Thursday, November 4, 2010

Sudah mahu mati, masih tak mahu tobat

UMNO sememangnya dungu tetapi PAS masih kurang matang dalam pendekatan dakwah yang berhikmah.Bagaimana tu?Belajarlah dari usaha dakwah nabi s.a.w.Bagaimana Nabi Muhammad s.a.w memberi makan setiap hari kepada seorang Yahudi buta yang memakihamunnya akibat terlalu benci dengan baginda.Itulah rutin baginda sehingga kewafatannya sehingga disambung oleh Abu Bakar As-Siddiq.

Malangnya, dikala pemimpin-pemimpin dan pengikut-pengikut UMNO semakin sesat, PAS bukannya menjadi pihak yang mahu memimpin mereka kembali ke jalan yang benar, tetapi menjadi pihak yang semakin melaga-lagakan bangsa Melayu yang semakin leka kepada Islam dan berpecah kepada beberapa kumpulan tertentu.

Ibarat mencurahkan minyak ke api, semakin dicurah semakin menyala. Itulah perumpamaan yang sesuai diberikan kepada pemimpin-pemimpin PAS yang kini semakin leka berpolitik mengejar pangkat dan tampok pemerintahan. Kesannya, orang Melayu bukannya semakin bersatu-padu, sebaliknya semakin tenat dan penat mencari kebenaran dek terlalu pening dengan permainan politik mereka yang tidak pernah habis.

Islam adalah satu cara hidup. Saya kira, semua antara kita pasti pernah dengar dan biasa dengan ungkapan ini. Tingkatan 1 lagi kita sudah belajar kenapa Islam adalah satu cara hidup yang terbaik. Tetapi adakah PAS menggunapakai istilah ini dalam perjuangan mereka?

Di kala umat Islam di Malaysia khususnya Melayu yang majoritinya Islam tercari-cari satu sinar harapan yang tiada pada UMNO, PAS yang dahulunya dianggap mampu menjadi penyelamat kini turut hanyut dalam permainan politik PKR dan DAP. PAS yang diterajui kepimpinan ulama, sanggup bersekongkol dengan PKR yang pemimpinnya ada yang tidak solat. Apa lagi dengan DAP yang langsung menolak Islam.

PAS sepatutnya menjadi satu entiti atau golongan tunggal dalam menegakkan syiar Islam. Muak rasanya apabila mendengar kekesalan PAS yang mengeluh bangsa Melayu yang semakin hari semakin hanyut dan semakin hari semakin pudar keislaman mereka. Mereka hanya pandai menyalahkan UMNO yang tidak menjalankan tugas tetapi mereka sendiri yang menggelar diri sebagai parti Islam, lebih sibuk berpolitik daripada berdakwah.

Sewaktu umat Islam semakin tidak yakin dengan UMNO dalam menegakkan Islam, mereka mengharapkan PAS sebagai penyelamat. Malangnya, ibarat harapkan pagar, padi pun dimakan pagar. Di kala UMNO dan PKR bercakaran berebutkan kuasa, PAS seharusnya bijak merebut peluang ini dengan menjadi apa yang dikatakan sebelum ini iaitu sebagai satu cara hidup. Biarlah UMNO dan PKR itu bercakaran kerana tiada apa lagi yang mampu dilakukan di saat hati masing-masing telah keras dengan pendirian dan ideologi sendiri mahu berebutkan kuasa. Sudah lumrah apabila manusia itu keliru, mereka akan cenderung untuk memilih jalan tengah yang terbaik. Nah, di sinilah sepatutnya peranan PAS sebagai penyelamat.

Adakah anda masih merasakan PAS bekerjasama dengan PKR dan DAP semata-mata kerana hanya itu sahajalah jalan dan pilihan yang terbaik? PAS yang bagaimana kita mampu harapkan sedangkan mereka sendiri tidak percaya dengan perjuangan mereka sendiri? PAS yang bagaimana kita mahu percaya sedangkan mereka sendiri menolak konsep dakwah lalu mengikut permainan politik ciptaan Yahudi? Ibarat lembu yang buta, terpaksa dicucuk hidung untuk dipandu arah.

Ibarat bermain bola sepak. Satu pihak akan berusaha mati-matian menyerang pihak lawan sambil mencari-cari kelemahan mereka. Kadang-kala kelemahan itu bukanlah disebabkan lemah, tetapi cuma terleka. Di masa yang sama, mereka pula berusaha patah ke belakang untuk mempertahankan serangan balas pihak lawan. Sebarang kesilapan boloslah gawang mereka. Tetapi bukannya kita tidak tahu, permainan bola ini tiada kesudahannya. Kadang-kala menang, kadang-kala kalah. Pasukan yang hebat dan bijak menggunakan kemahiran mengawal bola akan menang. Pasukan yang bijak mengambil kesempatan atas kelemahan undang-undang bola sepak akan menang. Jadi adakah PAS sepatutnya menjadi pengadil dalam permainan bola sepak?

Jawapannya adalah tidak! PAS tidak seharusnya menjadi pemain bola sepak dan PAS juga tidak seharusnya menjadi pengadil yang kadang-kala boleh tertipu dengan helah pemain bola. PAS sepatutnya menjadi badan induk FIFA yang mampu menegakkan undang-undang dan mampu melaksanakan hukuman kepada pemain, pengurus dan juga pengadil yang didapati bersalah.

Makanya, selagi PAS menjadi satu badan induk yang bertunjangkan undang-undang Islam yang satu, mereka tidak akan mudah diperkotak-katikkan. Ibarat Anwar Ibrahim yang pernah melompat ke dalam tong najis UMNO, begitu jugalah PAS sekarang ini yang cuba bermain dengan najis. Kesannya sama, tetap berbau busuk di hidung rakyat. Sudah mahu mati, tak mahu tobat ke?

1 comment:

cendera jiwa said...

cuba cantas bau2 politik individu dlm parti, semua boleh.

tapi dia manusia. yang sedikit di rasuk sang tanduk dua.

masing2 nak diatas, walaupun terpaksa pijak najis, bermain dgn najis sekalipon.