Saturday, November 6, 2010

Benarkah amalan demokrasi suatu budaya sampah

"Sesungguhnya akan ada dari kalangan kamu (umat Muhammad) yang mengikuti jalan orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawak pun kamu akan mengikutinya." Kami (para sahabat) bertanya, "Wahai Rasulullah, adakah yang engkau makdsudkan itu (jalan) Yahudi dan Nasara?" Baginda menjawab, "Siapa lagi (sekiranya bukan mereka)?"
 (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Sistem demokrasi wujud hasil pemikiran golongan pemikir Yunani yang sememangnya tidak bertauhidkan Allah SWT. Sistem ini kemudiannya digunapakai oleh Barat dalam sistem pemerintahan mereka. Secara ringkasnya sistem demokrasi merupakan sistem pemilihan pemerintah melalui undian majoriti rakyat. Kumpulan yang mendapat undian terbanyak layak untuk memerintah sesuatu negara walaupun mereka tidak mendapat sokongan daripada keseluruhan rakyat.

Pendek kata, untuk menjadi pemerintah usaha yang perlu mereka lakukan adalah satu, iaitu memenangi hati rakyat dengan janji-janji manis bahawa segala keperluan keduniaan mereka akan ditunaikan. Maka, pihak yang lebih pandai berkata-kata, berhujah serta menabur janji-janji manis akan diisytiharkan pemenang.

Apa akan terjadi sekiranya kedua-dua belah pihak pandai berkata-kata dan bijak menabur janji-janji manis sekaligus pandai menawan hati rakyat? Maka sudah tentu persaingan bakal menjadi lebih sengit kerana apa lagi senjata yang mampu digunakan untuk menawan hati rakyat?

Senjata sulit terakhir yang boleh digunakan adalah dengan mencari keburukan-keburukan pihak lawan agar nama pihak lawan menjadi busuk di mata rakyat dan manakala mereka bakal dijulang sebagai perwira atau penyelamat. Senjata ini lama-kelamaan bukan lagi menjadi senjata sulit yang akan digunakan di saat-saat genting, tetapi akhirnya menjadi senjata utama masing-masing sehingga usaha memberikan kebajikan kepada rakyat dipinggirkan. Cuma akan kedengaran semula apabila hampirnya pilihan raya bagi memilih calon terbaik.

Perseteruan di antara kedua-dua belah pihak ini lama-kelamaan menjadi muak di mata rakyat kerana ibarat gajah sama gajah bergaduh, pelanduk mati di tengah-tengah. Sistem demokrasi yang di atas kertas nampak cantik, akhirnya menjadi kotor ibarat sampah apabila pemimpin sama pemimpin yang diharapkan rakyat kini berbalah sesama mereka mencari silap pihak lawan. Lucunya, mereka mempertahankan sikap ini dengan alasan rakyat berhak mengetahui keburukan pihak satu lagi. Ajaran manakah yang menuntut kita supaya memburuk-burukkan peribadi orang lain walaupun sememangnya salah? Mampukah dengan sikap hentam-menghentam, buruk-memburuk, dan hina-menghina orang lain ini mampu mewujudkan masyarakat yang terbaik? Adakah pasti sikap seburuk ini tidak akan menular ke dalam budaya masyarakat?

Perbalahan demi perbalahan akhirnya semakin mengundang rasa ketidakpuashatian di satu-satu pihak. Akhirnya dek kerana tidak mampu bergaduh sendirian, lalu mengumpul rakyat yang pro kepada mereka bagi mengadakan demonstrasi bantahan yang cuma menyusahkan pengguna jalan raya, merosakkan harta benda awam dan sebagainya.

Mari kita langsung menyentuh isu menegakkan Islam sebagai satu cara hidup masyarakat. Adakah anda melihat sebarang unsur dakwah kepada Islam dalam contoh-contoh di atas? Baiklah, mari kita melihat lebih terperinci  kumpulan yang mendakwa pergerakan Islam namun akhirnya turut bersaing menjadi gajah terhandal.

Bagaimana satu pergerakan yang dianggotai oleh ulamak-ulamak boleh memilih sistem yang penuh kekotoran ini? Apa yang mereka mahukan sebenarnya daripada sistem ini? Paling penting apa matlamat perjuangan mereka? Adakah untuk menjadikan negara sebuah negara Islam yang makmur, dengan rakyat yang berpegang teguh kepada ajaran Islam? Atau, matlamat mereka untuk merebut kuasa semata-mata? Saya tidak boleh menyalahkan mereka seratus peratus kerana sebagai ulamak tidak semestinya mereka bebas daripada sebarang kesilapan sedangkan Rasulullah sendiri pernah ditegur Allah SWT kerana tidak mahu mendengar pendapat si buta. Mungkin ini adalah satu-satunya kesilapan mereka kerana memilih jalan berpolitik.

Untuk melihat perkara yang lebih besar, kita perlu merenung dan mengkaji perkara-perkara yang lebih kecil supaya mendapat iktibar. Setiap tumbuhan tumbuh bermula daripada percambahan akar sebelum mengeluarkan dahan, ranting dan akhirnya daun serta buah-buahan. Pelajarilah daripada kejadian alam. Untuk mendapatkan sesuatu matlamat, perlulah diusahakan melalui perkara asasnya dahulu. Mana mungkin kita mengharapkan buah sedangkan akar serta pokoknya belum lagi wujud. Begitu jugalah dengan matlamat menjadikan negara ini negara Islam. Layakkah kita mengaku sebagai sebuah negara Islam sedangkan hanya pemimpin yang beragama Islam tetapi rakyat masih hanyut. Layakkah kita mengaku sebagai negara Islam sedangkan pemimpin sendiri yang mempunyai pengetahuan agama yang tinggi sibuk berpolitik mempertahankan kuasa lalu terlupa untuk berdakwah kepada rakyat?

