Wednesday, January 6, 2010

Sikit-sikit selamanya tidak akan jadi bukit.





 Sedangkan bukit yg gagah lagi ditarah, inikan pula membina bukit.
 Sedangkan yg mewah lagikan parah, inikan pula yg hidupnya sempit.

 Kita seharusnya sudah lama membebaskan diri kita daripada belengu pepatah2 lama. Sebaliknya, kita harus mulai membina pepatah generasi kita sendiri. Sampai bilakah kita mahu hidup dibelengu bayang-bayang kerna bayangan itu letaknya dibelakang kita. Kita harus sedar, dimana ada cahaya, pasti ada bayangnya. Tapi kita harus tahu sesuatu, kadang2 cahaya yg terang juga mampu menghilangkan bayang2. Cahaya adalah masa hadapan, dan bayang2 adalah masa silam.

Memang benar yang lama itu lebih pengalamannya, lebih garamnya. Tapi yang baru lebih celik akalnya, lebih geliga otaknya, dan paling penting kurang garamnya bermakna lebih banyak masanya untuk memakan garam. Pernahkah kita mendengar kata2 seperti berikut, "Ingat, kita tidak mewarisi bumi ini untuk anak-anak kita, sebaliknya kita meminjamnya daripada mereka".

Mereka, golongan lama, tahniah dan terima kasih kerna menyediakan platform kpd kita, tetapi kita generasi muda, maka kitalah yang akan menentukan hala tuju hidup yang seterusnya. Meneruskan hidup ini dengan pepatah lama, bukanlah suatu idea yang baik. Manusia telah berubah, dunia juga sudah berubah. Kini perkembangan dunia berlaku dengan sungguh cepat dan pantas. Bersikap pasif hanya akan membawa lebih banyak keburukan.

Jadi, abaikanlah pepatah "Sikit-sikit lama-lama jadi bukit". Adakah anda punyai masa yg panjang untuk melihat bukit yg dibina itu akhirnya siap terbina? Pernahkah wang simpanan anda sejak sekian lama, akhirnya tewas jg dgn godaan teknologi terkini? Handphone, laptop, permainan video, kereta dan sebagainya? Pernahkah simpanan anda sejak sekian lama akhirnya tewas dgn fesyen2 pakaian terbaru? Bersikap sikit-sikit akhirnya hanya akan membawa padah dan hidup kita akan ketinggalan. Paling teruk, hanya menjadikan diri kita golongan yg tidak berdaya saing.

Apakah penyelesaiannya? Maka bersikaplah "berbanyak-banyak" atau tamak dalam kehidupan. Ilmu Allah itu sungguh luas dan banyak. Adakah releven untuk kita mempelajari sebanyak mungkin ilmu jika sikap kita masih "bersikit-sikit"? Teknologi dunia berkembang dengan sungguh pesat. Adakah kita mahu menjadi golongan yang ketinggalan hanya disebabkan masih mempertahankan pepatah lama tersebut? Dunia fesyen juga berubah setiap hari, maka adakah kita masih mahu mengekalkan pemakaian zaman batu? Oleh itu, berubahlah...berubahlah...berubahlah. Kita harus sedar seperkara, semua sikap yg wujud dlm diri kita asalnya baik-baik belaka. Tiada sikap yang buruk melainkan pelaksanaannya disalahgunakan. Maka jgn takut bersikap tamak kerna Islam sendiri meminta kita menjadi kaya, elakkan miskin kerna kemiskinan membawa kekufuran. Tapi, jgn lupe bayar zakat ek??? hehe...

2 comments:

zilasapri said...

aku ske entri ni.thumb up!

zmn dlu,kite blh apply pktaan "biar ckit2"..bab dlu2,zmn lom bpe nk mju..dorg pon wk2 2 bru nk bgun dr kmunduran..

zmn skg dh byk brubh,tknologi mkin maju..so kite leh wt manyak333 ngan cpat kalu kite nk wt ssuatu..

aku nk sve lg byk spy leh jd jutawan cpat!haha..

hanismalik said...

haha...bagus2...ada org setuju dgn pendapat aku jgk....hehe...
Selamat mengumpul...=p