, semakin tinggi kedudukan kita, dan ini sekali lagi akan memperlihatkan profail kita kepada bloggers lain. Bukankah ini adalah salah satu strategi pemasaran blog yang sangat baik????=)

Demikian sahaja petua pada kali ini. Selamat mencuba..hehe

Saturday, February 20, 2010

Penerima RM10. Follower bertuah=)

hehe...walaupun RM10 jer, ttp rasa berpuas hati sbb dapat menghargai follower sy...yg paling penting rasa dihargai oleh follower yg selama ini mengikuti blog nih...terima kasih byk2=)

Kepada yang dh follow lama tp xdapat paper pun, jgnla marah...klu nk bagi setiap sorg mati la sy kn...insyaAllah akan datang sy buat penghargaan cara lain pulak ok?=)

Penerima bertuah tersebut adalah

1) http://gadisterbilang.blogspot.com/
Follower ke 76
 
Nama sebenardirahsiakan atas permintaan
2) http://www.nursyazni.com/
Follower ke 77
Ini bukan diskriminasi kepada lelaki...cuma kebetulan 76 dan 77 adalah wanita...klu bg ke 78 pun still wanita jgk...hehe...

RM10 untuk follower 76 dan 77.

 Elloooooooooooooo....

Berita menarik kepada sesiapa yang inginkan RM10 untuk makan tengahari esok....walaupun seploh ringgit jer, tp lepas jgk McD kn?hehe....so, apa lagi....cepat jd follower ke 77....SEKARANG BUKAK!!!!

Kepada yg bertuah, tapi rasa tidak ingin tuah itu menjadi milik anda, sila maklumkan ketidakingintuahan anda....=)

Kepada yg bertuah tetapi inginkan menjadi Hang Tuah atau Dayang Tuah, sile bagi account bank=) CIMB

Friday, February 19, 2010

Teknik menghasilkan eBook

Assalamualaikum w.b.t

Seperti biasa bile aku sedang berada dalam mood anti-penulisan, makanya aku akan meletakkan rumusan cerita menjadi pendahuluan. Sebab biasanya bile aku dlm mood anti-membaca aku pun akan membaca rumusannya sahaja...hehe...

Alkisahnyer, semalam aku dh jemput seorang usahawan internet yang berjaya dalam bidang penulisan eBook ke Studio Jalan Ampas aku....iaitu Studio Hampagas...haha...tipu jer...studio tvselangor.com.

Menarik untuk dikongsi bersama adalah tips bagaimana untuk sesuatu ebook itu dihasilkan iaitu bermula daripada pencarian idea-idea menarik untuk dijadikan eBook....untuk makluman, ebook ni adalah produk digital berinformasi....maknanya, jika anda terasa ingin membuat e-novel, maka lupakan sahajalah...sbb xde saper nk baca novel tebal2 depan skrin...aku pun xnk...haha...

Keduanya, kalau dah buat ebook nak jual kat mana? ada pasaran ke? so, untuk mengatasi masalah ini, bile buat ebook itu, tentukan golongan sasaran anda dulu ye...klu target sasaran aim fokus korang tu adalah mak cik- mak cik kampung so hentikan ler...ade ke diorg nk ngadap komputer beli ebook korg??? disebabkan golongan muda dan profesional pengguna paling ramai menggunakan IT, so, carilah satu idea yang rasa2 boleh menarik minat diorg utk membeli ebook korg tuh...ttg pasaran plak, banyak caranya....antaranya korg buatlah bleh buat affiliate program dgn ebook tuh, biar blog or website len tlg promotekan...ikutla korg nk bayar diorg dgn cara Pay Per Lead ke atau Pay Per Sale ke...
Korg jugak bile dh ada ebook bleh promote dkt blog or website org len yg agak menerima kunjungan ramai...biasanya diorg kan ada sediakan petak khas utk disewa...ataupun, jalinkan kerjasama dgn website2 yg sedia ada menjual ebook...kiranya klu buku betul penulis bekerjasama dgn sykt pengeluar buku spt Telaga Biru, kt internet pun ada jer website yg jual ebook...tapi mestila ada profit sharing kan...

