Alhamdulillah, malam ni dapat balik RM500 yang ditelan oleh atm AmBank baru2 nih...risau jgk klu xdpt balik...tp xsangka jgk cepat jgk dia pulangkan, katanya 7 hari bekerja, tp skrg baru 2 hari dh dapat...ok la tu...xsia2 aku marah operator dia...hehe... Walaupun marah dgn terjadinya masalah ni, tp patut puji jgk la dgn kecekapan dan kepantasan AmBank dalam menyelesaikan masalah2 mcm ni... Pada sesiapa yg terbaca entri sebelum ni, dh boleh stop boikot AmBank....hehe... Ok la, malam ni xde idea nak tulis apa2...tgh berkemas2 sbb nak ke Surabaya esok pagi. Harap xterlepas flight...=)
Besok akan bergelar jutawan semula...hehehe...
Dengan pemergian saya ke sana selama 4 hari iaitu hari Ahad balik, bermakna ini adalah entri terakhir dalam minggu ni kot..kita akan jupe lagi pada hari Ahad ok....aku tahu korg mmg suke giler kt blog aku....sehari xbaca rasa x keruan...hahaha...xde org nk puji, sendiri puji pun ok jgk....=p Salam sejahtera kepada semua. Adios amigos!!
p/s: jangan lupe singgah2 ke blog kawan sy nih=)
http://biskutsarkas.blogspot.com/
Malam ni ada satu berita baik dan satu berita buruk untuk aku. Berita baiknya, jam 8:10pm td check akaun nuffnang duit dah naik dari RM0.75 jadi RM2.50. Yahoooo....bangga giler tunjuk kt kakak aku td...masa tu kt opis...ingt balik ni nk tayang akaun nih kt family la...
Ok...itu kisah pertama yang menggembirakan. So, lepas dh check akaun tu aku pun nk balik la ke Rawang. On da way tu kul 8:30pm, singgah la jap dekat Shell Seksyen 13, Shah Alam...diulang...SHELL SEKSYEN 13 SHAH ALAM!!! Lepas isi minyak aku pun masuk jap dlm 7E Shell tu untuk keluarkan duit dari ATM AmBank....
Aku nk keluarkan RM500. Tunggu punya tunggu, duit xkeluar2...keluar resit jer...ok, xpela...aku ingt mgkin bank tu xleh detact kad aku kot...atau balance dlm mesin tu xcukup RM500 kot...cehh...pikir positif la...
Jd, aku meneruskan perjalanan ke Rawang tp masuk jap ke exit Bukit Jelutong. Nak g Petronas untuk withdraw dr ATM Cimb sendiri. Owh, aku lupe mention kt atas, aku gune kad atm Cimb utk keluarkn kt ATM AmBank. Tp terkujat giler bapok aku bile lihat balance, RM500 yg patut aku dpt di Shell tu telah ditolak balancenye di Cimb. Pergh....ini dah mendatangkan marah...aku mmg hangin bile hak aku kene rampas dgn cara yg sungguh tidak sopan mcm ni...dh la duit kene tolak, pastu aku kene patah balik dari Bukit Jelutong ke Seksyen 13 semata2 nak dapatkan no aduan AmBank....lepas bla...bla...bla...dgn operator servis AmBank, dia kata akan bg jawapan dlm masa 2-3 hari. Ok la...terpaksa la tunggu. Selamat la ekonomi aku tidak berada dalam kegawatan skrg nih...klu x, dh jd Super Saiya dh aku mengamuk.
So, memandangkan aku ada hak untuk bersuara, aku nk ajak korg boikot ATM AmBank untuk 2-3 hari ni sehinggalah duit aku dipulangkan. Janganla korg gunekan Bank Card or Meps utk keluarkan duit dari AmBank buat sementara nih. Dah la RM1 ko nak makan, dgn duit2 aku sekali ko nak makan. Ini dah melampau.
So, ingat ni dalam kepala korg pasni. BOIKOT ATM AmBank!!!! (Selagi aku belum dapat duit aku balik)
Malam ni, aku untuk RM2.50 dari nuffnang, tetapi aku rugi RM500 dari AmBank!!!!
