Friday, February 12, 2010

Gerakan Dalam Solat. Apa Kelebihannya?




Assalamualaikum W.b.t

Islam dan Sains sememangnya tidak dapat dipisahkan.

 Jika episod sebelum ini saya ada menceritakan mengenai kelebihan menunaikan solat di awal waktu, pada segmen kali ini pula saya akan akan menceritakan mengenai nilai terapeutik yang ada dalam gerakan solat harian kita.

Tahukah anda, setiap pergerakan solat sebenarnya mempunyai nilai terapeutiknya yang tersendiri.

Kajian saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutamanya meningkatkan tahap kesihatan manusia.
Solat sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian.

Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir. Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna?

Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptanya.

Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia. Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.

Kajian itu bermatlamat menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan aktiviti otot. Hasil kajian mendapati bahawa ada banyak perkara positif apabila seseorang melakukan solat.

Seorang doktor perubatan dari Indonesia yang melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud mendapati dengan melalukan solat tahajud, imuniti seseorang akan meningkat dan hormone tekanannya menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah.

Solat juga dikenalpasti mampu merawat penyakit Erektil Disfungsi iaitu mati pucuk.  Bagaimanapun, gerakan solat yang melibatkan penyembuhan ini masih dalam kajian.

Sembahyang juga boleh rawat penyakit kritikal

Ada tiga kajian yang berbeza dalam mengenalpasti kelebihan seseorang yang bersolat iaitu Aktiviti Otot, Isyarat Otak dan Komposisi Tubuh.

1)      Aktiviti Otot

Setiap pergerakan solat melibatkan aktiviti otot dan  manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.

Hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

2)      Isyarat Otak  

Perubahan kimia berlaku apabila otak aktif.  Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala.

Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang.

Hasil kajian yang dilakukan mendapati bahawa keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Keadaan itu di dalam Islam disebut sebagai tamakninah. Ketika itu, isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak. Sehubungan itu, solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

3)      Komposisi tubuh

Komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak. Ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

Dalam kajian ini, model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir. Orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh melalui sentuhan bahu dengan bahu antara jemaah. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif.

Ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan. Selepas berpuasa, komposisi tubuh yang diukur mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang dengan membuat posisi rukuk 90 darjah.

Antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus. Kemungkinan besar, dengan solat mampu untuk merawat sakit jantung dan ini masih lagi dalam proses kajian.

6 comments:

Afiqah Azmee said...

bagus sangat artikel ni.. banyak yang kita dapat faedah.. (:

hanismalik said...

terima kasih sudi membaca...dh tgok video di bawah? ttg solat jgk...=)
sebar2kan la info ni...supaya pahala berpanjangan hendaknya

zahra. said...

too much info that i got :)

thank yOu :))

hanismalik said...

u r welcome=)

Surau Al-Ghafur said...

erm..terbaik!!!hikmah yang mana masih ramai manusia tidak menyedarinya :)

Einaz Shah Rizal Thomas said...

blog walking..;)