Itulah realitinya yang perlu kita sedari dan seharusnya pergerakan Islam tersebut mengambil iktibar. Adakah mereka yakin dengan memperoleh kuasa mereka mampu mengislamkan semua rakyat serta mengembalikan rakyat yang terpesong kepada ajaran Islam? Sedangkan kita yang tidak berpengetahuan luas tentang Islam ini juga sedar satu perkara iaitu Islam tidak dapat disebarkan secara paksa tetapi secara sukarela. Lihat sahajalah contoh di negeri yang dimenangi oleh mereka. Anda masih akan melihat rakyat yang tidak bertudung, berpeleseran di sana sini walaupun tiadalah tempat-tempat yang dinamakan disko dan pusat judi. Cuma itukah sahaja yang mampu mereka lakukan atas nama Islam? Mencantas unsur-unsur yang boleh melalaikan rakyat tetapi pengisian ke dalam jiwa rakyat tiada, ataupun kurang dilaksanakan.

Baiklah, kita terima alasan mereka bahawa mereka tidak mampu menghalang rakyat negeri sendiri daripada berhijrah ke negeri-negeri jiran yang masih mempunyai unsur-unsur maksiat tersebut. Seandainya mereka mempunyai kuasa memerintah negara, sudah tentu mereka mampu menutup semua pusat tersebut dan dapat menghindari rakyat daripada lalai dan mendekati maksiat. Tetapi bagaimana mereka mampu mengelakkan rakyat daripada unsur-unsur maksiat ini yang masih ada di luar negara? Mahu menjadi penakluk dunia pula baru rakyat cenderung kepada Islam? Atau dengan melaksanakan undang-undang hudud agar rakyat menjadi takut untuk melakukan maksiat? Saya tidak menolak hukum hudud, tetapi adakah wajar untuk hudud dilaksanakan sedangkan usaha dakwah kepada rakyat belum lagi dilaksanakan. Hudud hanya boleh dilaksanakan apabila umat Islam benar-benar faham dengan ajaran Islam tetapi masih mahu melakukan kesalahan.

Jadi setelah huraian panjang lebar di atas, dimanakah penyelesaiannya? Bagaimanakah untuk menerapkan Islam dalam hati manusia sedangkan kita tidak mempunyai kuasa melakukannya? Jawapannya, adakah kita perlukan kuasa baru boleh menyebarkan dakwah?Kuasa adalah capaian terakhir setelah segala misi dan usaha dakwah telah berjaya. Ingat semula, pokok tidak tumbuh tanpa akar.

Setelah 50 tahun lebih negara merdeka, berhasilkah usaha anda menerapkan ajaran Islam kepada rakyat Malaysia? Mampukah anda menarik rakyat bukan beragama Islam kepada Islam? Tidak dinafikan memang ada, tetapi berbaloikah dengan tempoh usaha anda lebih 50 tahun dahulu. Dan, yang paling penting sekali berjayakah anda mewujudkan persepsi yang baik orang bukan Islam dan orang yang semakin jauh daripada Islam kepada ajaran Islam yang sebenar? Cuba anda bayangkan seandainya usaha politik sia-sia selama 50 tahun itu digunakan ke arah usah berdakwah tanpa memikirkan perebutan kuasa, bukankah berkali ganda usaha yang boleh dilakukan dengan jumlah masa yang tidak terbuang kerana sibuk mencari kesalahan orang?

Belajarlah daripada sejarah bagaimana Raja Habsyah yang beragama Kristian mampu dibawa memeluk Islam dengan hanya melalui jalan dakwah. Biarlah dahulu pemimpin itu dengan sikap zalimnya. Tunjukkanlah teladan yang terbaik mudah-mudahan mereka kembali kepada jalan yang benar. Di samping itu, bimbinglah rakyat menjadi muslim yang sejati kerana pemimpin itu bersilih ganti. Mudah-mudahan dengan rahmat Allah SWT, pemimpin yang menggantikan itu adalah dikalangan muslim yang terbaik kerana tiada lagi pengganti yang mahu mengikut sifat zalim pemerintah disebabkan usaha dakwah selama ini. Seandainya pemimpin itu mengancam umat Islam, tiada apa lagi cara selain berjihad menggulingkannya.

Ingatlah, untuk menegakkan agama Allah SWT hanya ada satu cara sejak zaman Nabi Adam, Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi Muhammad saw sendiri iaitu dengan cara berdakwah. Tiada istilah demokrasi dalam setiap zaman kewujudan Nabi-Nabi tersebut. Sekiranya anda masih mahu menggunakan hujah usaha dakwah sudah tidak praktikal disebabkan dunia dan zaman sudah berubah, bagaimana pula dengan janji Allah SWT bahawa di akhir zaman Imam Mahdi akan muncul dan Nabi Isa akan turun untuk membawa semula manusia menyembah Allah SWT? Adakah anda rasa mereka akan menggunapakai konsep demokrasi untuk menentang Dajjal? Siapa yang mempunyai pengikut terbanyak akan memerintah dunia? Bagaimana jika pengikut Dajjal lebih ramai? Perlukah kita menjadi pengikutnya semata-mata menghormati sistem demokrasi?

Mengikut kisah apabila munculnya Imam Mahdi ramai umat Islam akan menjadi murtad kerana berpaling daripada mengikutinya. Hal ini bukan kerana ajaran yang dibawa olehnya tidak benar. Imam Mahdi akan muncul untuk memperbaharui serta mengembalikan Islam yang sebenar. Maka apabila manusia telah berasa begitu selesa dengan cara hidup dan percaturan dunia yang tidak berlandaskan Islam ini, maka siapa yang mahu meninggalkannya semata-mata mahu mengikut Imam Mahdi? Janganlah kita menjadi di kalangan manusia yang turut menolak dakwah Imam Mahdi dan Nabi Isa semata-mata merasakan pendekatan mereka itu sudah lapuk dan tidak releven lagi di zaman ini. Semoga kita ditempatkan di kalangan hamba-hamba yang beriman.

