Wednesday, April 21, 2010

Aku ingin pulang ke pangkal jalan - HP

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
two roads diverged in a wood, and I --
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference. 
 
Assalamualaikum WBT
Sejak kebelakangan ini, jarang sekali nak update blog. Masa banyak digunakan untuk explore dunia internet...saya sedang mengkaji apa lagi cara lain yang boleh mendatangkn duit melalui internet nih...selain blog...yela, nk harapkan duit nuff yg brape sen tu, sampai mati xkn kaya...betui x?

Jadi, mcm poem kt atas tu aku kene cari alternatif len..pendekatan mesti berbeza dgn orang lain...dunia blogging ni sudah terlalu tepu untuk diceburi...rasanya dh terlalu ramai blogger yg berdaftar dgn company Ad Network spt Nuffnang, Innity dan lain-lain lagi. Secara logiknya, semakin ramai blogger maka semakin kuranglah pendapatan kita. Atau dalam bahasa sains disebut, Pendapatan berkadar songsang dengan Peningkatan Blogger. Ini kerana, jumlah  bayaran oleh Advertisers kpd Ad Network akan diagihkan kepada Publisher seperti kita. Maka, semakin ramai Publishers, maka peratusan agihan itu akan semakin berkurangan.

Alternatif perlu dicari. Masa perlu dimanfaatkan. Usaha perlu ditingkatkan.

Jangan cemburu dengan kejayaan blogger popular yang lain kerna memperoleh ratusan atau ribuan ringgit sebulan. Ini kerana mereka terlebih dahulu memilih "The Road Not Taken" ketika kita semasa itu masih belum kenal dunia blogging. Jadi, itulah kemenangan yang mereka peroleh pada hari ini.

Kita jangan khuatir, dunia internet ini sangat luas. Terdapat pelbagai lagi sumber pendapatan yang boleh diperolehi dari internet. Hanya perlukan usaha untuk memilih "The Road Not Taken" yang baru. 

Saya juga sudah sedar dari kesesatan. Untuk berjaya mesti memilih jalan yang kurang dilalui. Jika kita rajin menebas belukar, maka kita akan menguasai penempatan yang baru. Blog tidak akan dilupakan, tetapi sumber lain perlu diterokai.

Akhir kata, gunakanlah internet sebaik mungkin. 
Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang,
Dua tiga kerat sahaja blogger dicari,
Siapalah kita di mata Nuffnang.

4 comments:

Eyqa Zaque said...

banyak lagi jalan lain utk cari pendapatan. :) bukan nuffy jak.

NomborSebelas said...

sila lah pulang ke pangkal jalan.. :D

http://nomborsebelas.blogspot.com/

hanismalik said...

Bilet: Awk ada cara pe lagi? bagitaula=)

Sebelas: Terima kasih...hehe=)

::FAIZ:: said...

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
two roads diverged in a wood, and I --
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.


Nice....