Royal Selangor adalah sebuah pusat penghasilan pelbagai jenis barangan pewter dan telah wujud sejak 125 tahun dahulu lagi. Bertapak di Setapak Jaya Kuala Lumpur.
Royal Selangor telah diasaskan oleh Yong Koon, seorang pendatang Cina dari Shantou pada tahun 1885.
Di bawah ni contoh2 produk keluaran Royal Selangor. Kalau mahu tgok lebih banyak dan tahu harganya bleh click kt banner Royal Selangor kt atas blog nih=)
Jika rasa menarik, mintalah orang tersayang hadiahkan untuk anda=) Terima kasih
p/s: Sila berkunjung ke blog pilihan saya kali ini, http://biskutsarkas.blogspot.com
Entri ini ditujukan khas untuk Maisyara Jamaluddin iaitu blogger untuk blog
http://biskutsarkas.blogspot.com/
Harap tidak kesah saya promote blog anda...hehe
Penghargaan ini diberikan atas kesudian anda menjengah blog saya dan menjadi antara orang yang pertama mengikuti setiap entri saya walaupun tidak semuanya best. Haha...
Sebagai penghargaan, saya akan ukirkan nama anda di sebelah blog saya untuk ruangan "Saya suke blog ini" dan anda akan menjadi orang yang pertama berada di dalam senarai.
Dan selama 3 hari, saya akan mempromosikan blog anda di setiap entri yang saya siarkan.
Kepada blogger lain yang turut mengikuti blog saya, sile jgn berkecil hati kerana giliran anda akan tiba selepas ini. Saya perlu memilih Cik Maisyara kali ini kerana beliau adalah yang paling banyak mengikuti saya setakat ini. Untuk yang lain, giliran anda selepas ini.....=)
Inilah keajaiban dan kekuasaan Allah SWT. Semoga kita sama-sama dapat merasai keinsafan dan iktibar daripada kejadian ini. Al-Quran itu adalah benar dan ayat-ayat Al-Quran juga benar sama sekali.
"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53)
Bawah air sungai, sekeliling air laut
Air sungai ni tawar rasanya
"Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Ar-Rahman ayat 19-20
Picture ni aku snap beberapa bulan yg lepas masa g beli kayu reban ayam kt satu hardware Cina nih. Disebabkan aku rasa tertarik ng kata2 tersebut, so aku pun snap. Dah lama simpan dlm memory hp ni tp klu xkongsi dgn anda semua, xguna jgk...betul x?
Jadi, pada yang masih di zaman belajar, belajar la betul2...
Pada yang sudah bekerja, kerja la kuat2...
Apapun, anda belajar ke, anda kerja ke, paling penting mesti ada perasaan seronok dalam setiap perkara anda lakukan. Mesti sentiasa belajar dari kesilapan dan jgn takut lakukan kesalahan. Di tika anda dalam kekecewaan, jadikanlah kekecewaan itu sbg kekuatan untuk bangkit menjadi lebih baik.
Sahabat bloggers, kita generasi muda yang akan menentukan hala tuju masa depan negara.
Hari ini, 21 Jan saya berkesempatan ke Royal Selangor Pewter di Setapak Jaya Kuala Lumpur untuk buat rakaman bagi tvselangor.com. Pada yang belum tahu tentang tempat ini bolehlah datang sendiri, klu xnk datang sendiri bawaklah teman...xde sape halang.
Rakaman kt sana tadi rasanya ada dalam 2 jam jgk kot...padahal nk siarkan dlm 10-15 menet jer...xpadan langsung...tp utk dapatkan rakaman terbaik, masa perlu dikorbankan jgk sedikit...hehe...
Nak cerita panjang pun xgune...bukan korang nk baca sampai abis pun. Ayat perli...hehe...