Kesimpulannya, sistem demokrasi terbukti tidak mampu mewujudkan masyarakat Islam yang sebenar kerana di samping berusaha untuk menerapkan ajaran Islam, gerakan Islam ini akan meninggalkan satu lagi cabang syiar Islam iaitu berjihad mempertahankan agama dan negara. Amalan demokrasi akan menjauhkan manusia daripada keberanian mempertahankan agama dan negara Islam seandainya diancam. Demokrasi juga terbukti tidak mampu menyatupadukan rakyat supaya mentaati pemimpin kerana seandainya gerakan Islam ini menang, masih ada kumpulan yang akan menentang mereka. Sampai bila hal ini akan berterusan? Bagaimana pula dengan hukum jizyah yang wajib dibayar oleh bukan Islam kepada pemerintahan Islam? Adakah mereka mahu menolakpakai hukum ini semata-mata menghormati amalan demokrasi? Sekiranya mereka mahu melaksanakan, realitinya adakah orang-orang bukan Islam ini mahu membayar sedangkan mereka juga mempunyai perkongsian kuasa di dalam negara? Sebab itulah, Islam itu sendiri perlu berdiri tegak dan kuat melalui asas-asas penerapan Islam yang sebenar. Apabila Islam itu berdiri tegak, orang-orang bukan Islam tiada masalah untuk bernaung di bawah pemerintahan mereka.

Segala yang baik datangnya daripada ilham yang diberikan oleh Allah SWT ketika menulis artikel ini, dan segala yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri. Wassalam

p/s: Wahai PAS, bangkitlah dan sedarlah. Di waktu gerakan Islam Al-Ikhwan yang dahulu digelar Al-Arqam ini mampu mengumpul pengikut ramai yang taat kepada Allah SWT melalui jalan dakwah, dan berjaya membina rangkaian perniagaan mereka sehingga ke luar negara tanpa meletakkan pegangan kuasa sebagai matlamat utama, PAS masih lagi menadah kopiah meminta sumbangan derma.

Thursday, November 4, 2010

Kenapa pentingnya menjaga bangsa dan tanah air

Dalam artikel kali ini, saya ingin mengupas mengapa setiap manusia itu perlu menjaga bangsa mereka sebagai mana pentingnya kita menjaga agama Islam. Menjaga bangsa bukan bermakna bersifat perkauman atau menolak bangsa-bangsa yang lain. Menjaga bangsa adalah untuk menjaga martabat bangsa di mata bangsa-bangsa yang lain. 
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Al-Hujurat: 13)

Allah SWT telah menetapkan dalam dunia ini mempunyai pelbagai bangsa dan bersuku puak iaitu mempunyai daerah-daerah atau kawasan masing-masing dengan tidak lain tidak bukan bertujuan untuk memakmurkan bumi Allah SWT selaku khalifah di muka bumi ini.

Setiap bangsa ini telah dilahirkan dengan sifat peribadi dan keunikan masing-masing sesuai dengan persekitaran daerah atau kawasan masing-masing. Setiap bangsa mempunyai daya tahan diri tersendiri yang telah diberikan oleh Allah SWT sesuai dengan jenis iklim dan faktor pemakanan di sesuatu kawasan. Bayangkan jika kita cuba mengubah penduduk eskimo ke Afrika, dan orang Zulu ke kutub utara. Barangkali, mungkin orang Eskimo terpaksa menjadi kejam kepada orang Zulu supaya menyediakan tempat tinggal berteduh yang nyaman untuk mereka semata-mata mereka tidak mampu untuk berpanas terik.

Kemungkinan juga, orang Zulu pula terpaksa bertindak kejam terhadap penduduk eskimo merampas hasil tangkapan ikan dan buruan mereka semata-mata disebabkan mereka tidak tahan dengan sejuk dingin cuaca di kutub utara. Atau mungkin, masing-masing akan mati kelaparan dalam jangka masa yang singkat disebabkan tidak mampu dan mahu mengadaptasi dengan corak serta cara kehidupan di tempat baru itu. Jika tidak mereka yang mati, kemungkinan pula kawasan yang baru mereka diami itu akan mengalami kemusnahan yang amat dasyat semata-mata untuk menyesuaikan dengan diri masing-masing. Contohnya, orang Zulu akan melakukan pembakaran luas yang terbuka di kutub utara untuk mendapatkan haba, manakala orang Eskimo akan mengorek parit atau lubang yang panjang dan dalam daripada sumber air supaya dapat menyejukkan badan mereka.

Kerana itu, setiap bangsa diberikan satu kawasan masing-masing untuk dijaga supaya bumi ini sentiasa aman dan makmur. Apa yang akan terjadi sekiranya migrasi satu-satu bangsa yang tidak seharusnya berada di sesuatu kawasan? Seandainya jumlah mereka kecil, mungkin tidak akan menjadi ancaman kepada penduduk asal. Sebaliknya jika proses migrasi ini dilakukan dalam jumlah yang besar tidak mustahil bakal menjadi ancaman kepada penduduk tempatan yang asal bukan sahaja dari segi pemilikan tanah dan ekonomi, bahkan menggugat budaya asli penduduk tempatan semata-mata penduduk migrasi enggan berasimilasi dengan budaya tempatan.

Berdasarkan surah Al-Hujurah ayat 13 di atas Allah SWT menyuruh kita supaya berkenal-kenalan sesama bangsa dan puak itu. Maksudnya di sini, setiap bangsa perlulah mengenali diri dan bangsa mereka dahulu sebelum mengenali bangsa-bangsa yang lain. Itulah maksud berkenal-kenalan iaitu membawa maksud saling. Namun sesetengah pihak cuma mempolitikkan ayat ini dengan mengambil hujung pangkal ayat ini sahaja iaitu bangsa yang terbaik adalah bangsa yang baik amalannya di sisi Allah SWT.

Mari kita lihat kronologi bagaimana kita menuju zaman kehancuran. Orang kafir tahu  bahawa mereka tidak mampu mengalahkan Islam dengan cara hanya peperangan. Sebab itulah, satu strategi licik yang telah dijalankan pada zaman penjajahan adalah mereka membawa masuk rakyat asing dalam kuatiti yang bukan sedikit ke Tanah Melayu ini. Strategi ini adalah untuk melumpuhkan kuasa majoriti penduduk tempatan dalam mempertahankan tanah air supaya negara ini dikongsimilikan. Ini adalah strategi menghancurkan suku puak penduduk tempatan.