Ketiganya, sebab korg perlu menghasilkan ebook berbanding menulis buku biasa adalah income dia 100% korg punyer(jika korg jual sendiri tanpa libatkan pihak ketiga)...klu tulis buku biasa dan hantar ke sykt pengeluar, percent yg korg dpt ciput jer...biasanya 7-8% jer dr jualan...xberbaloi...lagi satu, ebook ni buatnyer sekali jer, tetapi bleh makan hasilnyer smpai biler2...menarik bukan?=)

Ok, itu jer yang dapat dikongsikan bersama....Terima kasih...
 
 

Thursday, February 18, 2010

Tiada Kesetiaan Dalam Percintaan

Assalamualaikum w.b.t

Karya di bawah sebenarnya telah ditulis pada 12/07/2008. Sudah hampir 2 tahun, tetapi ketika itu saya belum aktif blogging. SO, hari ni saya siarkan karya ini semula untuk renungan semua. Baca sampai habis untuk memahami=)

TIADA KESETIAAN DALAM PERCINTAAN

Kegembiraan yang dirasai itu sebenarnya adalah satu pembohongan yang nyata tetapi tidak kita sedari. Sedar atau tidak, dalam percintaan kita dibayangi oleh tiga jenis pembohongan. Sebelumpergi lebih jauh, saya definisikan percintaan di dalam isu ini sebagai percintaan sebelum perkahwinan. Tiga pembohongan itu adalah:

1) Pembohongan pihak pertama
Dalam percintaan kita sebenarnya membohongi diri kita dan pihak kedua. Dalilnya adalah kerana kita tidak mengetahui sejauh mana kita mampu memberikan cinta kita kepada si dia dan kita tidak mengetahui sejauh mana cinta kita dibalas. Kita hanya hidup dibuai mimpi yang indah. Terasa amat bahagia apabila diri ini “diikat” dengan ikatan cinta. Bukankah mimpi itu hanyalah khayalan dan dusta semata-mata. Adakah anda merasakan kata-kata saya itu silap? Jika ya, saya cabar anda untuk lalui zaman percintaan tanpa sebarang rasa cemburu.

2) Pembohongan pihak kedua
Setiap hari, kita sentiasa mahu mengungkapkan lafaz cinta kepada si dia dan dalam masa yang sama kita amat mengharapkan ungkapan cinta diterima. Setiap detik itu bagitu lama dirasai andai tidak menerima ungkapan yang diharapkan. Namun, pernahkah kita terfikir sejauh manakah ungkapan itu mampu menjamin kesinambungan alam percintaan kita? Jawapan yang pasti, setiap ungkapan itu hanyalah sekadar ungkapan yang akhirnya akan menjadi pudar dek kerana sentiasa diungkapkan. Ungkapan cinta ini ibarat satu harta yang sangat tidak ternilai bagi setiap insan yang bercinta. Andai sebegitu mudah kita berikan kepada orang, maka apakah nilainya percintaan tersebut? Bukankah seeloknya kita menggunakan harta berharga kita itu diwaktu dan keadaan yang paling sesuai iaitu di alam perkahwinan?

Kesudahan bagi masalah ini, masing-masing akan merasa kehilangan sesuatu. Bosan kepada pasangan menguasai diri. Maka, terputuslah ikatan yang sepatutnya diakhiri dengan kebahagiaan. Mulalah kita termenung, kenapa boleh jadi begini sedangkan rebut tiada, taufan pun tiada tetapi masih terputus ikatan. Jawapannya mudah sahaja.

BOSAN....