Tapi nk bgtau, lepas aku abis shot, jupe plak ng peserta Raja Lawak musim kedua, Azrul rasanya nama dia dr kumpulan Cham...dia baru datang...pun nk wat rakaman jgk utk TvIQ Astro...sempat la dia tegur aku dari mana...aku time tu xingt pun saper dia...tp bile dh blah baru member aku nk bgtau dia tu peserta Raja Lawak...baru aku ingt...mesti si Azrul tu ada sket perasaan terkejut pasal masa sembang tu aku bleh tanya plak dia ni dari mana....hahaha...sori la...aku bab2 cam muke org ni agak fail sket...apatah lg nama org...tp klu hafal jln insyaAllah bleh...=)
Ini kt bilik Hall Of Frames bersama kembar aku...saper hensem?=)
Ok...ini gelas daripada Pewter...harganya cume RM280
Ini plak teko...xmahal jgk...dlm RM400 lebih jer...
Mug ini pula berharga RM340 sahaja...tidak termasuk penutupnya
Ini Mug paling murah. RM120 shj...aku ingt nk rembat jgk satu tp pikir2 balik, kemudian ajelah...hehe
Ini KLCC...pelik jgk mcm mn bgnn paling tinggi bleh muat dlm bangunan nih...mana satu lg tinggi? Musykil..
Aku bukan jenis lupe kawan...Ini Zamri...dia amik gmbo aku jer...gmbo dia saper nk amik..so ini utk ko=)
Ni dkt dalam galeri merangkap tempat jualan...sori gmbo xclear...gune handset Xpress Music jer...bukan Xpress Camera...
Ini jer yg termampu utk dibeli...harganya RM30...hehe...tp aku xrasa aku nk gune pun...mgkin aku nk wat satu entri lepas ni, nk hadiahkan pada blogger bertuah...ok x?hehe...
Dan beliau akan dapat begnya sekali...ehehe....
Sekian sahaja entri kali ini. Di atas ni cume gambar jer yg korg dapat saksikan....video kt sini aku belum edit lg...nnt lepas keluar kt tvselangor.com maybe aku akan upload kt blog ni plak....Owh ye...yg dok KL tu, try la g kt sini...mmg menarik=)
Kesempatan di masa terluang ini saya ingin ucapkan terima kasih kepada nama-nama bloggers di bawah kerana telah sudi meluangkan masa melawat blog saya yang tidak seberapa. Selagi saya punyai masa, saya akan membalas budi saudara-saudari sekalian dengan berkunjung ke blog anda juga. Diharap hubungan antara kita dapat dijalinkan secara baik dan berpanjangan selamanya. InsyaAllah=)
Misya Yen
hami85
luvfareda
lilyville
yanna
luvlymya
kiwilutz
joegrimjow
elldaily
maisyara
submerryn
nursuhana
zulsyamin
nescafeais
anirdaside
Sarmiati
BepOp_JuniOr
Aelfi
Nurizan Tahir
fwzynn
shazika
lara_audy
ezudean
lanaeiydz78
Kepada bloggers yang tidak disebut namanya walaupun pernah berkunjung ke blog saya, saya minta maaf kerana terlepas pandang. Ini pun list nama yang masih ada dalam akaun nuffnang saya. Terima kasih tidak terhingga juga diucapkan kepada anda. Salam ukhuwah dari saya=)
Salam sahabat bloggers sekalian. Kali ini saya ingin minta pendapat anda semua siapakah blogger idola anda? Nyatakan kenapa anda jadikan beliau idola anda? Apakah yang menarik sama ada dari segi layout blognya ataupun gaya penulisan mahupun idea-idea yang dikeluarkan.
Tujuan utama saya meminta anda calonkan blogger pilihan anda adalah kerana saya ingin belajar daripada blogger tersebut dan memperbaiki kelemahan yang ada di blog saya.
Tujuan kedua, memandangkan saya merupakan wartawan untuk tv website kerajaan Negeri Selangor iaitu www.tvselangor.com, saya dan pihak produksi sedang dalam perancangan untuk menjemput salah seorang blogger remaja yang boleh dijadikan contoh di atas kejayaan yang dikecapinya. Namun, perkara ini masih di peringkat perancangan. Jadi, saya perlu membuat pemilihan blogger yang benar-benar kreatif dan berjaya.