Namun, strategi ini belum mampu sepenuhnya meruntuhkan Islam penduduk tempatan kerana bangsa Melayu telah sebati dengan agama Islam sejak zaman berzaman. Maka, strategi seterusnya adalah dengan permainan politik hentam-menghentam pihak lawan, dan bela mengkhinzir buta pihak sendiri walaupun ada cacat-celanya. Maka terhasillah satu istilah "perkauman" yang wujud hasil permainan politikus kotor seperti tikus. Istilah ini wujud untuk menghalang rakyat daripada menyentuh sensitiviti kaum yang lain sedangkan kita lupa, sensitiviti kita telah lama calar dan robek ketika proses migrasi besar-besaran dahulu kala. 

Bukan kita mahu membenci bangsa yang lain kerana menetap di sini, tetapi kita marah kerana kedatangan mereka bukan untuk mengenali penduduk tempatan, sebaliknya mahu menguasai tanah asal orang tempatan. Siapa yang tidak marah apabila tetamu yang tiba-tiba datang mahu memilih "master bedroom" atau bilik utama rumah kita untuk tidur. Seterusnya, mereka merebut ruang tamu pula. Akhirnya, seluruh rumah mahu dimiliki atas alasan sudah lama menetap di rumah kita.

Kita tidak pernah menolak ayat dari surah Al-Hujurat tersebut kerana bangsa Melayu memang terkenal dalam melayani tetamu. Kita juga suka mengenali mereka. Buktinya sejak pemerintahan Srivijaya lagi, bangsa Melayu telah lama belayar ke merata ceruk dunia untuk berdagang sambil mengenali tamdun bangsa yang lain. Namun, jangan kerana dek kebaikan, mahu pula diambil kesempatan. Cubalah berasimilasi dengan budaya tempatan jika benar sayangkan negara ini. Ini tidak, berbahasa pun masih berterabur. 

Akhir sekali, cuba perhatikan di awal ayat tersebut:
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan...
Nah, ini satu lagi bukti kenapa kita perlu menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa bangsa itu tidak penting di sisi Allah SWT. Dalam satu ayat yang sama, Allah SWT telah mengatakan dia menjadikan manusia ini berbangsa-bangsa dan bersuku puak. Namun ayat ini telah diselewengkan dengan satu teori bahawa Allah SWT tidak melihat bangsa dan warna kulit melainkan amalan sahaja. Sekali lagi ingin saya tegaskan, Islam tetap nombor satu walaupun bangsa lain beragama Islam yang memerintah negara ini. Tetapi itu itu tidak bermakna kita harus menolak takdir Allah SWT yang menjadikan kita bersuku puak ini? 

Jika semangat perkauman ini diketepikan, adakah suatu hari nanti kita akan menerima pakai teori kejantinaan pula? Adakah satu hari nanti kita akan mengagungkan satu Malaysia, satu jantina? Ingat, ini dalam satu ayat yang sama. Mungkin pada satu hari nanti budaya barat gay dan lesbian itu akan melekat ke dalam budaya kita pula. Kali ini apa pula hujah yang bakal digunakan untuk menyokong jantinalism ini? Mungkin mereka akan memutarbelitkan kisah turunnya Islam untuk membela nasib wanita supaya setanding dengan lelaki. Ini tidak mustahil terjadi memandangkan di barat sudah lama terjadi dan tidak mustahil akan menular ke sini.

Kedatangan Adam Lambert baru-baru ini ke Malaysia bagi menganjurkan konsert merupakan salah satu usaha ke arah jantinalisme. Untuk pengetahuan konsert ini mendapat sambutan di kalangan bangsa yang telah migrasi ke negara ini. Inilah satu lagi kesan yang akan terjadi apabila bangsa kita tidak bersatu di atas nama Islam. Bangsa perlu kuat supaya bangsa lain akan segan dengan kita. Kita perlu sedar bahawa faktor bangsa Melayu memeluk Islam adalah kerana suatu masa dahulu bangsa kita adalah bangsa yang kuat dan gagah di mata dunia. Sebab itulah, apabila raja-raja Melayu memeluk Islam, akan turut dianuti oleh rakyatnya. Adakah anda rasa sekiranya Islam itu dikenalkan hanya kepada kaum minoriti orang asli, maka Islam itu mudah tersebar dengan luas ke seluruh Malaysia ini? Fikir-fikirkanlah...adakah bangsa itu tidak penting?

Apa yang ditulis ini mungkin bukanlah seratus peratus tepat namun tidaklah harus ditolak sepenuhnya.  

Sudah mahu mati, masih tak mahu tobat

UMNO sememangnya dungu tetapi PAS masih kurang matang dalam pendekatan dakwah yang berhikmah.Bagaimana tu?Belajarlah dari usaha dakwah nabi s.a.w.Bagaimana Nabi Muhammad s.a.w memberi makan setiap hari kepada seorang Yahudi buta yang memakihamunnya akibat terlalu benci dengan baginda.Itulah rutin baginda sehingga kewafatannya sehingga disambung oleh Abu Bakar As-Siddiq.

Malangnya, dikala pemimpin-pemimpin dan pengikut-pengikut UMNO semakin sesat, PAS bukannya menjadi pihak yang mahu memimpin mereka kembali ke jalan yang benar, tetapi menjadi pihak yang semakin melaga-lagakan bangsa Melayu yang semakin leka kepada Islam dan berpecah kepada beberapa kumpulan tertentu.

Ibarat mencurahkan minyak ke api, semakin dicurah semakin menyala. Itulah perumpamaan yang sesuai diberikan kepada pemimpin-pemimpin PAS yang kini semakin leka berpolitik mengejar pangkat dan tampok pemerintahan. Kesannya, orang Melayu bukannya semakin bersatu-padu, sebaliknya semakin tenat dan penat mencari kebenaran dek terlalu pening dengan permainan politik mereka yang tidak pernah habis.

Islam adalah satu cara hidup. Saya kira, semua antara kita pasti pernah dengar dan biasa dengan ungkapan ini. Tingkatan 1 lagi kita sudah belajar kenapa Islam adalah satu cara hidup yang terbaik. Tetapi adakah PAS menggunapakai istilah ini dalam perjuangan mereka?

