Friday, March 5, 2010

Kaki pun boleh promot blog ke???

Assalamualaiku w.b.t


Alkisahnya, tadi aku bersiar-siarlah dalam sistem alam maya ni. Tengah dok belek2 forum terjumpa la plak seorang hamba Allah nih, blognya agak popular....."KOT". Tapi bila aku masuk blog dia mcm hampeh...


So, aku start berpikir mcm mn aku buat karya bagai nak  pecah kepala otak, tp xpopular pun (saper kesian lepas nih tlg promote blog aku). Jadi, aku pun buatlah hipotesis dengan pemikiran singkat aku iaitu kaedah beliau mudah sj...hanya dengan mempromosikan kaki putihnya di profile picture...wah...sungguh mudah bukan?? Kaki juga boleh digunakan sebagai alat pemasaran blog...kita tidak perlu bersusah payah menjadi cerdik, atau cube menjadi cerdik dengan memerah kepala otak memikirkan apakah informasi atau maklumat yang boleh dikongsi bersama dengan bloggers lain.


Sebab itulah sebenarnya ramai yang masih belum tahu, sekiranya kita merasakan otak kita kurang berfungsi jika terletak di tempurung kepala, kita boleh menukarkan tempatnya ke tempurung lutut. Sebab itulah disebut istilah KEPALA LUTUT. Jadi dalam hal ini, saya amat kagum dan respect kepada blogger tersebut kerana berupaya mentafsirkan istilah KEPALA LUTUT dalam memastikan kejayaan dalam hidupnya. Mungkin beliau adalah salah seorang pengasas aliran kepala lutut di Malaysia setakat ini. Tahniah diucapkan.


Jadi, kepada bloggers lain yang masih tercari2 bagaimana cara untuk meningkatkan traffic ke blog anda, kenapa anda tidak menggunakan sahaja cara seperti ini. Alihkan otak anda ke lutut anda. Anda patut sedar tempurung lutut lebih kuat daripada tempurung kepala. Klu xkuat, kenapa tomoy slalu gune kepala lutut??
Tapi "Esok" kalau kaki korg hitam melecur kene "panas" jangan salahkan aku plak...sebab tu aku lebih suke biarkan sahaja otak aku di kepala sekarang nih...sekian=)

17 comments:

Afiqah Azmee said...

tu ahh pasal. kekadang ada je blog yang followers dia bukan main banyak, tapi informasi satu haram tak dapat. :P

Eyqa Zaque said...

kebanyakan nya mereka yg mengamalkan ifollow u, u follow me back arr tu. Angka followers jer bnyak. isi takda. hampeh.. <uits, statement kejam sila abaikan.

hanismalik said...

Miss Lula: "Pelik" kan blog mcm tuh=)

Billet: Sy stuju ng awk...maybe dia rajin jenjalan ke blog org kot...maklumlah kepala lutut dia kuat...hihi

alin said...

hahahaha...ade gak org cmtu erk?? ;p

Faizal Sulaiman said...

warghhhhh apa la blog tu.org sumer promote muka.hiks;)

fana said...

dunia sudah 'terlabik'!! haha Mungkin beliau malu nak tunjuk muke, lntas tnjuk kaki sahaja.. hehe

hanismalik said...

nk wat cmne..taula kaki tu putih melepak...stakat tunjuk watpe...hehe

Afiqah Azmee said...

arrr tu ahh pasal.. *cheh padahal lula nyer blog pun sama

Anonymous said...

haha ade jgk owng cm ni eh
wt per la nk tunjuk kaki adehhh

hanismalik said...

Lula pun sama? xnmpk pun...

Nur: Itu jer aset yg dia ada...otak tarak kot...=)

Afnie Roslan said...

betul la....tu kaki...ni yg tunjuk tangan ni mcmmn???? *merujuk dr sendri......

hanismalik said...

Tangan xpe....ini tangan yg menaip entri...hehe

pecinta_Islam said...

hahA..lawak2..promote yg lebih..tapi last2 awak juga yang tak brani nak guna bnda yg awak promote tu.hehehhe

hanismalik said...

Hehe...giler pe..kaki sy ni xputih mcm org tuh..keh3

Rizzuan Shah said...

blog sape tu bro yang promote kaki pun bleh populer?.. bg link nak test terjah la. :-)

p/s: jom melawat, follow dan share link di TKSB.
http://wanshah87.blogspot.com

hanismalik said...

ERm, namanya xperlu lah disebut...=)

Unknown said...

hak3...ntah la depends pada readers jugak