Ini mungkin sekadar entri yang ringkas ttp cuma sekadar hendak menyatakan kegembiraan dan kesyukuran kerana mendapat sen nuffnang yang pertama. Baru kejap tadi check akaun nuffnang ada RM0.75. Wpun jumlah ini sangatlah ciput, ttp saya anggapnya sebagai pembakar semangat dan batu loncatan untuk berusaha lebih baik selepas ini.
Dan kepada yang masih merangkak seperti saya, jadikanlah entri sy ini sebagai pembakar semangat anda juga supaya kita sama-sama berjaya. Saya tidak akan berjaya tanpa anda, jadi marilah kita sama-sama bekerjasama dalam memantapkan lagi blog kita. Terima kasih rakan-rakan sekalian=)
Seperti dijanjikan, inilah rupa ladang Farmville aku setelah dimandikan dengan bunga. Wpun, xdela cun sgt mcm kebun org lain yg penuh dgn decorations, tp prinsip aku dr awal cume nk naik level dan kumpul harta banyak2...so ini lah hasilnya, 4 bijik villa beserta dgn sebijik pagoda....bukan senang nk dpt pagoda tuh...hanya yg main Farmville sahaja yg memahami...hehe...
Hah...ini aku sertakan bukti ala2 bukti resit pembelian yg menunjukkan aku mmg dh sampai ke level 45. Oleh itu sgt benarlah itu mmg ladang aku...jgn jeles kpd sesiapa yg masih di level bawahan...teruskan usaha, tp usaha aku smpai sini aja...kenapa dan why? Ada dlm entri sebelum ini...
Fuh...lega betul boleh quit Farmville...Yahooooooooooooooooooooooo......
SEDIH tetapi LEGA untuk menamatkan permainan yg telah dimulai sejak 4 bulan yang lalu. Namun, detiknya sudah tiba. Keputusan harus dibuat segera sama ada untuk meneruskan atau menamatkan. Aku antara orang yg lewat start main Farmville ni antara neighbour2 aku, tetapi akhirnya aku berada di atas sekali iaitu pada ketika ini berada di LEVEL 45.
4 Villa dan 1 Pagoda, hasil kekayaan selama 4 bulan
Memang sayang untuk meninggalkannya setelah mencurahkan keringat yg panjang, tetapi ini adalah sebab-sebab yang mendorong aku menamatkan kemungkinannya 2 hari lagi setelah pokok-pokok bunga aku hidup. Saja aku tanam bunga untuk kali terakhir supaya boleh amik gambo yang lebih menarik untuk kali terakhir.
Sebab-sebabnya:
1) Sudah tiada saingan antara jiran-jiran Farmville, mereka sorg2 dh quit.
2) Sudah tiada apa yang menarik untuk dicapai dalam Farmville memandangkan empunya Farmville pun xupdate, nk upgrade farm pun bercinta nk menunggu.
3) Masa aku pun banyak terbuang dok sibuk mengadap laptop nk click satu2 petak...jenuh la jgk...mmg rasa bodoh jgk ttp sbb ego punya pasal selama ni nk duduk atas dr orang lain, jd diteruskan jgk kebodohan tu...terima kasih utk diri sendiri kerana lalai.
4) Sebab yang paling utama kerana aku dh jumpa hobi yang lebih baik drp Farmville iaitu tidak lain dan tidak bukan adalah blogging...hehe....tahniah diucapkan kepada semua bloggers. Sorry im late joining u all=)
Lagi 2 hari lepas pokok2 bunga aku mekar, aku post satu entri lagi. Nak tunjukkan kekayaan maya aku dalam Farmville...hahaha...
-Warna: Merah ~ Pintu ini berkait rapat dengan kelangsungan hidup (survival), kerahsiaan dan keselamatan. Tenaga dari chakra ini yang akan membantu untuk lebih berjaya dlm hidup terutamanya dr aspek material iaitu kekayaan, perniagaan dan alam pekerjaan. ~ Sekiranya pintu chakra ini tersumbat, individu akan cenderung membentuk personaliti yg penakut, bimbang, sering kecewa, merasa tidak selamat dan akan mudah mendapat masalah kesihatan berkaitan obesity, anorexia nervosa, artritis dan sakit sendi dibahagian kaki terutamanya lutut.