3) Pembohongan pihak ketiga
Kita ditipu oleh suasana. Kita ditipu oleh masyarakat. Kita melihat alangkah bahagianya pasangan bercinta. Berjalan sentiasa seiiringan. Makan berduaan. Tetapi hakikatnya, mereka terpaksa tidur berasingan. Bukankah itu suatu pembohongan apabila kita hanya bercinta atas dasar sebuah ungkapan cinta yang tidak pasti kekuatan dan kejujurannya? Kita merasakan mereka bahagia sedangkan mereka juga mengalami situasi 1 dan 2 di atas.

Mengejar yang tak pasti......

Daripada huraian di atas, saya ingin merumuskan bahawa saya tidak menghalang anda daripada bercinta tetapi saya hanya ingin mengingatkan, adakah wajar kita memberikan sepenuh kepercayaan dan kesetiaan dalam bercinta? Suatu ungkapan yang selalu keluar dari mulut kita adalah, jodoh di tangan Tuhan. Dari situ kita sudah mengakui bahawa kita tiada kuasa menentukan siapakah jodoh sebenar kita suatu hari nanti. Menjadi suatu kebiasaan apabila pasangan yang berpisah merasa sangat kecewa lebih-lebih lagi bagi yang umurnya sudah agak lewat untuk mencari pasangan baru.
Adakah berbaloi pengorbanan dan kesetiaan yang anda berikan selama ini? Cadangan saya amat mudah, bukankah lebih baik sekiranya kita tidak memberikan sepenuh kasih-sayang kita kepada seorang insan sahaja? Maksudnya, sambil kita bercinta kita haruslah peka dengan keadaan dan perubahan sekeliling. Kita perlu terus berkawan dengan insane yang lain sambil cuba menyelami hati budinya. Manakan tahu, ada antara mereka sebenarnyalah jodoh anda. Ini tidak, zaman bercinta hanya si dia lah buah hati pengarang jantung. Untuk berkawan rapat dengan insan lain terasa amat bersalah kepada pasangan. Kononnya, tidak mahu berlaku curang. Bagi si pasangannya pula, tidak mahu dia berkawan rapat disebabkan perasaan cemburu membabi buta.
Berbaloikah semua ini?

Bagi saya amat tidak releven. Kenapa tidak kita wujudkan suatu suasana yang
lebih harmoni tanpa sebarang perasaan cemburu yang tidak berasas. Setiap
pasangan faham keadaan masing-masing iaitu jodoh mereka masih tidak pasti.
Maka, tidak perlulah bercinta sakan. Tidak perlulah kejujuran dan kesetiaan
yang penuh dan tidak berbelah bahagi kepada pasangan mereka. Andai semua ini dapat dipraktikkan oleh semua pasangan bercinta, InsyaAllah wujudlah satu
demensi baru iaitu suatu keadaan dimana semua manusia mampu berfikiran lebih rasional dalam menentukan hala tuju masing-masing dalam hidup ini dan bukannya sentiasa kemaruk dan dahagakan cinta. Dalam masa yang sama, tiadalah begitu banyak pembaziran masa dan gejala sosial di kalangan manusia amnya dan remaja khasnya.

Maka, atas dasar itu, marilah kita termenung sebentar. Kita berfikir kembali dimanakah kewajarannya apabila kita terlalu mengharapkan percintaan ini?

Saya mengharapkan jawapan yang mampu mengubah persepsi saya tentang percintaan ini. Silakan.


Wednesday, February 17, 2010

Magnavox Odyssey


 Assalamualaikum w.b.t
   Mendengar perkataan ”game”, tentu kita terus teringat pada konsol Playstation yang boleh dimainkan melalui televisyen di rumah, atau mungkin komputer pribadi di bilik tidur.Game memang sudah menjadi salah satu hiburan yang mengasyikkan, tidak hanya bagi kanak-kanak dan remaja, tetapi kadang kala orang dewasa juga turut bermain game di waktu lapang mereka.