Di kala umat Islam di Malaysia khususnya Melayu yang majoritinya Islam tercari-cari satu sinar harapan yang tiada pada UMNO, PAS yang dahulunya dianggap mampu menjadi penyelamat kini turut hanyut dalam permainan politik PKR dan DAP. PAS yang diterajui kepimpinan ulama, sanggup bersekongkol dengan PKR yang pemimpinnya ada yang tidak solat. Apa lagi dengan DAP yang langsung menolak Islam.

PAS sepatutnya menjadi satu entiti atau golongan tunggal dalam menegakkan syiar Islam. Muak rasanya apabila mendengar kekesalan PAS yang mengeluh bangsa Melayu yang semakin hari semakin hanyut dan semakin hari semakin pudar keislaman mereka. Mereka hanya pandai menyalahkan UMNO yang tidak menjalankan tugas tetapi mereka sendiri yang menggelar diri sebagai parti Islam, lebih sibuk berpolitik daripada berdakwah.

Sewaktu umat Islam semakin tidak yakin dengan UMNO dalam menegakkan Islam, mereka mengharapkan PAS sebagai penyelamat. Malangnya, ibarat harapkan pagar, padi pun dimakan pagar. Di kala UMNO dan PKR bercakaran berebutkan kuasa, PAS seharusnya bijak merebut peluang ini dengan menjadi apa yang dikatakan sebelum ini iaitu sebagai satu cara hidup. Biarlah UMNO dan PKR itu bercakaran kerana tiada apa lagi yang mampu dilakukan di saat hati masing-masing telah keras dengan pendirian dan ideologi sendiri mahu berebutkan kuasa. Sudah lumrah apabila manusia itu keliru, mereka akan cenderung untuk memilih jalan tengah yang terbaik. Nah, di sinilah sepatutnya peranan PAS sebagai penyelamat.

Adakah anda masih merasakan PAS bekerjasama dengan PKR dan DAP semata-mata kerana hanya itu sahajalah jalan dan pilihan yang terbaik? PAS yang bagaimana kita mampu harapkan sedangkan mereka sendiri tidak percaya dengan perjuangan mereka sendiri? PAS yang bagaimana kita mahu percaya sedangkan mereka sendiri menolak konsep dakwah lalu mengikut permainan politik ciptaan Yahudi? Ibarat lembu yang buta, terpaksa dicucuk hidung untuk dipandu arah.

Ibarat bermain bola sepak. Satu pihak akan berusaha mati-matian menyerang pihak lawan sambil mencari-cari kelemahan mereka. Kadang-kala kelemahan itu bukanlah disebabkan lemah, tetapi cuma terleka. Di masa yang sama, mereka pula berusaha patah ke belakang untuk mempertahankan serangan balas pihak lawan. Sebarang kesilapan boloslah gawang mereka. Tetapi bukannya kita tidak tahu, permainan bola ini tiada kesudahannya. Kadang-kala menang, kadang-kala kalah. Pasukan yang hebat dan bijak menggunakan kemahiran mengawal bola akan menang. Pasukan yang bijak mengambil kesempatan atas kelemahan undang-undang bola sepak akan menang. Jadi adakah PAS sepatutnya menjadi pengadil dalam permainan bola sepak?

Jawapannya adalah tidak! PAS tidak seharusnya menjadi pemain bola sepak dan PAS juga tidak seharusnya menjadi pengadil yang kadang-kala boleh tertipu dengan helah pemain bola. PAS sepatutnya menjadi badan induk FIFA yang mampu menegakkan undang-undang dan mampu melaksanakan hukuman kepada pemain, pengurus dan juga pengadil yang didapati bersalah.

Makanya, selagi PAS menjadi satu badan induk yang bertunjangkan undang-undang Islam yang satu, mereka tidak akan mudah diperkotak-katikkan. Ibarat Anwar Ibrahim yang pernah melompat ke dalam tong najis UMNO, begitu jugalah PAS sekarang ini yang cuba bermain dengan najis. Kesannya sama, tetap berbau busuk di hidung rakyat. Sudah mahu mati, tak mahu tobat ke?

Friday, October 29, 2010

Amalan baik untuk ditunjuk bukan ditunjuk-tunjuk

Sayugialah bagi seseorang hamba Allah menunjukkan amalan baik serta ibadahnya yang lain kepada masyarakat dengan hati yang tulus ikhlas semata-mata kerana Allah untuk mendapat keredhaannya.

Malangnya kita hidup di suatu zaman di mana kita diajar untuk tidak riak dengan amalan yang dilakukan dan hendaklah sentiasa bersifat merendah diri. Sifat Melayu memang terkenal dengan sikap untuk melayukan atau mengecilkan skop sesuatu perkara.

Monday, June 21, 2010

Lelaki sangat mudah untuk difahami

Adakah lelaki sukar untuk difahami?

Jawapannya adalah tidak. Pelbagai persoalan pada jawapan apabila isu ini langsung tidak diketengahkan. Aku, bagi pihak lelaki ingin menyatakan di sini bahawa lelaki sangat mudah untuk difahami. Tetapi tidak perlu untuk cuba memahami lelaki sebelum melangkah jauh untuk berkata-kata kerana lelaki tidak suka menyusahkan perempuan dengan meminta itu dan ini.

Tuesday, May 18, 2010

Tutorial tingkatkan SEO blog dengan menukar kedudukan Title blog

Salam,
Tutorial ini menjelaskan bagaimana untuk meningkatkan Search Engine Optimazation (SEO) daripada blog Blogger (Blogspot) anda dengan mengoptimumkan tajuk laman anda untuk Search Engine seperti Google dan Yahoo.

Wednesday, May 5, 2010

Aku budak baru belajar Adobe Photoshop

Salam,

Dua tiga menjak ni aku tetibe teringin nak belajar Adobe Photoshop plak...dulu xpernah nak kisah pun ttg editing nih...menyampah ada la...tp bile dah start buat rasa ketagih la plak...hahaha...ni contoh gambar yang sudah aku edit..xla lawa mana pun...tp ok la...rasa jakun jugak la tgok hasilnya bagi orang yang xpernah belajar macam aku nih...kikiki...