- Belly (Sacral) atau bahagian peranakan wanita
- Warna: Oren~ Pintu ini mewakili sexuality, creativity, intuition and harga diri. Individu yang berkeyakinan, kreatif, berfikiran terbuka , berkemampuan untuk berinteraksi dgn baik dgn persekitarannya adalah mereka yg tidak mempunyai masalah pada pusat chakra kedua ini.
~ Sekiranya pintu ini tersumbat, individu akan cenderung memiliki personaliti yang panas baran, suka memanipulasi utk kepentingan diri, seorang yag suka mengongkong orang lain, berfikiran negatif & tertutup malah lack of energy.
~ Manakala masalah kesihatan yg sering terlibat buat mereka yg auranya terganggu di CHAKRA 2 ini akan mendapat penyakit seperti kidney failure, stiff lower back, constipation & muscles spams.
- Solar Plexus (Perut)
- Warna: Kuning~ Pintu ini mewakili kuasa peribadi (personal power), ego, passion, kesabaran, endurance, kemarahan & kekuatan. Pintu chakra yg seimbang & terpelihara akan membentuk personaliti yg ceria, outgoing, punya self-respect ~ harga diri, expressive ~ enjoy hidup dan challenges in life and STRONG SENSE OF PERSONAL POWER. ~ Sekiranya pintu ini tersumbat, akan membina personaliti yang TIADA KEYAKINAN DIRI, keliru, runsing, TERLALU MEMIKIRKAN PANDANGAN ORANG LAIN TERHADAP DIRINYA dan merasakan org lain mengawal hidup kita dan lama-kelamaan boleh membawa kepada STRESS. KEMURUNGAN DAN TIDAK MUSTAHIL JIKA TIDAK DIKAWAL BOLEH MENYEBABKAN MASALAH KESIHATAN MENTAL.
~ Masalah kesihatan yg terlibat pula adalah penghadaman, liver problems, diabetes, nervous exhaustion & food allergies.
- Heart (Jantung)
- Warna: Hijau ~ Pintu ini mewakili emosi, kasih syg, compassion dan kerohaniah (spiritual).Chakra ini menghubungankan kekuatan jasad , ruh & akal....Individu yg chakra keempatnya seimbang dan cantik mempunyai personaliti ekstrovert ~ peramah, compassionate, empathy, desire to nurture others and see the good in everyone ~ memandang insan lain dgn penuh rasa hormat, dignity dan punya potensi & kelebihan yg boleh dibangunkan....
~ Psikologi harmoni individu terlibat terdiri drpd mereka yang bijak berbicara,kreatif dlm penulisan, tenang, penyayang, setia, fokus dan pemimpiN yang bagus.
~ Sekiranya pintu ini tersumbat, kita mmepunyai membetuk personaliti yang paranoid, indecisive (x tetap pendirian), takut dikecewakan dan tidak tahu menghargai kasih syg.
~ Masalah kesihatan yg mungkin menyinggah sekiranya tiada keseimbangan aura di chakra ini adalah serangan jantung, tekanan darah tinngi, insomnia dan kesukaran bernafas.
- Throat (Leher)
- Warna: Biru Pintu ini mewakili pusat komunikasi samada melalui suara atau tulisan. Pusat chakra yg terpelihara membentuk personaliti individu yg kreatif dlm pemikiran, penulisan & juga hubungan komunikasi.
~ Psikologi harmoni individu terlibat terdiri drpd mereka yang bijak berbicara,kreatif dlm penulisan, tenang, penyayang, setia, fokus dan pemimpim yang bagus.
~ Leher / throat is where anger is stored and finally let go. If it si out of balance you may hold back, feel timid, be quiet, feel weak or can't express your thought.
~ Sekiranya pintu ini tersumbat, kita adalah org yg lemah semangat, tidak percaya akan kebolehan sendiri, pendiam & takut pada bayang2 sendiri.
