Friday, October 29, 2010

Amalan baik untuk ditunjuk bukan ditunjuk-tunjuk

Sayugialah bagi seseorang hamba Allah menunjukkan amalan baik serta ibadahnya yang lain kepada masyarakat dengan hati yang tulus ikhlas semata-mata kerana Allah untuk mendapat keredhaannya.

Malangnya kita hidup di suatu zaman di mana kita diajar untuk tidak riak dengan amalan yang dilakukan dan hendaklah sentiasa bersifat merendah diri. Sifat Melayu memang terkenal dengan sikap untuk melayukan atau mengecilkan skop sesuatu perkara.


Jadi bila diajar untuk bersederhana, kita cuma ambil sifat sederhana itu dalam amalan sahaja. Peliknya, apabila pergi ke pusat membeli-belah dan sebagainya tahu pulak kita bergaya sakan.

Percaya atau tidak, Islam sebenarnya menyuruh kita supaya menunjukkan amalan kita kepada masyarakat. Bukan untuk menyembunyikannya kononnya untuk mendapatkan keihklasan. Wak lu!! Bak kata orang-orang muda zaman sekarang.

Jika kita merujuk kembali kepada role model kita yang sebenar iaitu Nabi Muhammad saw baginda juga mengajar wahyu yang diterima dengan cara menunjuk cara perbuatannya seperti solat, berpuasa dan sebagainya.

Perlu ke kita berasa rendah diri untuk bersedekah di ketika tabung derma disorong di depan mata sewaktu solat Jumaat? Kononnya takut orang sebelah beranggapan kita mahu riak kepadanya. Wak lu!! Soal riak itu sebenarnya wujud dalam hati ketika mahu sedekah.

Sekiranya kita berniat untuk menunjuk-nunjuk dengan orang sebelah, riaklah dapat. Tetapi jika kita berniat untuk menunjuk kepadanya dengan harapan timbul keinsafan serta keinginan kepadanya untuk turut bersedekah, pahala la dapat. Malah, semakin lama semakin ramai yang akan menjadikan sedekah itu sebagai amalan setelah tiada lagi sifat "merendah diri" dalam beramal.

Kadang-kala, untuk mendapatkan keihklasan perlu ada paksaan dalam perbuatan. Setelah menjadi kebiasaan, akan menjadi sebagai amalan.

2 comments:

ASaDa RyutaRo said...

bagus la entry ni..

orang yg sbnrnya cakap camtu dalam hati dia kedekut sbnrnya.. haha :P

tak salah nak tunjuk perbuatan baik supaya jadi ikutan org lain. betul tu..

tapi orang ni kadang2, buat jahat nak lak heboh kat member, dia dah buat itu dan ini yang terang tang-tang salah. uhh!

Faezah Hannah Al Baj said...

sedih dgn sebilangan manusia suke berbangga dengan aktiviti maksiatnya

tapi malu untuk berbuat amal sOleh! apekah??

jentik hidung tu karang..eee geram!!

>.<"