Thursday, April 29, 2010

Bulan, owh bulan...

Bulan
Kita memandang bulan yang sama.
Ada yang melihat dari Malaysia. Ada yang melihat dari Jepun, England, USA dan sebagainya.
Tetapi tidak semua mampu melihat bulan dalam rupa dan bentuk yang serupa dalam masa yang sama.
Bagi yang rabun, mungkin melihat bulan seperti berikut
Atau seperti berikut
Bagi yang cacat penglihatan mungkin definisi bulan mereka seperti ini
Jadi, sehebat mana kita sekalipun, kita memandang bulan yang sama. Seangkuh manapun kita, kita tetap bergantung kepada bulan menyinari malam yang gelap gelita.
Oleh itu, marilah kita bersatu. Lupakan persengketaan. Kita semua adalah serupa. Sekian...

Blog aku terus berduit dengan Infolinks

Infolinks aku penah tulis tentang mereka 2 kali dalam entries sebelum ini. Jika ada yang belum penah membaca atau masih agak kurang yakin, di sini saya sertakan bukti seterusnya. Anda boleh membaca mengenai Infolinks yang telah saya buat sebelum ini iaitu:

1) Entri 1
2) Entri 2

Dengan ****nang pun xpenah dpt singgit sehari=)

Tuesday, April 27, 2010

Infolinks

Infolinks aku arini bile check sudah menjadi 26 sen. Kalau sesiapa yang baca entri aku semalam, link aku ada bgtau yang earning ketika itu hanya 3 sen.

Infolinks untuk pengetahuan anda dibayar dalam currency dollar, bukan RM memandangkan base mereka terletak di USA.

Infolinks sedikit pun tidak akan mengganggu content anda atau keseluruhan page website anda memandangkan ia cuma sekadar akan highlight beberapa perkataan dengan maximum 12 keywords dalam setiap articles.

Menariknya apabila anda start using Infolinks, secara automatic anda akan mula menitikberatkan penulisan di blog anda. Of course for sure, if you wants to maximize your revenues, you will start thinking of keywords to put in your article.

Infolinks also allow you to introduce them to your visitors, which advises your visitors about the new ads they see.

Sekian sahaja info tentang Infolinks. Next time i will tells you the benefits you can get from them. See ya=)

Dimanakah kau Si Puteri Ciuman??

Gune Nikon D60.
Entri khas untuk Gengfotografi=)

A Smile


A smile costs nothing, but gives you much.
It enriches those who receive,
without making poorer those who give.
It takes but a moment, but the memory of it last forever.
None is so rich or mighty that he can get along without it,
and none is so poor but that he can be made rich by it.
A smile creates happiness in the home,
fosters good will in business
and is the countersign of friendship.
It brings rest to the weary,
cheer to the discouraged,
sunshine to the sad
and is nature's best antidote for trouble.
Yet, it cannot be bought, begged, borrowed or stolen,
for it it something of No Value until it is Given Away,
Some people are too tired to give you a smile.
Give them one of yours, as none needs a smile so much
as he who has no more to give!


Monday, April 26, 2010

Yehaww...Dapat 3 sen pertama drp Infolinks

Yabedabeduuu....
Bunyinyer agak kelakar, tp perasaannya agak menghiburkan...tp itulah yang nak di story mory dalam entri kali nih. Dah lama aku tunggu keberhasilan Infolinks ni akhirnye bile check untuk sekian kalinya pada hari ini, tertera jumlah earning ku sebanyak 3 sen. hahaha....ikutkan 3 sen tu apa la bley buat...tp still excited sbb usaha mendatangkan hasil...aku mmg mata duitan...cume bleh nampak duit masuk jer...bile duit keluar jer mule la gelisah...kui3

Kepada yang belum penah dengar ttg Infolinks atau kalau penah dengar tp ibarat masuk telinga kanan, keluar kat lubang hidung so biaq cek habaq sket apa tu Infolinks mengikut definisi peribadi la...aku xnk la cerita latar belakang dan sejarah penubuhan Infolinks sbb bukan bleh dpt duit pun...tp disebabkan atas usaha khidmat sosial, aku ceritakan sketla kt korang supaya kita sama2 dapat cium dan terima lebih pendapatan. Macam aku penah cakap dalam topik sblm ni, korg nk mengharapkan duit Nuffnang tu sampai ke mati xkan kaya sbb teori aku:
Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang,
Dua tiga kerat shj blogger dicari,
Sapelah kita di mata nuffnang.




Ok, Infolinks ni setakat yang aku faham la..(klu ada yang lebih pandai sila perbetulkan) adalah sistem komisyen yang berasaskan "Keywords". Secara keseluruhannya, konsepnya sama jer macam Nuffnang dan Innity yang mempunyai Impressions dan Clicks. Tapi untuk Infolinks anda tidak akan diberikan sebarang earning untuk Impressions yang diterima sebaliknya anda hanya akan diberikan earning sekiranya pembaca mengklik "Keywords" yang mempunyai "Double Underline" di bawahnya. Keywords ini bukan ditentukan oleh anda tetapi oleh pihak Infolinks sendiri. Kelakar korang cakap? Eh, orang nak bg duit amik jelah.

Macam mana pulak boleh dapat duit bile orang klik "Keywords"? Itu korang jangan banyak tanya dan pikir macam2. Sbb kalau Nuffnang ng Innity korang akan dapat duit bile orang klik iklan bukan? Duit tu Nuffnang ng Innity dapat daripada Advertisers. So, sama la jugak mcm Infolinks ni. Bila korang klik "Keywords" tertentu korang akan dibawa la ke page diorg. Macam mn Infolinks dapat duit daripada Advertisers tu pandai2 diorg la. Yang penting korang buat keje korg diam2.

