Sayugialah bagi seseorang hamba Allah menunjukkan amalan baik serta ibadahnya yang lain kepada masyarakat dengan hati yang tulus ikhlas
semata-mata kerana Allah untuk mendapat keredhaannya.
Malangnya kita hidup di suatu zaman di mana kita diajar untuk tidak riak dengan amalan yang dilakukan dan hendaklah sentiasa bersifat merendah diri. Sifat Melayu memang terkenal dengan sikap untuk melayukan atau mengecilkan skop sesuatu perkara.