~ Masalah kesihatan terlibat pula adalah hyperthyroid, skin irritations, ear infection, sore throat, inflamations and back pain.
- Third Eye (Mata ke3)
- Warna: Indigo ~ Pintu ini mewakili AURA SENSUAL & pusat utk kebolehan psikik, minda & spiritual yg tinggi.. Golongan yang chakra 6 nya terpelihara merupakan individu KENAL MATLAMAT YANG DIINGINKAN DALAM KEHIDUPAN, mempunyai kebolehan telepati dan berupaya "membaca" personaliti & kehidupan org lain.
~ Gelombang ini dapat menjana minda, menajamkan visi, merancang, mengawal kelenjar ptuitari, telinga, hidung dan sistem saraf.
~ Psikologi yg harmoni membentuk personaliti diri yang mempunyai gerak hati @ intuisi yang tajam, peka, perancang, bijak, jujur, bersemangat, imaginasi dan berkepemimpinan.
~ Ia juga berperanan sbg pusat yang akan menapis segala kecenderungan negatif dan penyingkiran sifat pentingkan diri sendiri & tamak.
~Sekiranya pintu ini tidak seimbang, akan membentuk personaliti individu yang takutkan kejayaan, tidak asertif dan ego tidak bertempat.
~ Kesan fizikal boleh mengakibatkan masalah mata, telinga, hidung, sinus, sakit tengkuk, resdung dan insomnia ~ Sekiranya pintu ini tersumbat, kita adalah akan terjerumus membentuk personaliti yang takut -tidak asertif, tiada ketegasan dlm diri...tidak ada prinsip mudah dipermainkan orang, takut pada kejayaan, mudah disubahatkan oleh unsur syaitan & negatif dan juga EGO.
- Crown (Ubun2)
- Warna: Violet & Putih~ Pintu ini mewakili wisdom, pusat spiritual, fikiran2 yg dinamik dan tenaga2 yg alpha. INILAH anugerah Allah paling beharga....nikmat fakulti akal yang perlu kita pelihara dan manfaatkannya dlm usaha kita mencari kebaikan di dunia & akhirat..Individu yg menjaga pintu tenaga ini adalah individu yg memiliki kerohaniah & kognitif juga positif thinking yang tinggi. .
~ Merupakan tingkat tertinggi ygmenghubungkaitkan sistem lain dgn sistem pusat manusia iaitu otak.
~ Berfungsi mengawal kestabilan tenaga minda.Ia juga dikenali sbg talian hayat yg menghubungkan manusia dgn dunia luar terutamanya MAHA PENCIPTA.
INILAH anugerah Allah paling beharga....nikmat fakulti akal yang perlu kita pelihara dan manfaatkannya dlm usaha kita mencari kebaikan di dunia & akhirat.
~ Individu yg menjg pintu tenaga ini adalah individu yg memiliki kerohaniah juga kognitif dan positif thinking yang tinggi. Memiliki personaliti diri yg berkarisma, unik, deria akal yg sempurna, bersemangat tinggi, rasional & holistik.
~ Kedudukannya yg terletak di ubun-ubun kepala berfungsi sbg pusat pengaliran tenaga roh. Dari segi Islam roh ditiup melalui ubun-ubun...maka pintu inilah yang seharusnya dipelihara sebaiknya.
Sbg cth : Jika diperhalusi individu yg mempunyai hubungan yang mantap & kemas dgn Al-Khaliq (CHAKRA 7) + memelihara QALBU (CHAKRA 4) jelas terpamer kejernihan & ketenangan di wajahnya...gabungan getaran dari CHAKRA 7 & CHAKRA 4 inilah yang memberi impak yg padu ke arah kesejahteraan dan keharmonian dlm kehidupannya...sungguhpun diuji namun tembok auranya sukar sekali diganggu mahupun dicerobohi. Disokong pula dengan CHAKRA 1 yang mengawal AURA STAMINA @ will power insyaAllah melancarkan lagi perjalanan kehidupan individu.
~ Sekiranya tidak seimbang, individu cenderung mempunyai perasaan kecewa, putus asa dan hampa.
