Thursday, April 22, 2010

SkyAd - Ad Network selain Nuffnang dan Innity

Hi,

Topik kali ini adalah berkenaan SkyAd iaitu salah satu syarikat Ad Network seperti Nuffnang dan juga Innity Network. Hari ini saya berkesempatan untuk pergi ke pejabat SkyAd yang terletak di SS2 PJ untuk menghantar agreement yang diminta oleh mereka. Ini adalah pejabat SkyAd. Simple jer...


SkyAd merupakan agen pencari iklan ataupun orang tengah antara Advertiser dengan Publisher. Konsep SkyAd amat berbeza dengan Nuffnang dan juga Innity. SkyAd hanya menggunakan sistem Impression dan tidak mempunyai CPC seperti Nuffnang dan Innity. Namun, berbanding NN dan Innity yang menentukan harga CPM bagi setiap iklan, CPM bagi SkyAd adalah ditentukan oleh publisher itu sendiri. Ambil contoh, sekiranya anda memilih CPM=RM8, maka jumlah yang perlu dibayar oleh advertiser adalah RM8 bagi setiap 1000 impressions banner mereka.


Apabila anda berdaftar dengan SkyAd, anda akan memperoleh satu akaun untuk dipantau seperti di bawah.
Maaf, kualiti gambar kurang jelas

Di dalam akaun yang disediakan akan terdapat senarai Direct Advertisers dengan SkyAd Advertisers. Apa maksudnya? Direct Advertisers adalah mereka yang masuk melalui banner SkyAd namun tidak berminat untuk mengikuti kempen iklan CPM SkyAd. Apabila anda mendapat senarai nama Direct Advertisers, SkyAd mengalu-alukan anda untuk terus follow up dengan mereka tanpa sebarang charge diambil oleh pihak SkyAd. Itu semua terpulang dengan kebijaksanaan anda untuk berunding dengan advertiser tersebut.

Dalam ruangan SkyAd Advertisers pula merupakan senarai pengiklan yang berminat untuk menggunakan sistem CPM oleh SkyAd. Selain datang daripada website kita, SkyAd juga turut mencari Advertisers mereka sendiri yang berminat untuk beriklan dengan sesuatu website.

Ini adalah contoh banner yang akan terpapar di website anda. Pengiklan yang berminat akan klik banner ini dan akan dibawa ke page yang dibuat oleh SkyAd ini.

Bercerita lanjut tentang income yang boleh diperolehi. Sebelum itu, harus diketahui bahawa setiap bayaran yang diperolehi oleh SkyAd daripada Advertisers akan dibahagikan dengan nisbah 70:30 iaitu 70% akan diperoleh oleh publisher dan selebihnya oleh SkyAd. Jika diperhatikan gambar di atas, jumlah minimum yang ditetapkan oleh SkyAd kepada Advertiser adalah RM500. Bermakna, sekiranya Advertiser hanya mahu membayar sebanyak RM500 maka publisher akan memperolehi sebanyak RM350 bagi setiap iklan.

Apa kaitan RM500 dengan CPM?

Seperti yang saya pada awal tadi, CPM ini ditentukan oleh publisher itu sendiri. Sekiranya anda menetapkan RM8 untuk setiap 1000 impressions, maka jumlah impressions banner advertiser yang akan disiarkan dengan jumlah RM500 adalah seperti kiraan di bawah:

RM500/8 x 1000 = 62,500 kali siaran

Sekiranya nilai RM8 yang ditetapkan oleh anda itu tidak berjaya menarik minat advertiser untuk beriklan di website anda, SkyAd membenarkan anda untuk mengurangkan dan memberi diskaun kepada nilai CPM anda. Contohnya, anda boleh menetapkan dengan kadar RM5 untuk 1000 impressions. Maka jumlah impressions atau siaran iklan yang akan diperoleh oleh Advertiser adalah seperti berikut:

RM500/5 x 1000 = 100,000 kali siaran

Dengan jumlah siaran yang lebih tinggi, peluang untuk anda memperoleh lebih banyak iklan akan meningkat.


Selamat mencuba diucapkan kepada anda=)

4 comments:

Ieda Al-Habsyi said...

wow! macam2 sekarang, tapi saya pening sikit, nampak menarik. Hanis dah pasang?

hanismalik said...

Saya tidak pasang di blog ni...
Tp utk website company...=)

CikLilyPutih said...

yelah nampak cam menarik!. citer lagi

Humanity Life said...

nampak cam menarik... kekeke! rasa nak letak dekat blog baru laa kekeke testing2 :p nak tgk mcam2 reaksinye! ok ke idak!


health & fitness articles