Tetapi pernahkah anda bertanya-tanya, bilakah sebenarnya permainan game mulai muncul?Dan bagaimana asal usul dan perjalanan panjang dunia game? Kali ini, saya akan memaparkan mengenai sejarah game generasi perdana iaitu generasi pertama. Magnavox Odyssey merupakan konsol game di rumah yang  pertama di dunia dan telah dicipta oleh Ralph Baer pada 24 May 1972.Pada masa itu, masih ramai yang belum mengenal apa itu konsol, apa itu game computer.
Yang ada hanya istilah ”video game”, yaitu sebuah permainan elektronik yang menampilkan gambar bergerak (video).
Pada tahun 1972, sebuah syarikat bernama Magnavox meluncurkan video game pertama, yaitu Odyssey.Boleh dikatakan, Odyssey bukanlah sebuah mesin yang berjaya dan penjualannya tidak menunjukkan permintaan pengguna yang tinggi.
Tidak lama selepas itu, sebuah game arcade legendaris Atari bernama Pong muncul. Pong merupakan sebuah game sederhana yang mengambil konsep permainan tenis, satu bola dan 2 papan di kiri dan kanan.
Pemain boleh berusaha mengembalikan bola ke kawasan lawan dan konsep permainan ini masih diteruskan pada masa kini tetapi telah diberi animasi yang lebih menarik.
Atari Pong dicipta dalam bentuk sebuah mesin ding dong bernama Sears. Akhirnya, pada tahun 1975, Magnavox menyerah dan menghentikan produksi Odyssey.  Sebagai gantinya, mereka mengikuti jejak Atari, memproduksi mesin ding dong bernama Odyssey 100, yang khusus menyajikan game Pong.
Pada tahun 1978, Magnavox melancarkan Odyssey 2 iaitu generasi kedua permainan konsol mereka. Dari segi rekabentuk permainan konsol ini, jika Odyssey pertama menggunakan aplikasi circuit cards, Odyssey 2 pula menggunakan aplikasi ROM Cartridges yang boleh diprogramkan.  Dengan penambahbaikan ini, setiap game dilengkapi dengan pengalaman yang sangat unik. Setiap game mempunyai latarbelakang grafik, jumlah pungutan mata, musik dan sebagainya.

Tuesday, February 16, 2010

Kalumpang Resort, Tanjung Malim

Assalamualaikum w.b.t

Erm, nak wat entri berinformasi belum ada masa skrg nih....ni semua gara2 tugasan kerja....hampagas...
So, buat entri ttg persantaian aku dgn sefamili hari Sabtu lepas di Kalumpang Resort jela ek?

Tempat tu agak menarik la...kawasan mandi pun luas...air pun jernih...kemudahan pun cukup walaupun parking lot masih dlm proses naik taraf kot...so seksa la sket....

Keseluruhannya best...klu xbest mcm mn aku bleh berlompat dan berenang sakan macam dalam gambo di bawah ni kan? So, gambar, sila amik alih tugas seterusnya...tolong cerita sket apa yang ada di Kalumpang Resort....aku nak sambung keje....hehe...sekian
 
Hah....terkejut aku bleh jalan atas air...

 
Dh macam beruk sarkis

 
Aku bleh jadi Van Der Saar

 
Jgk bleh jd Ronaldo...

 
Aku pun xtau ape aku buat....

 
  
 Teknik apungan diri=)
  
Prisip Archimedes: Berat objek yg tenggelam sama dengan berat air yang tersesar.

 
Di Kalumpang juga ada Putera Katak, dan...

 
Puteri Belalang...

 
Rasa nak pegi, pegila...rasa xnak pegi, jgn pegi...=)


Monday, February 15, 2010

Petua Kempiskan Perut

Assalamualaikum W.B.T

Kepada kawan-kawan yang masih berjuang untuk mengempiskan perut ha...ini ada petua untuk anda kempiskan perut.
Kepada yang menganggap tummy tu lambang kemachoan, anda tidak perlu menonton video ini.
Kepada anda yang telah mencuba berbagai macam cara untuk kempiskan perut sebelum ini, tetapi masih tidak berjaya, apa kata anda cuba langkah-langkah yang akan diterangkan ini.

