Tuesday, March 23, 2010

Sangat lama menyepi: Tv Selangor, Skyad, Admax,

Assalamualaikum w.b.t

Rasanya agak lama saya tidak update my blog....bukan malas, bukan kering idea ataupun gusi..
Tp faktor ketidaktentuan masa dan kerja membataskan ruang untuk saya berdiskusi, berkongsisusi, dan mengapdetusi blog ini.

Sekarang ini saya banyak tumpukan perhatian dalam mencari iklan untuk website http://www.tvselangor.com
Setakat ini hanya Innity sahaja yang baru saya masukkan, insyaAllah ada 3 lagi Ad Network akan saya usahakan. Untuk pagi tadi, saya sudah berjumpa dengan wakil Skyad untuk meminta penerangan serba sedikit ttg sistem mereka. Nampaknya agak menarik sistem 70:30 mereka. Apepun, tunggu kelulusan permohonan saya dahulu sebelum bercerita lanjut....

Permohonan Admax pula sedang dalam proses. Pihak Admax sudahpun berikan borang untuk diisi, cume aku aje yg tangguh2 kerja (tidak baik diamalkan dalam perkara2 melibatkan duit). Esok akan pastikan semuanya settle.

Kepada bloggers, saya bercadang untuk wujudkan satu ruangan banner iklan dalam website. Harga mungkin serendah RM50 sebulan. Jadi, pada bloggers yang berminat untuk jual produk masing2, atau promote blog anda, mungkin bleh beriklan dengan Tv Selangor. Kalau pada mereka yang ada produk, untungnya beriklan di Tv Selangor sbb penontonnya terdiri daripada pelbagai usia dan kerjaya.

Tapi, walaumacammanacarakaedahpun, tunggu pengumuman lanjut seterusnya daripada HP=)
Teruskan blogging, dan amalkan gaya hidup yang sihat...hehe