~ Aura violet @ putih ini menjaga kelenjar pineal dan sistem minda.
~ Kesan fizikalnya sekiranya tidak seimbang boleh menyebabkan penyakit nyanyuk , histeria, down syndrom, epilepsi, sakit kepala, migrane, darah tinggi
sekian sahaja pembelajaran kita untuk hari ini=) jika ada sebarang kemusykilan, sila hantarkan komen anda di bawah...hehe
Baik...hari ini saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana hendak mengenali sifat anda dan orang di sekeliling anda hanya dengan menggunakan kaedah warna. Saya memang berminat dengan kaedah warna ini dari dulu lagi, jadi apa salahnya dikongsi bersama. Untuk pengetahuan anda setiap daripada kita mempunyai chakra yang tersendiri yang mengandungi 7 jenis warna di sekeliling tubuh badan kita. Boleh perhatikan gambar kecil dekat tajut blog saya ini. Selain berfungsi untuk mengenali sifat seseorang melalui warna, sebenarnya kita boleh mengetahui kelemahan dan penyakit yang dialami akibat ketidakseimbangan warna. Tetapi kali ini saya kongsi mengenai sifat sahaja supaya anda semua tidak rasa bosan=)
Erti positif terdiri dari :
Merah dadu = rendah hati/estetis
Orange = vitalitas/dinamik
Kuning = intelektual/dinamik
Hijau = energik/kreatif
Biru = pengembangan spiritual
Indigo = kebijaksanaan
Perak = kelincahan/serba boleh
Erti negative terdiri dari :
Merah tua = egoisme
Merah kecoklatan = kebencian/kekejaman
Merah asli = nafsu
Kuning tua = curiga/iri hati
Hijau tua = cemburu
Hijau zaitun = pengkhianatan
Coklat = ambisius
Kelabu = kepicikan/kelicikan
Kelabu tua = ketidakrelaan
Jika ramai yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut setiap warna, saya akan buatkan entri baru...Sekian
Betull...mn ada aku pegi mn2...ada jer slalu depan laptop...tp xde ms utk tulih pape lg.. En Idea pun belum keluar lg...maybe dia tgh mandi kot kt dalam tuh...asyik kene pakse perah otak jer, panas dan berbulu jgk dia barangkali...Mintak maaf la En Idea...malam ni aku xnk ganggu sgt...ko rehat cukup2...tp sok and seterusnye aku perah ko balik...apa bleh buat, itu bidang tugas ko...
Kpd kwn2 blogger, En Idea aku amik Emergency Leave arini...so mmg aku xde idea nk tulih pape...kiranya aku tgh tulih ni tanpa pakai otak la...mmg kepala hotak betul la aku nih...lebih baik aku ckp sendri drp org lain yg ckp...owh ye, tp En Idea kem salam kt rakan sejawat dia dalam kepala hotak korang...hehe
Hari ni xde mood utk keluarkn idea2 baru....tp jiwa masih tebal dgn semangat keblogingan ini...jd dpt satu ilham utk berkongsi perkataan2 BOMBASTIK dgn bloggers sekalian. Harap bloggers sekalian boleh menggunakan dlm penulisan supaya dpt memartabatkn bahasa Melayu=)
Dewasa ini kita boleh lihat, perkembangan teknologi berlaku dengan sangat pantas sehingga kita sendiri tidak mampu mengejar apatah lagi mengaplikasikannya. Bahkan kita sendiri tidak sedar bilakah wujudnya teknologi tersebut. Tidak dapat dinafikan, teknologi memainkan peranan yang penting pada zaman ini. Saya juga tidak terlepas daripada golongan orang yang memerlukan teknologi dalam kehidupan seharian. Jika tanpa teknologi, mana mungkin saya mampu melancarkan penulisan blog ini.