1. Jangan berlapar. Makanan memberi tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar muscle untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah.
Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasaannya anda akan makan dengan banyak. Pada masa ini walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal tetapi metabolisma tubuh anda masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.

2. Ambil sesuatu yang pahit sebelum makan. Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakkan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. Minum 8 gelas air sehari. Air penting bagi badan. Ia turut membantu metabolisma dan penyimpanan lemak di dalam badan.

4. Jangan minum minuman bergas. Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.


5. Kurangkan pengambilan garam. Pengambilan garam yang tinggi menggalakkan penakungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menakung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. Ambil sarapan pagi. Menurut satu kajian mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding yang mengambil sarapan . Sarapan pagi menstabilkan hormon dan paras gula dalam darah. Kadar metabolisma juga meningkat untuk membakar kalori.

7. Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan. Apabila kita makan perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukkan kepuasan.

8. Kunyah makanan kepada cebisan yang kecil kerana ia akan memudahkan penghadaman.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10.Jika nada terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11.Kurangkan pengambilan majerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh usah ada benda ni dalam peti ais anda.

12.Apabila makan di restoran atau gerai pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakkan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13.Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah. Tetapi awas ye, 'buah melaka' tidak termasuk dalam kategori buah-buahan yang dimaksudkan!

14.Ambil makanan yang berempah. Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, tetapi ia juga meningkatkan pembakaran lemak.


15.Pilih lebih banyak bijirin dan kekacang dalam makanan. Bijirin adalah sumber utama tenaga. Bijirin mengandungi banyak karbohidrat komleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

16.Berjalan-jalan selepas makan. Selain memberi peluang makanan untuk turun, kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan, satu kalori akan digunakan. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru sahaja terisi.

17.Untuk kempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan akan dapat dilakukan dengan alat seperti permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek atau hula hoop yang memiliki perut yang lebih kecil dan cantik.

18.Kurangkan pengambilan gula kerana satu sudu gula mengandungi 32kilo kalori.

19.Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing seperti jalan cepat, naik tangga, berenang, menunggang basikal dan bersenam dan buat regangan.

20.Ambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk diminum setiap hari. Amalkan dan insyaAllah perut anda yang buncit akan kempis. Petua ini hanya untuk mereka yang tiada sebarang penyakit.

Friday, February 12, 2010

Gerakan Dalam Solat. Apa Kelebihannya?




Assalamualaikum W.b.t

Islam dan Sains sememangnya tidak dapat dipisahkan.

 Jika episod sebelum ini saya ada menceritakan mengenai kelebihan menunaikan solat di awal waktu, pada segmen kali ini pula saya akan akan menceritakan mengenai nilai terapeutik yang ada dalam gerakan solat harian kita.

Tahukah anda, setiap pergerakan solat sebenarnya mempunyai nilai terapeutiknya yang tersendiri.

Kajian saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutamanya meningkatkan tahap kesihatan manusia.
Solat sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian.

Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir. Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna?

Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptanya.

Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia. Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.

Kajian itu bermatlamat menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan aktiviti otot. Hasil kajian mendapati bahawa ada banyak perkara positif apabila seseorang melakukan solat.

Seorang doktor perubatan dari Indonesia yang melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud mendapati dengan melalukan solat tahajud, imuniti seseorang akan meningkat dan hormone tekanannya menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah.

Solat juga dikenalpasti mampu merawat penyakit Erektil Disfungsi iaitu mati pucuk.  Bagaimanapun, gerakan solat yang melibatkan penyembuhan ini masih dalam kajian.

Sembahyang juga boleh rawat penyakit kritikal

Ada tiga kajian yang berbeza dalam mengenalpasti kelebihan seseorang yang bersolat iaitu Aktiviti Otot, Isyarat Otak dan Komposisi Tubuh.

1)      Aktiviti Otot

Setiap pergerakan solat melibatkan aktiviti otot dan  manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.

Hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

2)      Isyarat Otak  

Perubahan kimia berlaku apabila otak aktif.  Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala.

Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang.

Hasil kajian yang dilakukan mendapati bahawa keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Keadaan itu di dalam Islam disebut sebagai tamakninah. Ketika itu, isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak. Sehubungan itu, solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

3)      Komposisi tubuh

Komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak. Ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

Dalam kajian ini, model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir. Orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh melalui sentuhan bahu dengan bahu antara jemaah. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif.

Ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan. Selepas berpuasa, komposisi tubuh yang diukur mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang dengan membuat posisi rukuk 90 darjah.

Antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus. Kemungkinan besar, dengan solat mampu untuk merawat sakit jantung dan ini masih lagi dalam proses kajian.

Thursday, February 11, 2010

Solat dan Sains Untuk Kesihatan

Assalamualaikum W.B.T
Di bawah ni adalah video yang saya hasilkan dengan kerjasama seorang editor. Suara dalam video itu adalah suara saya. Actually, video ini sangat menarik untuk ditonton, bukan sebab saya yang buat, dan bukan sebab suara saya yang sedap...hehe...tetapi, disebabkan informasinya cukup menarik untuk dikongsi bersama. Isunya berkenaan kelebihan bersolat awal waktu, tetapi dikupas mengikut sudut sains. Sangat Menarik!!!
Saya ingin memberikan penghargaan kepada blogger ini yang bernama Faridahanum kerana saya mendapat maklumat ini setelah membaca blog beliau. Memandangkan saya mmg berminat dalam kajian warna, jadi saya tidak amik masa yang lama untuk convert article beliau menjadi video supaya kita sama2 mendapat manfaat bersama=) 
Jangan lupe menjengah blog beliau kerana penulisannya cukup kreatif dan menarik =)
http://faridahanummn.blogspot.com/2010/02/rahsia-solat-di-awal-waktu.html

Tuesday, February 9, 2010

KELAB PINK LELAKI MALAYSIA


COGAN KATA KELAB: PINK WARNA SEJAGAT UNTUK SEMUA!!!
OBJEKTIF PENUBUHAN: MENGUMPUL SERAMAI MUNGKIN KEAHLIAN BAGI MENYATAKAN SOKONGAN BAHAWA WARNA PINK ADALAH WARNA UNTUK SEMUA.
SASARAN AHLI: SELURUH RAKYAT MALAYSIA
VISI: MEWARNAKAN RAKYAT DALAM KEHIDUPAN
MISI: MENSASARKAN TAHUN 2010 SEBAGAI TAHUN PELENGKAP WARNA DALAM KEHIDUPAN
UCAPAN ALU-ALUAN PRESIDEN: ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA. DI SINI SAYA INGIN MENYERU KEPADA ANDA SEMUA TERUTAMANYA GOLONGAN LELAKI AGAR MENINGKATKAN LAGI PEMIKIRAN KITA KE TAHAP SETERUSNYA. MARILAH SAMA-SAMA KITA MENYATAKAN SOKONGAN KEPADA COGAN KATA "PINK WARNA SEJAGAT UNTUK SEMUA". TAHUKAH ANDA BAHAWASANYA, WARNA MEMAINKAN PERANAN YANG CUKUP PENTING DALAM SIKAP DAN PERIBADI SESEORANG? INI KERANA SETIAP JENIS WARNA MEMPUNYAI FREKUENSI DAN RESONAN YANG TERSENDIRI TERHADAP TUBUH BADAN DAN SISTEM BADAN KITA. SECARA TIDAK LANGSUNG, KESAN TERHADAP WARNA INI AKAN MEMBENTUK PERIBADI KITA HASIL TINDAK BALAS FREKUENSI TERSEBUT. UMPAMANYA, WARNA PINK. WATNA INI MELAMBANGKAN ROMANTIK DAN FEMINIM. WARNA INI MEMPUNYAI SIFAT MENDORONG KE ARAH KEPASRAHAN, PENYERAHAN, KESEMPURNAAN, KEAYUAN DAN KESANTUNAN.
JADI, TIDAK DAPAT TIDAK, KITA SEBAGAI MANUSIA HARUS MEMPUNYAI KESEMUA PAKEJ CIRI-CIRI TERSEBUT UNTUK MELENGKAPKAN LAGI KEHIDUPAN KITA SEBAGAI MANUSIA. SEBAGAI LELAKI, KITA TIDAK HARUS DIPENGARUHI OLEH SENTIMEN ATAU HASUTAN YANG MENGATAKAN PINK HANYA SESUAI UNTUK GOLONGAN WANITA. SUDAH TIBA MASANYA UNTUK KITA MEMBEBASKAN PEMIKIRAN KITA DARIPADA DIJAJAH OLEH GOLONGAN WANITA. BUKAN BERMAKSUD UNTUK MEMBURUK-BURUKKAN WANITA, TETAPI ITULAH REALITINYA PADA MASA KINI DIMANA WARNA TERSEBUT DIDOMINASI OLEH MEREKA SEHINGGAKAN AKAN TIMBUL PANDANGAN SINIS APABILA MELIHAT LELAKI YANG BERPAKAIAN PINK.