Syarat untuk berdaftar dengan Infolinks ini adalah dengan blog atau website mesti dalam English. Aik, tetapi blog aku dalam BM macam mana aku bleh dapat? Ha, di sini korg perlukan kepandaian macam aku. Nak tau macam mana, bleh tanya aku. Kalau ramai yang tanya aku jawab. Sajer jer aku nak bagi orang respond kt entri aku nih. Tensen jgk slalu tgok ruangan Comment ciput jer yang bg komen. hehehe...owh ye, jgn lupe klik "Keyword" yang ada Underline k?=)

TUTORIAL BUAT VIDEO DENGAN MOVIE MAKER

Salam,

Berikut merupakan cara2 penghasilan video dengan hanya menggunakan Movie Maker. Selamat Mencuba.

Ok...terus kpd tutorial...mula2 sekali bukak software Movie Maker, click File dan pilih New Project.
Kemudian klik pada Import Video dan pilih Raw Video dalam file anda.

Dan satu window baru akan terbuka. Anda hanya perlu pilih mana-mana video yang diingini ke dalam kotak-kotak di bawah tersebut. Caranya hanya dengan klik video tersebut dan drag ke bawah. Simple.
Step seterusnya adalah membuat Video Effect yang boleh dilihat pada No (1). Terdapat pelbagai jenis Effect yang boleh dipilih. Tetapi dalam video ini saya ingin melajukan video tersebut maka saya memilih Speed Up, Double.

Setelah itu klik dan drag Effect tersebut ke dalam setiap kotak video yang telah dipilih di bawah. Anda akan perhatikan perbezaan warna bintang seperti (1) dan (2)

 Untuk menjadikan pertukaran setiap video anda lebih cantik dan kemas, pilihlah Video Transitions dan drag ke kotak kecil di antara setiap video tersebut. Anda boleh pilih pelbagai jenis Transitions tetapi saya mengesyorkan untuk memilih Fade kerana simple dan menarik. Anda akan perhatikan kotak kecil itu bertukar warna biru sekiranya telah dimasukkan Transitions.

Ok, setelah siap dimasukkan semua kotak tersebut dengan Video Transitions, anda bolehlah memasukkan title atau ending kredit pada video anda sekiranya perlu. Jika tidak teruskan dengan step seterusnya iaitu kemasukan lagu atau background music. Mula-mula click pada Show Timeline.
Dan pergi ke Import Audio or Music. Anda boleh memilih lagu2 daripada folder anda. Setelah dipilih, klik lagu atau audio tersebut dan drag ke bar Audio/Music di bawah.
Jika diperhatikan, panjang masa lagu tersebut melebihan kepanjangan video yang ingin saya hasilkan. Apa yang perlu anda buat adalah click pada hujung video tersebut seperti No (1) , pergi ke Clip dan pilih Set End Trim Point.
Sebelum anda save projek anda, tekan butang play seperti No (1) dan lihat preview pada visual No (2).
Begitu sahajalah tutorial bagaimana membuat video yang simple dengan menggunakan Movie Maker. Sekian
terima kasih. Untuk melihat video tersebut, boleh lihat di sebelah kanan blog ini atau klik Link ini.

Advertise at Tv Selangor

http://tvselangor.com/v2/
Dear Friends,

Let us help you with your online advertising needs! Major Media. Minimal Budget. Advertise NOW for as low as RM500.

For more information, please call 03-7877 0066 begin_of_the_skype_highlighting              03-7877 0066      end_of_the_skype_highlighting or email sales@SkyAd.net


Sunday, April 25, 2010

TIPS MENUNGGANG MOTOSIKAL

Salam,

Ini first time HP buatkan tips kepada semua blogger. Tips ni khas buat penunggang motosikal mahupun pembonceng. Tapi pada yang xsuke naik motor, sile sampaikn tips ini pada ahli keluarga, sedara mara, kawan2 dan jiran yang menunggang motosikal ok?

1) MOTOR DALAM KONDISI YANG BAIK


Maknanya, sebelum menunggang tu, pastikan keadaan motor perfect. Side mirror kiri kanan mesti ada. Jangan taruk sebelah kanan jer sbb kadang2 ada motor akan potong dari sebelah kiri kita xperasan. Lampu dan lampu signal depan belakang mesti boleh menyala. Kalau siang mungkin kita boleh menunggang dengan selamat. Tapi bila malam, sangatlah bahaya kalau lampu anda tidak berfungsi dengan baik. Kadang2 sesetengah penunggang amik ringan bila lampu belakang tidak berfungsi kerana beranggapan mereka cuma perlukan lampu dengan untuk bergerak. Namun, harus diingat, nak bawak motor ni kalau kita langgar orang kita sakit, orang langgar kita pun sakit. Jadi, bila lampu belakang xde, risiko untuk anda dilanggar dari belakang itu sangat tinggi. Last skali, minyak pastikan sentiasa cukup. Kalau x, tengah jalan habis memang seksa nak dapatkan pertolongan kerana masyarakat skrg sudah ragu2 untuk berhenti di tepi jalan utk membantu. Takut itu semua taktik perompak.

2) PAKAIAN DAN AKSESORI


Sebelum menunggang, sebaiknya anda memakai seluar yang tebal seperti jeans. Beli juga jaket kulit atau jaket khas untuk membawa motor. Pakai juga kasut yang keras dan tebal serta memakai glove motor. Kesemua ini perlu kerana malang itu tidak berbau. Bila2 masa sahaja anda boleh terjatuh sama ada disebabkan kecuaian sendiri atau kecuaian orang lain. Jadi, seandainya terjatuh, pakaian dan aksesori tersebut sangat2 membantu untuk mengurangkan risiko kecederaan terutamanya kasut dan glove. Kalau boleh, belilah glove yang ada nuckle supaya jari anda terlindung. Bayangkan kalau anda tidak pakai kasut dan glove, jika terjatuh lukanya sangat teruk. Nak berjalan sakit, nak makan pun susah.
 Contoh glove yang digunakan HP

3) TAYAR


Jangan kedekut duit bila tayar sudah botak. Amatlah bahaya apabila berjalan di dalam hujan. Kadang2, terlanggar lopak air pun boleh tergelincir. Belum cerita tentang brek emergency. HP syorkan tayar Maxxis walaupun HP tidak dibayar untuk promote produk mereka. Sebaiknya, gunakanlah tayar tubeless. Walaupun mahal, sebenarnya lebih berbaloi untuk jangka masa yang panjang. Ini kerana, risiko tayar kempis di tengah jalan sangatlah kurang. Seandainya pancit, amatlah mudah untuk dibaiki sendiri tanpa perlu call agen "Tukar Tiub" di tengah2 jalan. Oleh itu, bawa la juga pam tayar dan letakkan dalam box.

