Sunday, February 21, 2010

Bloggers baru adalah alat pemasaran blog yang terbaik.

Assalamualaikum w.b.t
Kehadiran blogger baru ke dalam dunia cyber ini sangat penting sebenarnya. Ramai di kalangan bloggers yang sudah mahsyur atau ada sesetengah menggelar mereka "Otai" masih tidak menyedari kepentingan percambahan golongan bloggers kerana menganggap gelaran "Otai" mereka itu akan sentiasa berkekalan dan promosi blog mereka akan berjalan dengan sendirinya melalui proses marketing yang digelar "Words of Mouth". Persepsi ini sangat salah dan anda sebenarnya hanya "Mengorek lubang kubur anda sendiri" atau dlm bahasa Inggerisnya "Digging Your Own Grave" sekiranya anda masih mengamalkan sikap sebegini. Jadi di sini saya akan mencungkil rahsia bagaimana kita boleh memanfaatkan bloggers baru dalam mempromosikan blog kita supaya lebih dikenal.


1) Untuk blogger lama
Sekiranya kita rajin memasuki blog blogger baru sebenarnya kita akan dapat meletakkan satu signature kita dalam ingatan blogger baru. Sebagai blogger baru, sudah tentulah apabila ditegur oleh blogger yang lebih lama akan memberikan persepsi positif kepada mereka bahawa kita adalah blogger yang friendly atau mudah mesra dan tidak sombong. Kita harus ingat, dimana kita berpijak, kita berada di bumi Tuhan...jd tidak perlulah kita menjadi riak dengan jumlah followers kita. Jumlah follower itu hanyalah sekadar angka. Angka tersebut tidak akan membawa sebarang erti sekiranya mereka tidak mengikuti perkembangan blog kita. Follower adalah golongan yang perlu kita hargai dan bukan  dibanggai. Pengalaman saya mengikuti blogger "Otai" tetapi tidak mendapat respons atau maklum balas membuatkan saya perlu berfikir semula kewajaran mengikuti blog mereka. Kita juga patut mengikuti bloggers baru kerana tidak mustahil suatu hari nanti mereka akan menjadi lebih berjaya daripada kita. Oleh itu, persahabatan awal dengan mereka memberikan pengertian yang lebih bermakna berbanding persahabatan di saat akhir.


2) Untuk blogger baru
Anda perlu sedar bahawa definisi "blogger baru" yang sebenar. Anda memegang status blogger baru hanya seketika. Mungkin juga tidak sampai sesaat kerana dalam setiap saat mungkin beribu-ribu bloggers baru membuka blog mereka. Jadi, apabila lahirnya bloggers baru, anda bukanlah blogger baru. Oleh itu, tetapkan dalam pemikiran anda bahawa anda mampu berjaya menjadi seorang blogger kerana peluang itu sentiasa hadir. Tips untuk anda dalam mencari follower sebenarnya janganlah terlalu bergantung harap dan membuang masa mengikuti bloggers "Otai" kerana ada 2 sebab sama ada mereka itu sememangnya sombong atau jika difikir secara positif mungkin tiada masa yang cukup untuk sentiasa melayani anda disebabkan jumlah follower mereka yang sangat ramai. Maka, cara terbaik untuk anda bertapak dalam dunia blog ini adalah dengan mewujudkan komuniti sesama bloggers baru dan dalam masa yang sama tetap mengikuti bloggers "Otai" untuk meminta tip-tip untuk menambahbaikkan blog.


Cara-cara untuk mempromosi blog dengan bantuan bloggers baru:
Cara yang paling baik adalah dengan mengikuti forum-forum bloggers. Forum yang sedang saya ikuti ketika ini adalah http://gengblogger.com
Forum ini sangat menarik kerana anda boleh berkenalan dengan ramai bloggers sama ada yang baru atau lama. Jadi, saya ingin mengajar anda cara untuk memanfaatkan forum ini untuk kepentingan dan mempromosikan blog anda iaitu sentiasa memerhatikan kotak di bawah ini.
 
Setiap kali anda masuk ke forum ini pastikan anda melihat siapa blogger terbaru dan pastikan anda klik ke setiap kotak tersebut. Ingat!! Jangan klik pada kotak yang ada gambar sahaja tetapi klik juga ke kotak tanpa gambar. Setelah masuk ke profail mereka jangan lupa berikan kata-kata aluan atau apa sahaja seperti di bawah.

 
Semakin awal kita menjenguk blog mereka, semakin mudah kita mendapatkan tempat strategik  dalam ruangan "Pengunjung terkini ke profail ini". Tempat yang strategik ini akan menjadi alat pemasaran yang baik untuk bloggers lain yang memasuki profail ini turut melihat profail anda. Sekiranya kotak profail anda berada jauh ke bawah, maka agak tipis utk bloggers lain perasan kewujudan blog anda=) Di bawah adalah contoh antara pengunjung awal saya.
 
Kebanyakan daripada mereka masih saya ikuti blognya kerana kedudukan strategik mereka akan membuatkan saya sentiasa ingat mereka=) Bukan itu sahaja, sekiranya anda rajin mengikuti profail-profail lain juga, anda akan dihadiahkan dengan ruangan seperti di bawah.