SIAPA YANG PERLU MENYERTAI KELAB INI:

1) LELAKI ATAU WANITA YANG BERSETUJU BAHAWA WARNA PINK ADALAH UNTUK SEMUA
2) MEREKA YANG INGINKAN PERUBAHAN BARU DALAM KEHIDUPAN MEREKA. MULAKAN PERUBAHAN ANDA DI SINI.
3) MEREKA YANG SAMA-SAMA INGIN MELIHAT RAKYAT MALAYSIA MENJADI HARMONI DAN MENCAPAI KEJAYAAN YANG LEBIH CEMERLANG DALAM KEHIDUPAN.
4) WANITA YANG BERSEDIA UNTUK SAMA-SAMA MENYATAKAN SOKONGAN KEPADA LELAKI UNTUK MENGGUNAKAN PINK DALAM KEHIDUPAN.
5) MEREKA YANG PERCAYA BAHAWA TIADA PERUBAHAN YANG DAPAT DICAPAI TANPA KEBERANIAN.

OLEH ITU, JIKA ANDA SETUJU DENGAN COGAN KATA DI ATAS, SILA BERIKAN SOKONGAN ANDA DENGAN MENAIP "PINK" KE DALAM RUANGAN KOMEN. SELAMAT MEWARNAKAN KEHIDUPAN ANDA=)

Sunday, February 7, 2010

Jualan MURAH BEG KULIT!!!

Assalamualaikum w.b.t

Kepada yang berminat dengan beg kulit, di sini saya ada offer 3 jenis beg kulit. Memang 100% kulit...dun worry. Design dan kualiti dia mmg baik...tp klu gambar xcantik, itu kesilapan saya yg xpandai snap gambar waktu malam...hehe...

Anyway, beg2 ni xbanyak stok yang tinggal, so saper cepat dia dapat lah...sebab selain kat sini, saya dh offer jgk di Mudah.my dan forum2 yang lain....Jadi kalau anda berminat, jangan fikir lama-lama, sbb hari ini anda terfikir2 nak beli ke xnak, esok mungkin sudah tiada.

Beg-beg ini boleh dijadikan hantaran, bawak pegi pejabat ataupun ke dewan kuliah=)
 
  
Harga: RM130 termasuk Pos

 
  
  
Harga: RM130 termasuk Pos

 
  
Harga RM140 termasuk Pos
Dan, kepada 4 pembeli terawal akan mendapat hadiah percuma sebuah Key Chain bercorak Batik seperti dalam gambar di bawah =)

 
Sangat CUTE...hehe

P/S: Kepada yang berminat boleh hantarkan email ke hanisaero_85@yahoo.com.sg