Bagaimanapun, kebanjiran teknologi juga memberi impak yang besar kepada perkembangan minda dan daya kreatif golongan remaja masa kini memandangkan golongan tersebut merupakan pengguna terbesar peralatan dan pengaplikasian teknologi. Dalam teknologi berbentuk peralatan, remaja begitu taksub dengan peralatan-peralatan terbaru seperti telefon bimbit, kamera digital, pemain mp3, mp4 dan sebagainya. Dalam bentuk pengaplikasian pula, remaja gemar menghabiskan masa bermain permainan video sama ada di pusat internet (cyber cafe) mahupun di rumah.
Teknologi ini walaupun pada dasarnya menyenangkan kita, tetapi akhirnya menjadikan kita terlalu bersenang-lenang sehingga menjadikan kita golongan pengguna teknologi. Sepatutnya daripada kita menjadi golongan pengguna, adalah lebih baik untuk kita menjadi golongan pencipta. Secara senyap, kita sebenarnya membenarkan minda kita berada dalam gelombang alfa iaitu gelombang yang membuatkan anda sentiasa berada dalam keadaan tenang dan rileks. Tenang memang baik tetapi bukan setiap masa kerana akhirnya akan menjadikan kita leka. Daya kreativiti kita akan mati kerana kita tidak membenarkan minda kita berada dalam gelombang beta iaitu pemikiran kreatif.
Tahniah diucapkan kepada Barat kerana niat "mulia" mereka untuk mengteknologikan masyarakat sebenarnya lebih bertujuan untuk mengawal minda masyarakat. Paling penting untuk mengawal pertumbuhan ekonomi negara-negara mundur dan sedang membangun. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan supaya kuasa ekonomi tetap di tangan mereka. Inilah perancangan yang telah dilakukan sejak sekian lama sehingga tidak ramai yang menyedarinya. Wujudnya televisyen tidak lebih kepada supaya masyarakat akan melebihkan masa di dalam rumah dan melupakan tradisi kemasyarakatan seperti bergotong-royong. Akhirnya semangat kemasyarakatan akan terhapus dan digantikan dengan sikap individualistik. Maka semakin mudahlah mereka menjajah pemikiran kita.
Jadi, ayuhlah kita memulakan perubahan dengan amalan membaca kerana membaca memberikankan kita lebih informasi dan menggalakkan pemikiran yang kreatif serta menjadikan diri bersifat berdaya saing. Sekian.
Aku xpaham betui la apsal aku dikelilingi member2 yg anti blogging nih, dengan erti kata lain bengap menulis. Sama ada korang pemalas atau spesies lembam aku xtau la...tp apa nk buat, mgkin silap aku jgk berkawan dengan korg sumer....klu la kawan2 aku semuanya terdiri drp kaki blogging, terutamanya korg bloggers yg sedang baca post aku nih, mesti best kn?
Menulis ni best giler...ini la satu2nya medium yg korg boleh cakap sesuke hati mak bapak korg...xpayah tapis2...klu ckp lepas secara lisan, silap2 makan penampor jgk korg rasa2nya...so, kpd kwn2ku yg aku dh tersilap pilih, wpun korg xbaca pe aku tulis nih, aku nk pesan supaya korg start la menulis...drp korg sembang galak yg akhirnyer korg sendiri xtau ape korg sembang, baik korg menulis...bile2 bosan boleh baca balik karangan2 bodoh korg tu dan gelak sendiri...mcm ape yg aku buat ni la...rasanya ape yg aku tulih ni mcm bodoh jer....tp pedulik apa....blog aku...
Tp sbnrnyer korg rugi...setiap kali kita selesai menulis blog, kita akan sentiasa dlm mood pemikiran kreatif sbb sure nk pikir ape nk tulis selepas tu kn...Kawan2ku yg tidak membaca blog ini, tlgla kembangkn sket otak tuh...hari2 baca paper jgn ingt korg bagus...korg cume jd lebih berpengetahuan ajer...xbermakna korg pandai mengulas ape yg korg tahu...so, start la aktifkan jari kaki mencari maklumat, aktifkan jari tangan berkongsi maklumat agar otak korg pun turut sama aktif.
Sekian sahaja buat rakan2ku yg tidak membaca tulisanku ini. Korg baru sahaja membuatkn aku membuang masa menulis blog utk korg.