 
Profail saya berada di tangga ke 4. Semakin rajin kita masuk profail bloggers lain, semakin tinggi kedudukan kita, dan ini sekali lagi akan memperlihatkan profail kita kepada bloggers lain. Bukankah ini adalah salah satu strategi pemasaran blog yang sangat baik????=)

Demikian sahaja petua pada kali ini. Selamat mencuba..hehe

32 comments:

chokilala said...

best! saya suka entry ni. sebab saya pun baru je join gengblogger ni. hahaha

erm. memang betul, berkawan dengan blogger yang lebih berpengalaman ni memang bagus. tapi berkawan tu biarlah ikhlas. so that, dia pun xde la sangsi sangat. haha

setuju tentang kamu cakap mungkin mereka xde masa. tapi bila dorang xreply, blogger yang baru ni mula la cop sombong la apa la. tapi kalau dah ramai sangat yang dtg, kdg2 mungkin mereka xmampu nak balas semua. huhu

btw, thumbs up untuk post ni. menarik :)

hanismalik said...

terima kasih choki..selamat berbelok...hehe

mknace unlimited said...

:) :) :)
nice advise

joegrimjow said...

dah ramai org buat tutorial pasal GB
nampak sangat dah smkin glamer
jom2 mengglemerkan GB
huhu

Anonymous said...

best entri ni..sy suka...
tak sangka ada jugak gambar sy termasuk dalam entri ni...hehehhe..
thanks...

hanismalik said...

Mknace: TQ

Joe: Jom=)

myrol92: sama2=)

Izan said...

tips yg bgus.rse cm da join gengblogger ni.tp xsure.kne check semula ni;p

Syazni Rahim said...

mase mula2 masuk geng blogger mmg truja..hehe

khairil said...

nice entri =)
jom sama2 kita support sesama blogger yg ada

Anonymous said...

ehh! dye dh join GB rupe yea. hahaha. knkdang melepak gak kt GB tu. nk msra alam. best gak lerr.. :D

hari tu mai dpt list kt profile popular hari ni. hahaha. but, kejap jep. xD

hanismalik said...

hehe...mai kene slalu jengah profail org...so akan ada dlm list..
Tp klu dh popular, org yg akan jengah sendri profail mai...=)

shandye. said...

singgah2 bawak le limau same. ngee...

hanismalik said...

nk limau banyak mane shandye??hehe

BuDakHutaN said...

aku masih dalam kategori freshy kot... hehehe

hanismalik said...

iyolah tu budak hutan...haha

ZACK ENTRY said...

HP thankz promot aku..=)

Faizal Sulaiman said...

nice entry.kita pon baru lagi dlm geng blogger tuh.betol2 membantu tip2 nih;)

Mohd Shahrul Hafizi said...

Thanks bro. Baru tahu kewujudan Forum tu. Nanti aku join.

:)

P.S: A ah la bro. Aku tengok kan. Sesetengah blogger otai agak kerek dan sombong. Even aku dah approach. Huhuhu :(

hanismalik said...

hehe..shahrul...sbb tu aku kata, mungkin diorg bizi kot...so, kita amik pendekatan buat komuniti sesama kita yg baru nih...=)

Unknown said...

o0oo..begitu yee...
Terima kaseh!!

♥ciK-t0ge ♥ said...

tenKiu f0r da inf0 :))

Aus MeLankoLik said...

hahaha,
bagus2..
aku pun baru je kot ade blog..
hahaha..

GB pun baru lagi..
yg lame xleh log in..
aku pun xtaw asal..

huhu..

Unknown said...

sy pun baru jgk kat sini.. isk! aus ni kacau je laaaaa

Hami Asraff said...

Salam geng. Aku pun baru je join GB. Tak tahu sangat selok belok. Ko kena ajar aku lebih ni :)

hanismalik said...

hana & toge: sama2=)

Aus, wawan & Hami: xpe...biasa2kan dgn gengblogger...mesti nnt blog korg akan melonjak naik=)

Unknown said...

wah info yg bgus tuk aku

Khaizarien said...

tips yg sgt berguna... ;D b4 dis atie pikir nk berblog xde mslh if kite jus pntingkan diri. but makin lame rase makin perlu sokongan org len sbb bile org len komen, bru kie tahu tahap diri kite d mana ;D

Khaizarien @ atie Blog

Mohd Shahrul Hafizi said...

Alamak. Aku tak dapat la nak join Forum tu. Aku takda akaun Facebook. Huhuhu.

hanismalik said...

Teruna & aTie: Terima kasih=)
ERm, ingt jgn sombong bile dh ramai follower=)

Hafizi: hehe...tang tu aku xdapek nk nolong lah...=p

hanna said...

nice entry.huhu
blogger otai maybe x sempat nk respond dgn sume readers sbb ramai sgt.hehe.

antara blogger otai yg freindly bagi aku miss lolly.try la komen2 singgah blog dia.hu2

miss lolly said...

uiks. name ku disebut. tengs hanna ;-)


yup. sangat bergunaaaa oke entri ni :-) tengs 4 sharingggggg ! l0lly pom praktikannya :P

hanismalik said...

hehe...suke la tu lolly=)