Thursday, February 18, 2010

Tiada Kesetiaan Dalam Percintaan

Assalamualaikum w.b.t

Karya di bawah sebenarnya telah ditulis pada 12/07/2008. Sudah hampir 2 tahun, tetapi ketika itu saya belum aktif blogging. SO, hari ni saya siarkan karya ini semula untuk renungan semua. Baca sampai habis untuk memahami=)

TIADA KESETIAAN DALAM PERCINTAAN

Kegembiraan yang dirasai itu sebenarnya adalah satu pembohongan yang nyata tetapi tidak kita sedari. Sedar atau tidak, dalam percintaan kita dibayangi oleh tiga jenis pembohongan. Sebelumpergi lebih jauh, saya definisikan percintaan di dalam isu ini sebagai percintaan sebelum perkahwinan. Tiga pembohongan itu adalah:

1) Pembohongan pihak pertama
Dalam percintaan kita sebenarnya membohongi diri kita dan pihak kedua. Dalilnya adalah kerana kita tidak mengetahui sejauh mana kita mampu memberikan cinta kita kepada si dia dan kita tidak mengetahui sejauh mana cinta kita dibalas. Kita hanya hidup dibuai mimpi yang indah. Terasa amat bahagia apabila diri ini “diikat” dengan ikatan cinta. Bukankah mimpi itu hanyalah khayalan dan dusta semata-mata. Adakah anda merasakan kata-kata saya itu silap? Jika ya, saya cabar anda untuk lalui zaman percintaan tanpa sebarang rasa cemburu.

2) Pembohongan pihak kedua
Setiap hari, kita sentiasa mahu mengungkapkan lafaz cinta kepada si dia dan dalam masa yang sama kita amat mengharapkan ungkapan cinta diterima. Setiap detik itu bagitu lama dirasai andai tidak menerima ungkapan yang diharapkan. Namun, pernahkah kita terfikir sejauh manakah ungkapan itu mampu menjamin kesinambungan alam percintaan kita? Jawapan yang pasti, setiap ungkapan itu hanyalah sekadar ungkapan yang akhirnya akan menjadi pudar dek kerana sentiasa diungkapkan. Ungkapan cinta ini ibarat satu harta yang sangat tidak ternilai bagi setiap insan yang bercinta. Andai sebegitu mudah kita berikan kepada orang, maka apakah nilainya percintaan tersebut? Bukankah seeloknya kita menggunakan harta berharga kita itu diwaktu dan keadaan yang paling sesuai iaitu di alam perkahwinan?

Kesudahan bagi masalah ini, masing-masing akan merasa kehilangan sesuatu. Bosan kepada pasangan menguasai diri. Maka, terputuslah ikatan yang sepatutnya diakhiri dengan kebahagiaan. Mulalah kita termenung, kenapa boleh jadi begini sedangkan rebut tiada, taufan pun tiada tetapi masih terputus ikatan. Jawapannya mudah sahaja.

BOSAN....

3) Pembohongan pihak ketiga
Kita ditipu oleh suasana. Kita ditipu oleh masyarakat. Kita melihat alangkah bahagianya pasangan bercinta. Berjalan sentiasa seiiringan. Makan berduaan. Tetapi hakikatnya, mereka terpaksa tidur berasingan. Bukankah itu suatu pembohongan apabila kita hanya bercinta atas dasar sebuah ungkapan cinta yang tidak pasti kekuatan dan kejujurannya? Kita merasakan mereka bahagia sedangkan mereka juga mengalami situasi 1 dan 2 di atas.

Mengejar yang tak pasti......

Daripada huraian di atas, saya ingin merumuskan bahawa saya tidak menghalang anda daripada bercinta tetapi saya hanya ingin mengingatkan, adakah wajar kita memberikan sepenuh kepercayaan dan kesetiaan dalam bercinta? Suatu ungkapan yang selalu keluar dari mulut kita adalah, jodoh di tangan Tuhan. Dari situ kita sudah mengakui bahawa kita tiada kuasa menentukan siapakah jodoh sebenar kita suatu hari nanti. Menjadi suatu kebiasaan apabila pasangan yang berpisah merasa sangat kecewa lebih-lebih lagi bagi yang umurnya sudah agak lewat untuk mencari pasangan baru.
Adakah berbaloi pengorbanan dan kesetiaan yang anda berikan selama ini? Cadangan saya amat mudah, bukankah lebih baik sekiranya kita tidak memberikan sepenuh kasih-sayang kita kepada seorang insan sahaja? Maksudnya, sambil kita bercinta kita haruslah peka dengan keadaan dan perubahan sekeliling. Kita perlu terus berkawan dengan insane yang lain sambil cuba menyelami hati budinya. Manakan tahu, ada antara mereka sebenarnyalah jodoh anda. Ini tidak, zaman bercinta hanya si dia lah buah hati pengarang jantung. Untuk berkawan rapat dengan insan lain terasa amat bersalah kepada pasangan. Kononnya, tidak mahu berlaku curang. Bagi si pasangannya pula, tidak mahu dia berkawan rapat disebabkan perasaan cemburu membabi buta.
Berbaloikah semua ini?

Bagi saya amat tidak releven. Kenapa tidak kita wujudkan suatu suasana yang
lebih harmoni tanpa sebarang perasaan cemburu yang tidak berasas. Setiap
pasangan faham keadaan masing-masing iaitu jodoh mereka masih tidak pasti.
Maka, tidak perlulah bercinta sakan. Tidak perlulah kejujuran dan kesetiaan
yang penuh dan tidak berbelah bahagi kepada pasangan mereka. Andai semua ini dapat dipraktikkan oleh semua pasangan bercinta, InsyaAllah wujudlah satu
demensi baru iaitu suatu keadaan dimana semua manusia mampu berfikiran lebih rasional dalam menentukan hala tuju masing-masing dalam hidup ini dan bukannya sentiasa kemaruk dan dahagakan cinta. Dalam masa yang sama, tiadalah begitu banyak pembaziran masa dan gejala sosial di kalangan manusia amnya dan remaja khasnya.

Maka, atas dasar itu, marilah kita termenung sebentar. Kita berfikir kembali dimanakah kewajarannya apabila kita terlalu mengharapkan percintaan ini?

Saya mengharapkan jawapan yang mampu mengubah persepsi saya tentang percintaan ini. Silakan.


6 comments:

miss lolly a.k.a luvfareda said...

motif:

jujurlah dalam bercinta :D

hans said...

dgn sapa2 pun kita tak leh percaya 100%

hanismalik said...

hehe...masing2 mesti ada prinsip bile bercinta...jgn bercinta sesuke hati jer...

FaizalSulaiman said...

very..very nice entry;)

hanismalik said...

tq faizal=)

SAISamal said...

bercinta lepas kahwin jelah, lagi best!