Saturday, March 13, 2010

Jatuh Motor kali ke-5

Assalamualaikum w.b.t

Petang tadi aku berjaya kumpulkan koleksi "Jatuh Motor" untuk kali yang ke-5 sepanjang bawak motor...hoho...
Alhamdulillah la, setiap kali jatuh motor selama ni sama ada terbabas atau dilanggar, belum jadi apa-apa yang buruk kepada empunya badan...petang td pulak, punca jatuh hanya sebab motor hilang kawalan akibat terkene splash(percikan) lopak air...terima kasih kepada pemandu kereta tersebut kerana mengingatkan aku bahawa percikan air juga mampu menjadi penyebab excident...lepas ni akan lebih berhati2 di lopak air...

Tapi, alang2 dah buat entri ni, aku nak bg tips sket la pada penunggang2 motor cara nak elakkan diri daripada tercedera teruk apabila terjatuh. Caranya, setiap kali anda terasa sudah hilang kawalan motor, janganlah sesekali rasa cemas dan panik. Walaupun dalam keadaan terhoyong-hayang, cuba dahulu untuk imbangkan motor. Apabila terasa sudah tidak dapat kawal, dan confirm akan jatuh, biarkan aja badan jatuh...tp cuba pastikan sekeliling itu selamat daripada kenderaan lain yang mungkin akan melanggar anda...kalau anda rasa ada kenderaan belakang yang sangat hampir, pastikan apabila jatuh anda terus bangun dan bergerak ke tempat yang selamat. Yang paling penting, apabila sudah nak jatuh, jangan pula tahan badan dengan tangan...pengalaman saya mendapati menjatuhkan bahu dahulu lebih baik...sekiranya anda menahan dengan tangan, risiko untuk patah itu sangat tinggi...

Oleh itu, apa yang cuba di highlight di sini adalah, ketenangan adalah sangat penting di waktu2 kecemasan...amalkan ketenangan dalam kehidupan supaya anda mampu membiasakan diri di waktu genting. Berhati-hati di jalan raya dan elakkan lopak air. hehe...sekian, terima kasih=)

6 comments:

hans said...

lain kali bawa moto tu jgn laju
tambah2 waktu hujan

hanismalik said...

aku bawak slow...tp percikan air tu tolak motor aku ke tepi...hehe

e p i x ____ said...

smpt ke nak tng?

Areef said...

Salam...

Alhamdulillah,takde pape kan.satu lagi time ujan ni kena hati2 ngan hydroplanning.air ujan berkumpul di atas jalan.klu drive laju,silap ari bulan leh berpusing n terbalik kenderaan yg dipandu.sy sendiri pernah alaminy.tp alhamdulillah,leh kawal semula.tp ms tu mmg panik n cemas sgt.nasib ada kwn yg mbantu,hish, na`udzubillahi min dzalik...

hanismalik said...

Epix: nak xnk mesti kene tenang...klu x lg teruk..


Areef: Terima kasih atas nasihat dan pandangan...=)

Mohd Shahrul Hafizi said...

Hanis: Adoi.