4) KESELAMATAN KETIKA HUJAN

Bawa bersama-sama baju hujan di mana jua anda pergi. Ini dapat menjimatkan masa anda daripada menunggu di bawah jejantas sehingga hujan berhenti. Sediakan juga kasut hujan yang berfungsi untuk mengalas kasut anda ketika hujan. Ini kerana, ramai penunggang apabila hujan lebih mengutamakan kasut mereka berbanding keselamatan kaki. Oleh itu, sekiranya ada kasut hujan, kasut xbasah, kaki selamat.
Ini bukan kaki HP

5) KUNCI MANGGA ATAU RANTAI


Jika anda parking motor dimana2 sahaja, pastikan motor dikunci dengan kunci pendua. Kunci ini akan melambatkan pencuri untuk mencuri motor anda. Tapi, jika motor anda dicuri jugak, pihak insurans akan bertanya sama ada anda menggunakan kunci pendua ataupun tidak. Jadi, jangan ambil berat soal kunci pendua. Kalau x, motor hilang, insurans pun melepas.

Sekian sahaja tips kali ini. Teruskan mengikuti blog hitamputehku untuk pelbagai informasi menarik=)

Friday, April 23, 2010

Beg Kulit Untuk Dijual

  
Original Kulit
Saiz A4
Tahan lasak
Pelbagai guna


Original Kulit
Saiz 1/2 A4
Tahan lasak
Pelbagai Guna

Berminat sila email di hanismalik@gmail.com

Thursday, April 22, 2010

SkyAd - Ad Network selain Nuffnang dan Innity

Hi,

Topik kali ini adalah berkenaan SkyAd iaitu salah satu syarikat Ad Network seperti Nuffnang dan juga Innity Network. Hari ini saya berkesempatan untuk pergi ke pejabat SkyAd yang terletak di SS2 PJ untuk menghantar agreement yang diminta oleh mereka. Ini adalah pejabat SkyAd. Simple jer...


SkyAd merupakan agen pencari iklan ataupun orang tengah antara Advertiser dengan Publisher. Konsep SkyAd amat berbeza dengan Nuffnang dan juga Innity. SkyAd hanya menggunakan sistem Impression dan tidak mempunyai CPC seperti Nuffnang dan Innity. Namun, berbanding NN dan Innity yang menentukan harga CPM bagi setiap iklan, CPM bagi SkyAd adalah ditentukan oleh publisher itu sendiri. Ambil contoh, sekiranya anda memilih CPM=RM8, maka jumlah yang perlu dibayar oleh advertiser adalah RM8 bagi setiap 1000 impressions banner mereka.


Apabila anda berdaftar dengan SkyAd, anda akan memperoleh satu akaun untuk dipantau seperti di bawah.
Maaf, kualiti gambar kurang jelas

Di dalam akaun yang disediakan akan terdapat senarai Direct Advertisers dengan SkyAd Advertisers. Apa maksudnya? Direct Advertisers adalah mereka yang masuk melalui banner SkyAd namun tidak berminat untuk mengikuti kempen iklan CPM SkyAd. Apabila anda mendapat senarai nama Direct Advertisers, SkyAd mengalu-alukan anda untuk terus follow up dengan mereka tanpa sebarang charge diambil oleh pihak SkyAd. Itu semua terpulang dengan kebijaksanaan anda untuk berunding dengan advertiser tersebut.

Dalam ruangan SkyAd Advertisers pula merupakan senarai pengiklan yang berminat untuk menggunakan sistem CPM oleh SkyAd. Selain datang daripada website kita, SkyAd juga turut mencari Advertisers mereka sendiri yang berminat untuk beriklan dengan sesuatu website.

Ini adalah contoh banner yang akan terpapar di website anda. Pengiklan yang berminat akan klik banner ini dan akan dibawa ke page yang dibuat oleh SkyAd ini.

Bercerita lanjut tentang income yang boleh diperolehi. Sebelum itu, harus diketahui bahawa setiap bayaran yang diperolehi oleh SkyAd daripada Advertisers akan dibahagikan dengan nisbah 70:30 iaitu 70% akan diperoleh oleh publisher dan selebihnya oleh SkyAd. Jika diperhatikan gambar di atas, jumlah minimum yang ditetapkan oleh SkyAd kepada Advertiser adalah RM500. Bermakna, sekiranya Advertiser hanya mahu membayar sebanyak RM500 maka publisher akan memperolehi sebanyak RM350 bagi setiap iklan.

Apa kaitan RM500 dengan CPM?

Seperti yang saya pada awal tadi, CPM ini ditentukan oleh publisher itu sendiri. Sekiranya anda menetapkan RM8 untuk setiap 1000 impressions, maka jumlah impressions banner advertiser yang akan disiarkan dengan jumlah RM500 adalah seperti kiraan di bawah:

RM500/8 x 1000 = 62,500 kali siaran

Sekiranya nilai RM8 yang ditetapkan oleh anda itu tidak berjaya menarik minat advertiser untuk beriklan di website anda, SkyAd membenarkan anda untuk mengurangkan dan memberi diskaun kepada nilai CPM anda. Contohnya, anda boleh menetapkan dengan kadar RM5 untuk 1000 impressions. Maka jumlah impressions atau siaran iklan yang akan diperoleh oleh Advertiser adalah seperti berikut:

RM500/5 x 1000 = 100,000 kali siaran

Dengan jumlah siaran yang lebih tinggi, peluang untuk anda memperoleh lebih banyak iklan akan meningkat.


Selamat mencuba diucapkan kepada anda=)